Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....
Showing posts with label Hebahan. Show all posts
Showing posts with label Hebahan. Show all posts

26 Sept 2026

📢 PENILAIAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN BAGI TAHUN 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mohon kerjasama semua pensyarah, pegawai pengurusan, akp dan pelajar IPG Kampus Ipoh untuk memberikan maklum balas berkaitan Perkhidmatan Perpustakaan bagi tahun 2026.

Maklum balas ini diperlukan bagi tujuan pelaporan data statistik Perkhidmatan Perpustakaan yang perlu dihantar ke IPGM.

Sehubungan itu, semua Warga IPG Kampus Ipoh dimohon untuk melengkapkan maklum balas melalui pautan yang disediakan.

🔗 BORANG PENILAIAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN :
https://sites.google.com/ipgmipoh.edu.my/penilaian-perpustakaan/penilaian-perpustakaan

🫆QR CODE LINK :
https://q.me-qr.com/q820ab20

Kerjasama dan tindakan daripada semua Warga IPG Kampus Ipoh amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih.

PERPUSTAKAAN
IPG Kampus Ipoh




3 Aug 2026

ANUGERAH PEMINJAM TERBANYAK BULANAN PUSAT SUMBER IPGK IPOH "TOP BORROWER" 2026

 

🏆📚 TAHNIAH! ANUGERAH PEMINJAM TERBANYAK BULANAN PUSAT SUMBER IPGK IPOH! 📚🏆
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,
31 Julai 2026 - Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan bangganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 'Top Borrower' bagi bulan Januari hingga Jun 2026.
Kagum betul dengan semangat dan minat membaca yang ditunjukkan! Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga IPGK Ipoh untuk terus mendalami ilmu dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan di Pusat Sumber kita.
🎁 Sila hadir ke Pusat Sumber untuk mengambil hadiah
Yang lain bila lagi? Jom kerapkan langkah ke Pusat Sumber, pinjam buku rujukan atau bahan bacaan kegemaran korang, dan mana tahu bulan depan nama dan gambar anda pula yang terpampang di sini! 😉👇
Siapakah ulat buku tegar kampus kita bagi bulan Julai ni 🤔✨
📖 “Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa”

15 Jun 2026

LAWATAN UPS IPG IPOH KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2026


LAWATAN PUSAT SUMBER IPG IPOH KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2026

05 Jun 2026 (Jumaat) - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (WTC). Seramai 20 peserta telah menyertai lawatan ini termasuk Pensyarah, Pegawai Pengurusan & AKP IPG Kampus Ipoh. Kunjungan ini sebagai sokongan padu kepada penganjuran PBAKL dan Institusi Perbukuan Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai. Peserta juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku rujukan dan bacaan dengan kadar harga yang berpatutan serta berkesempatan berjumpa dengan penulis-penulis hebat tempatan dan antarabangsa.

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"
"Malaysia Membaca: Merayakan Buku"-

5 Feb 2026

HEBAHAN : KURSUS LITERASI MAKLUMAT SIRI 1/2026 (PISP AMBILAN OGOS 2025 - JULAI 2027)

            

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Kepada semua pelajar PISP ambilan Ogos 2025 - Julai 2027

KURSUS LITERASI MAKLUMAT BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA PERGURUAN (PISP) IPG KAMPUS IPOH

Tarikh : 7 Februari 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 hingga 10.00 pagi
Tempat : Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh
Penceramah : Puan Sharmila binti Siron dan Cik Nur Adilah binti Abdul Aziz
Kehadiran adalah diwajibkan.

Terima kasih.

16 Jan 2026

Hebahan : Jom Sertai Rakan Pusat Sumber

 

📢 JOM SERTAI RAKAN PUSAT SUMBER! 📚✨

Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh membuka peluang kepada semua pelajar IPG Kampus Ipoh untuk menyertai Rakan Pusat Sumber — satu platform penglibatan pelajar dalam menyokong aktiviti Pusat Sumber serta memupuk budaya membaca di kampus.

✨ Kelebihan menyertai:
✔ Menimba pengalaman dan kemahiran insaniah
✔ Meningkatkan keyakinan diri dan kepimpinan
✔ Penglibatan aktif dalam program Pusat Sumber
✔ Peluang menerima sijil penghargaan

⏳ Pendaftaran terhad kepada 30 orang sahaja!
📲 Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran segera.

Jangan lepaskan peluang ini — bersama kita perkasa budaya membaca!


📖 “Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa”


#pusatsumberipgkipoh
#institutpendidikangurukampusipoh
#perpustakaannegaramalaysia

30 Oct 2025

Siaran Langsung Majlis Penutupan Perasmian Forum Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke - 15, Tahun 2025

  


🏆🏆🏆 Saksikan siaran langsung Majlis Penutupan Perasmian Forum Piala Menteri Bessar Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke - 15, Tahun 2025 📣📣📣




"BAHASA MELAYU PEMANGKIN GENERASI MADANI"

"MEMBACA SENTIASA, INTELEKTUAL DIPERKASA"





Keputusan Pertandingan Akhir Forum Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke - 15, Tahun 2025

 KATEGORI A


JOHAN : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS



       

NAIB JOHAN : IPGK SULTAN ABDUL HALIM (A)

   

      

TEMPAT KETIGA : IPGK RAJANG (B)



KATEGORI B

      

JOHAN : KOLEJ MATRIKULASI PERAK (B)


      

NAIB JOHAN : IPGK IPOH (A)


     

TEMPAT KETIGA : KOLEJ MATRIKULASI PERAK (A)


🏆🏆🏆 Syabas kepada para pemenang!!!📣📣📣


"BAHASA MELAYU PEMANGKIN GENERASI MADANI"