11 Feb 2026
MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh26 Jun 2025
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447H
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447H
27 Jun 2025
Semoga tahun baru hijrah ini membawa seribu keberkatan, membuka lembaran kehidupan yang lebih baik, memperkukuh keimanan serta mempererat ukhwah antara kita. Marilah kita berhijrah ke arah yang lebih positif dalam segala aspek kehidupan – dari segi akhlak, amal, dan ibadah.
“Hijrah bukan hanya perubahan tempat, tetapi perubahan sikap, niat dan amal menuju redha Allah.”
“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “
#maalhijrah
#pusatsumberipgmki
17 Jun 2025
Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran : Pn Nasimah
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
🎉 Happy Birthday, Pn. Nasimah! 🎉
Semoga hari lahir ini membawa sejuta kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup Pn. Nasimah.
Didoakan agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati, dan rezeki yang melimpah ruah.
16 Jun 2025
Meraikan Hari Ulang Tahun Kelahiran : En Syafree dan Pn. Nasimah
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
16 Jun 2025 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah meraikan Hari Ulang Tahun Kelahiran buat En. Mohammad Syafree (14 Jun 2025) dan Pn. Nasimah (17 Jun 2025)
Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran…semoga hari ulang tahun ini En. Syafree dan Puan Nasimah lalui dengan penuh bermakna dan mendapat keberkatan. Semoga hari istimewa ini membawa kegembiraan yang tidak terhingga, kesihatan yang berpanjangan, dan kejayaan dalam segala yang diusahakan.
Semoga En. Syafree dan Pn. Nasimah dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki, serta dipermudahkan segala urusan. Teruskan menjadi insan yang memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan agama.
Selamat Hari Ulang Tahun! 🎂
“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “
#pusatsumberipgmki
#birthday
14 Jun 2025
Selamat Hari Ulang Tahun : En. Muhammad Syafree
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Selamat Hari Ulang Tahun 🎂🥳🥳
Happy birthday to you Syafree 🎂🥳🥳! Semoga dipanjangkan umur, selalu dilindungi Allah SWT, diberikan rezeki yang luas, dan dipenuhi dengan kebahagiaan. Semoga semua harapan dan impian menjadi kenyataan. aaminn….aaminn …aaminn …
https://pustaka-ipgki.blogspot.com/
“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “
#birthdayman
#pusatsumberipgmki
7 Jun 2025
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1446 H
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
07 Jun 2025 / 10 Zulhijjah 1446 H - Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi ia adalah simbol ketaatan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah. Ia mengingatkan kita akan nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kasih sayang yang mendalam dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya.
Semoga semangat berkorban ini dapat kita terjemahkan dalam kehidupan seharian, sama ada dalam bentuk masa, tenaga, harta, mahupun perasaan – demi kebaikan bersama dan kesejahteraan masyarakat.
Kepada yang menunaikan ibadah korban, semoga segala amalan diterima Allah SWT sebagai ibadah yang ikhlas. Kepada seluruh warga IPGM Kampus Ipoh, Unit Pusat Sumber mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga kita terus diberkati dan dirahmati oleh-Nya, serta diberikan kekuatan untuk terus berbakti dalam apa jua lapangan yang kita ceburi.
#pusatsumberipgmki
#harirayaaidiladha
6 Jun 2025
Selamat Hari Pustakawan Malaysia 2025
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
06 Jun 2025 - Pustakawan dan Pembantu Pustakawan bukan sekadar penjaga buku, tetapi mereka ialah penjaga ilmu, pemudah cara pembelajaran, dan penggerak utama dalam membentuk masyarakat berpengetahuan. Di sebalik rak-rak buku dan sistem pengkatalogan, tersembunyi semangat dedikasi dan usaha gigih dalam memastikan maklumat yang betul sampai kepada pengguna pada masa yang tepat.
Dalam era digital ini, peranan pustakawan semakin berkembang — dari pengurusan sumber fizikal kepada maklumat elektronik, literasi maklumat, dan bimbingan pengguna dalam meneroka dunia ilmu yang luas.
Justeru, marilah kita sama-sama menghargai jasa dan peranan pustakawan dan pembantu pustakawan yang menjadi tulang belakang kepada perkembangan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.
Selamat Hari Pustakawan. Teruskan menyinari dunia dengan cahaya ilmu.
khususnya kepada en. Hisyamuddin serta Pn. Sharmila & Pn. Nasimah
Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa
#selamatharipustakawan
#pusatsumberipgmki
16 May 2025
Selamat Hari Ulang Tahun Pn. Nazariah binti Mat Mizar
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Happy Birthday Pn. Nazariah binti Mat Mizar🎂🥳🥳
Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat…aaminnn
Terima kasih ya Allah hadirkan insan baik dan berbakat ini dalam team kami 🥰🥰🥰
#happybirthday
#raikanharijadi
#TeamLibrary
25 Apr 2025
Selamat Bersara : Puan Salina binti Mokhtaram
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
25 April 2025 (Jumaat) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh mengucapkan selamat bersara kepada Pn. Salina binti Mokhtaram. Terima kasih atas semua bantuan yang diberikan kepada Unit Pusat Sumber. Moga Pn. Salina sentiasa sihat dan gembira melalui hari-hari persaraan.
“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa”
#retirement
7 Feb 2025
Selamat Hari Lahir : Puan Sharmila binti Siron
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh




.jpg)










