Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....
Showing posts with label Bengkel/Kursus/Seminar/Taklimat. Show all posts
Showing posts with label Bengkel/Kursus/Seminar/Taklimat. Show all posts

11 Feb 2026

KURSUS LITERASI MAKLUMAT SIRI 1/2026 (PISP AMBILAN OGOS 2025 - 2026)

                                        










📱💻KURSUS LITERASI MAKLUMAT📱💻

📋 0️⃣7️⃣0️⃣2️⃣2️⃣6️⃣

⏰ 9️⃣0️⃣0️⃣ HINGGA 1️⃣0️⃣3️⃣0️⃣

💐Assalammualaikum dan Salam Sejahtera💐

Kursus yang dianjurkan oleh Pusat Sumber IPGKI ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP) ambilan Ogos 2025 - Julai 2027.

Objektif kursus ini ialah untuk memperkenalkan pangkalan data percuma dari Perpustakaan Negara Malaysia iaitu U-Pustaka, di samping menggalakkan para pelajar yang terlibat untuk menggunakan perkhidmatan di Pusat Sumber.

Kursus diakhiri dengan pemberian cenderahati oleh Dr. Hamdiah, Ketua Jabatan Pengajian Siswazah (JPS) kepada Puan Sharmila, Pembantu Pustakawan Kanan dan Cik Nur Adilah, pelajar praktikum dari UiTM Merbok selaku penceramah pada hari tersebut.

Dr. Hamdiah turut menghadiahkan sekotak kek kepada Puan Sharmila sempena hari jadi beliau yang turut jatuh pada hari tersebut.

🎉🎂🥳Selamat Hari Jadi Puan Sharmila. Semoga Dipanjangkan Umur dan Dimurahkan Rezeki Selalu🎉🎂🥳

5 Feb 2026

HEBAHAN : KURSUS LITERASI MAKLUMAT SIRI 1/2026 (PISP AMBILAN OGOS 2025 - JULAI 2027)

            

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Kepada semua pelajar PISP ambilan Ogos 2025 - Julai 2027

KURSUS LITERASI MAKLUMAT BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA PERGURUAN (PISP) IPG KAMPUS IPOH

Tarikh : 7 Februari 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 hingga 10.00 pagi
Tempat : Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh
Penceramah : Puan Sharmila binti Siron dan Cik Nur Adilah binti Abdul Aziz
Kehadiran adalah diwajibkan.

Terima kasih.

11 Nov 2025

Taklimat Permohonan ISBN & ISSN Bil. 1/2025

 


📆4 November 2025📆

Unit Pusat Sumber telah mengadakan sesi taklimat permohonan ISBN & ISSN pada 4 November 2025 (Selasa) di ruang membaca pusat sumber. Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Pusat Sumber IPGKI iaitu, En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar ini dihadiri seramai 30 pelajar baru di bawah didikan Encik Adib bin Jusoh, pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Semoga taklimat ini memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang perkhidmatan dan panduan dalam mendapatkan nombor ISBN dan ISSN dari Unit Pusat Sumber.

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

13 Oct 2025

Pertandingan PSKPP 2025

  


   

      
    
Tahniah!
Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan penuh rasa bangga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada dua orang warga IPG yang terpilih mewakili Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam pertandingan PSKPP tahun ini:

🎾En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar (KUPS)
Mewakili pasukan TENIS
🥏En. Mohammad Syafree bin Mohd Danial
Mewakili pasukan PETANQUE

Kedua-dua figura ini bukan sahaja komited dalam tugas, malah cemerlang di arena sukan — menjadi kebanggaan Unit Pusat Sumber dan seluruh warga IPG Kampus Ipoh.
Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama institusi kita!
💪🏆
🌸Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa 🌸