Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

24 Feb 2026

PEDAGOGI KEPELBAGAIAN BUDAYA - Jabatan Pengajian Siswazah

                        




🌼 Assalammualaikum dan Salam Malaysia Madani 🌸
🎁 Penerimaan Sumbangan Buku🎁
🗓️24 Februari 2026🗓️
📖Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. Hamdiah binti Jailani, Ketua Jabatan Pengajian Siswazah (JPS) di atas sumbangan buku bertajuk Pedagogi Kepelbagaian Budaya kepada Pusat Sumber.
Tahniah juga diucapkan kerana Dr. Hamdiah adalah salah seorang penulis buku ini dan beliau berjaya menerbitkan buku ini bersama dua rakannya yang lain.
Kami doakan semoga Dr. Hamdiah terus cemerlang di dalam bidang yang diceburi. Buku ini akan kami jadikan sebagai koleksi untuk menambah ilmu para pengunjung yang datang ke Pusat Sumber📖

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Peringkat IPGKI 2026

                                       













💐 Assalammualaikum dan Salam Malaysia Madani 🌹
📝Audit Dalaman Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Peringkat IPGKI 2026📝
🗒️24 Februari 2026🗒️
🕰️10.00 pagi sehingga 1.00 petang🕰️
🎀Terima kasih diucapkan kepada semua staf Pusat Sumber yang telah memberikan kerjasama dan perhatian dalam menjayakan audit ini.
Sekalung penghargaan juga turut dianugerahkan buat pasukan audit yang terlibat dalam memberikan sokongan kepada pihak Pusat Sumber sepanjang audit berlangsung.
Segala teguran dan perkongsian idea yang dicurahkan akan kami ambil kira sebagai motivasi untuk terus melangkah ke hadapan di masa akan datang 🎀


16 Feb 2026

MANUAL PENGGUNA APLIKASI SIRKULASI DAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER (Cik Nur Adilah binti Abdul Aziz / Pelajar Praktikum Pusat Sumber IPGKI)

                              



🌈Assalammualaikum dan Salam Mesra IPGKI🌈
📗Penerbitan Karya📗
Seluruh warga Pusat Sumber IPGKI ingin mengucapkan tahniah buat Cik Nur Adilah binti Abdul Aziz (Pelajar Praktikum UiTM Merbok) di atas kejayaan menerbitkan buku elektronik (ebook) beliau yang berjudul MANUAL PENGGUNA APLIKASI SIRKULASI DAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER pada 6 Februari 2026 yang lalu.
Kami mengharapkan agar kelahiran karya sulung ini menjadi nilai tambah buat Cik Nur Adilah supaya terus cemerlang dalam bidang sains perpustakaan yang diceburi ketika ini.
Kami turut berbangga kerana kemampuan Cik Nur Adilah dalam menerbitkan karya ini telah memudahkan perkhidmatan kami di Pusat Sumber.
🥳🥳🥳Terima kasih Cik Nur Adilah. Ada rezeki kita jumpa lagi yer!😁😁😁

Orked and The Mythical Pathway (Cik Jami'ah binti Ismail / Unit Praktikum)

 





🌈Assalammualaikum dan Salam Mesra IPGKI🌈
📕Penerbitan Karya📕
Jutaan tahniah diucapkan buat Cik Jamiah binti Ismail dari Unit Praktikum di atas kejayaan menerbitkan buku fizikal beliau yang berjudul Orked And The Mythical Pathway pada 19 Januari 2026 yang lalu.
Kami mengharapkan agar penerbitan karya sulung ini menjadi batu loncatan untuk Cik Jamiah supaya terus bergiat aktif dalam penyediaan bahan ilmiah kepada warga IPGKI.
Kami doakan semoga Cik Jamiah@Jamie Ismail sentiasa diiringi sukses di masa akan datang.
🥰🥰🥰Terima kasih Cik Jamiah. Ada rezeki kita terbit karya lagi yer!😁😁😁