Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

29 Sept 2016

Program Bicara Buku Sesi Ke-7

Program Bicara Buku Sesi Ke-7 telah diadakan ada 28 September 2016 bersama dua orang pensyarah iaitu Encik Teh Hang Leng (Jabatan Ilmu Pendidikan) dan Encik Zainal Abidin Bin Sulaiman (GERKO) bersama dua orang pelajar dari Unit R5 iaitu Cik Meera A/P Seenivasan dan Cik Saalini A/P Paramasiwan. Program ini diadakan pada hari Rabu bermula 2.30 petang sehingga 3.15 petang. Program Bicara Buku ini diadakan untuk memberi peluang kepada pensyarah...

27 Sept 2016

Kunjungan Guru Sekolah Rendah Agama Tarbiyyah Islamiyyah Tanjung Rambutan (SERATI)

Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menerima kunjungan daripada 2 orang guru Sekolah Rendah Agama Tarbiyyah Islamiyyah, Tanjung Rambutan (SERATI). Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memohon kebenaran menggunakan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Mereka adalah guru yang sedang mengikuti pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung...

Mesyuarat Perpustakaan Kali Ke-4 Tahun 2016

Pada 26 September 2016 telah diadakan Mesyuarat Perpustakaan kali ke-4 yang dijalankan di Ruang Bacaan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Pelbagai perkara yang dibincangkan seperti pematuhan etika kerja, jadual bertugas, penerimaan staf baharu dan sebagainya. Pelbagai idea dan cadangan dilontarkan oleh ahli mesyuarat demi meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaa...

26 Sept 2016

Malam Warisan Perkampungan Bahasa Melayu

Pada 13 Ogos 2016 (Sabtu) pukul 8.30 malam – 10.30 malam telah diadakan Malam Warisan Perkampungan Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu. Kelihatan Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) sedang menerima hadiah kerana mendapat tempat kedua dalam pertandingan mencipta sajak. Sajak ciptaan beliau bertajuk “Kasihnya Pemimpin”.  Pada malam tersebut terdapat pelbagai persembahan yang ditampilkan seperti lakonan,...

15 Sept 2016

Selamat datang Puan Mardziah Bt. Abd. Ghaffar

Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan selamat datang kepada Puan Mardziah Bt Abd. Ghaffar - Pembantu Operasi N11. Puan Mardziah dari Unit Asrama telah menggantikan Puan Salbiah Bt. Mohd Nor berkuatkuasa 15 September 2016. Diharapkan Puan Mardziah dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.  Dikesempatan ini juga Unit Perpustakaan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Salbiah di atas kerjasama yang diberikan sepanjang...

9 Sept 2016

Latihan Pengurusan Dan Penggunaan Sistem ILMU IPGM Zon IPG Utara & IPG Zon Timur

Pada 06 hingga 08 September 2016, Unit Perpustakaan, Sektor Khidmat Pengurusan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah mengadakan Latihan Pengurusan Dan Penggunaan Sistem ILMU IPGM Zon IPG Utara & IPG Zon Timur di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Program ini adalah anjuran bersama IPGM dan Knowledge Link Sdn. Bhd dan dihadiri oleh pegawai dan staf sokongan unit perpustakaan di IPG masing-masing. Staf...

8 Sept 2016

Program Bicara Buku Sesi Ke-6

Pada 07 September 2016, Unit Perpustakaan telah mengadakan Program Bicara Buku Sesi Ke-6 di Ruang Santai Perpustakaan. Program ini telah dihadiri oleh guru pelatih dari Unit R1, R3 dan R5. Pembicara buku pada kali ini ialah Dr. Wong Kiet Wah (Jabatan Ilmu Pendidikan), Darshni A/P Jayabalan (Unit R5) dan Arivirkarasi A/P Selvarasan (Unit R5). Idea dan intipati buku yang diutarakan oleh ahli panel sungguh menarik dan memberi impak positif kepada...

1 Sept 2016

Pameran Bahan Kemerdekaan

Sempena bulan kemerdekaan ini, Unit Perpustakaan turut menyediakan papan pameran. Di papan pameran tersebut dipamerkan gambar-gambar pejuang menentang komunis, tokoh-tokoh atau pejuang kemerdekaan, sajak-sajak kemerdekaan, pantun-pantun dan artikel kemerdekaan. Kelihatan para pengunjung perpustakaan tidak melepaskan peluang untuk melihat papan kenyataan tersebut. ...