Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

16 Jan 2017

Pertemuan Di Antara Unit Perpustakaan Dan Persatuan Karyawan Perak

Pada 14 Januari 2017, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang diwakili oleh Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) dan En. Rosli Bin Ngah (Penolong Ketua Unit Perpustakaan 1) telah mengadakan pertemuan dengan Presiden dan AJK Persatuan Karya Perak. Tujuan pertemuan ini adalah untuk membincangkan tentang 'Program Bicara Buku : Karya-Karya Zabidin Hj. Ismail' yang merupakan presiden persatuan tersebut. Setelah perbincangan dilakukan, Dr. Mohd Nazri, En. Rosli dan Hj. Hamdan (turut hadir) telah dijemput ke Restoran Simpang Tiga, Ipoh untuk meraikan pertemuan tersebut dan penerimaan anugerah oleh Prof. Bukhari Lubis.



Program Peningkatan Akademik di Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan bantuan Kelab Rakan Perpustakaan seramai 8 orang telah mengadakan program Peningkatan Akademik di Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta pada 14 Januari 2017. Program ini melibatkan anak-anak kampung seramai 35 orang. Ianya bermula pada pukul 09.00 pagi hingga 01.00 petang. Program ini berfokus kepada KBAT dan Pembelajaran Abad ke-21.






En. Rosli Lapor Diri Sebagai Penolong Ketua Unit Perpustakaan

Pada 03 Januari 2017, En. Rosli Bin Ngah dari Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaporkan diri di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh sebagai Penolong Ketua Unit Perpustakaan.

Unit Perpustakaan mengucapkan "Selamat Datang" kepada beliau. Semoga kedatangan beliau ke Unit Perpustakaan dapat memberi idea dan sumbangan untuk memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan Unit Perpustakaan.


12 Jan 2017

Lawatan Ke Perpustakaan 1Malaysia Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3

Pada 11 Januari 2017, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang diwakili oleh Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin, En. Rosli Bin Ngah, En. S. Ahmad Suhaimi Bin S. Mohd Said dan En. David A/L Rayappan telah melawat ke Perpustakaan 1Malaysia Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3. Tujuan lawatan/kunjungan ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Program Bicara Buku yang akan diadakan di sana. 

Perpustakaan tersebut telah diwakili oleh Pn. Nurul Najiha Binti Hj. Ramli (Pembantu Pustakawan), Hj. Zainodin Bin Mohd Yatim (Ketua JKKK merangkap Pegawai Perpustakaan dan penyelia zon Manjoi). Kata sepakat telah dicapai untuk mengadakan program itu pada 01 April 2017 dan jemputan seramai 200 orang tetamu undangan ialah ADUN Manjoi, Penghulu, JKKK dan guru-guru sekolah sekitar Manjoi.



9 Jan 2017

Kolaborasi Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh Bersama Perpustakaan 1Malaysia Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3

Pada 06 Januari 2017, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah dikunjungi oleh Puan Nurul Najiha Bt. Hj. Ramli, Pembantu Pustakawan di Perpustakaan 1Malaysia Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3. Kedatangan beliau ke sini adalah untuk mengadakan kolaborasi dengan Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Unit Perpustakaan telah diwakili oleh Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan), En. Rosli Bin Ngah (Penolong Ketua Unit Perpustakaan 1), En. S. Ahmad Suhaimi Bin S. Mohd Said (Penolong Ketua Unit 2) dan En. David A/L Rayappan (Pembantu Pustakawan Kanan). Setelah berbincang, kata sepakat telah dicapai iaitu satu program 'Bicara Buku' akan diadakan di Perpustakaan 1Malaysia Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3 pada 11 Mac 2016.





5 Jan 2017

Kolaborasi Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh Bersama Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta

Pada 04 Januari 2017, Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin, En. Rosli Bin Ngah, dan En. S. Ahmad Suhaimi Bin S. Mohd Said telah berkunjung ke Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta. Tujuannya adalah untuk mengadakan kolaborasi dengan perpustakaan tersebut. Pn. Masmiza Bt. Salleh (Pegawai Perpustakaan) telah bersetuju untuk mengadakan Program Peningkatan Akademikdan Program Bicara Buku pada 25 Februari 2017. Kolaborasi ini penting untuk menyebarluaskan ilmu dan nilai tambah kepakaran pensyarah IPG Kampus Ipoh.