Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

30 Mar 2017

Karnival Pendidikan 2017 IPG Kampus Ipoh

Kepada semua warga Ipoh, marilah datang beramai-ramai bersama memeriahkan sambutan Karnival Pendidikan 2017 yang akan diadakan pada 11 & 12 April 2017 bertempat di IPG Kampus Ip...

27 Mar 2017

Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ En. Baskaran a/l Kannan

Sepanjang minggu ini (27 - 31 Mac 2017), En. Baskaran a/l Kannan mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Unit Perpustakaan merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas kerjasama yang diberikan. Semoga para pengunjung perpustakaan mendapat manafaat dan faedah. Thank you so much Mr. Baskaran ^...

17 Mar 2017

Mesyuarat Kali Ke-3 Program Memasyarakatkan Perpustakaan Desa

Pada 15 Mac 2017, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang diwakili oleh En. David a/l Rayappan, En. Manogran a/l Suppiyah dan Pn. Nur Azlina Bt Abdul Halim telah hadir ke Mesyuarat Kali Ke-3 di Perpustakaan Desa Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 3, Manjoi, Ipoh. Tujuan mesyuarat itu ialah membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan, sumbangan, tenaga kerja dan kehadiran jemputan. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik....

Pameran Koleksi Bahan Bacaan Peribadi Dr. Suriati

Pada 13 - 17 Mac 2017, Dr. Suriati Bt Abdul Aziz mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Ramai pensyarah dan guru pelatih membaca dan menatap buku-buku tersebut. Unit Perpustakaan merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Dr. Suriati. Selamat bercuti buat warga pensyarah dan guru pelatih IPG Kampus Ipoh. See you soon.... ...

15 Mar 2017

Pesta Buku IPGM 2017

Pada 14 Mac 2017, seramai 37 orang guru pelatih (ahli Rakan Kelab Perpustakaan IPG Kampus Ipoh) di iringi oleh En. Rosli bin Ngah (Penolong Ketua Unit Perpustakaan) dan En. Manogran a/l Suppiyah (Pembantu Operasi) telah berkunjung ke IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Tujuannya adalah untuk menghadiri Pesta Buku Institut Pendidikan Guru Malaysia. Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Yg. Bhg Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad...

Pameran Koleksi Bahan Bacaan Dr. Hjh Fatimah Bt Ibrahim

Pada 6- 10 Mac 2017, Dr. Hjh Fatimah Bt Ibrahim telah mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Para pensyarah, guru pelatih dan staf sokongan di galakkan melihat sendiri koleksi bahan bacaan beliau dan seterusnya mendapat manafaat bersama. Unit Perpustakaan mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Dr. Hjh Fatimah mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau. ...

8 Mar 2017

Program Bicara Buku di Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta

Pada 25/02/2017 Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama para pensyarah telah mengadakan Program Bicara Buku di Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta. Program ini mendapat sambutan hangat daripada kalangan masyarakat setempat dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak pengurusan perpustakaan tersebut. Di antara pembicara buku pada hari tersebut ialah Puan Hayati Mat Desa, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, En. Rosli...

7 Mar 2017

Aktiviti Memeriahkan Galeri Sejarah

Beberapa orang guru pelatih telah mengadakan aktiviti menceriakan Galeri Sejarah yang di tempatkan di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh En. Azmi bin Mohamad (Unit Sejarah). Diharapkan galeri sejarah ini mendapat perhatian daripada pengunjung kerana banyak maklumat boleh diperolehi daripadanya. ...

Bengkel Literasi Media dan Maklumat Bersama Perpustakaan Negara Malaysia

Pada 27/02/2017 Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Bengkel Literasi Media dan Maklumat dengan kerjasama  para pegawai dari Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Bengkel ini disertai seramai 29 orang perserta. Ceramah di sampaikan oleh Pn. Norhaniza bt Mohamad Hanopiah dan En. Tamimi Taib. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pensyarah berkaitan pencarian dan penilaian maklumat yang terkini, sahih, relevan...

Menterjemah Koleksi Buku Bahasa Cina

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada pensyarah Unit Pengajian Cina dalam aktiviti menterjemah tajuk-tajuk buku bahasa Cina. Buku-buku yang baharu dibeli perlu diproses dan data-datanya dimasukkan dalam Sistem Perpustakaan. Jesteru, terjemahan tajuk buku penting untuk melancarkan proses kerja tersebut. Oleh itu, terima kasih kepada Unit Pengajian Cina yang sudi menghulurkan bantuan.  ...