Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

28 Feb 2018

Kunjungan Pensyarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Pada 27 Februari 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah menerima kunjungan 2 orang pensyarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara iaitu En. Fakhri bin Abdul Khalil dan En. Zuraidi bin Che Ya. Tujuan kehadiran mereka berdua adalah untuk bertemu dengan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) yang merupakan bekas rakan sejawat mereka semasa bertugas di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Semoga kehadiran tetamu ini dapat memberi impak yang positif kepada Unit Pusat Sumber.

27 Feb 2018

Pameran Bahan Inovasi "Smart Kit" Matematik Sekolah Rendah


Sepanjang dua minggu ini (26/2/2018 - 9/3/2018) Pn. Rosmah bt Ramli, En. Abu Kasim bin Ali Musa dan Dr. Nor Hashimah bt Abu Bakar mempamerkan bahan inovasi "Smart Kit" Matematik Sekolah Rendah di sudut inovasi di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk memberi idea dan maklumat kepada para pengunjung kaedah penggunaan bahan inovasi tersebut. Malahan, sebagai motivasi untuk menggalakkan para pensyarah dan guru pelatih melibatkan diri dalam inovasi.

21 Feb 2018

Program Bicara Tokoh Sejarah : Tn.Hj.Yeop Ghazali b. Alang Ketak


Pada hari ini 21 Februari 2018 Program Bicara Tokoh Sejarah bersama Tn. Hj Yeop Ghazali bin Alang Ketak atau lebih dikenali sebagai Cikgu Yeop telah di adakan di Mini Teater IPG Kampus Ipoh. Kedatangan beliau ke IPG Kampus Ipoh telah disambut mesra oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Program ini juga mendapat kerjasama daripada En. Hairi bin Yahya selaku moderator. Seramai 35 orang yang telah menghadiri program ini. Terima kasih kepada Pn. Sabariah Khairuddin (Pustakawan) dan staff Pusat Sumber serta Unit ICT IPG Kampus Ipoh atas kerjasama yang diberikan sepanjang perjalanan program ini.

Gambar lain : klik Bicara Tokoh Sejarah

Penambahbaikan Pusat Sumber Untuk ISO


Pada 15 Februari 2018, En. Zahrullai bin Si Rajab (Penolong Jurutera) dan Pn. Hazimah bt Sapian  ( Pen. Peg. Tadbir ) telah datang ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh untuk melihat dan memastikan kesesuaian (teguran oleh pihak auditor ISO dalaman) menyediakan pintu baharu di bilik server Pusat Sumber. 

Pada 20 Februari 2018, beberapa orang juruteknik  IPG Kampus Ipoh telah memasang kata laluan kecemasan di Pusat Sumber. Tujuannya adalah untuk memudahkan para pengunjung menyelamatkan diri semasa berlaku kecemasan di dalam Pusat Sumber (cadangan daripada auditor ISO dalaman). Tujuannya adalah untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.




20 Feb 2018

Aktiviti Pameran Bahan Bacaan Koleksi Peribadi Pensyarah IPGKI 2018

Pada 1 hingga 28 Februari 2018, En. Lam Yat Chawn telah mempamerkan koleksi bacaan peribadi beliau di ruang pameran Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Buku-buku beliau terdiri daripada buku bahasa Cina. Terdapat juga buku dalam bahasa Inggeris. Semoga pengunjung Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh mendapat manafaat melalui pameran ini.

12 Feb 2018

Aktiviti Menceriakan Sudut Kanak-kanak Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh


Pada 9 dan 10 Februari 2018, En. Rosli bin Ngah (Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan) dan seramai 11 orang guru pelatih Unit R8 telah mengadakan aktiviti menceriakan sudut kanak-kanak di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan melukis mural (gambar kartun Upin dan Ipin). Unit Pusat Sumber merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan.


Program Bertanak Mengulai: Masakan Rawa

Pada 10 Februari 2018, Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh / AJK Persatuan Karyawan Perak), Hj Hamdan Bin Yaakub (Pensyarah Pengajian Melayu / AJK Persatuan Karyawan Perak), En. Megat Mohd Firdaus Bin Megat Ahmad (Juru Fotografi, IPG Kampus Ipoh) bersama 5 orang guru pelatih dari Unit T8 dan T12 telah menyertai Program Bertanak Mengulai: Masakan Rawa bertempat di Teratak Sekondakhati, RPT Haji Tahir, Batu Masjid, Temoh, Perak. Program ini adalah kerjasama di antara Persatuan Jalinan Rao (Rawa) Malaysia (JARO) dan Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Tujuan program ini adalah untuk mendokumentasikan makanan Melayu Rawa melalui temu ramah, pemerhatian dan memasak sendi masakan tersebut. Antara jenis masakan atau makanan tersebut ialah gulai lemak nangka ikan masin, sambal telur pedas, sambal bilis tempoyak, bubur anak lebah, lepat gebu dan sebagainya. Sebanyak 25 jenis makanan disediakan untuk diambil gambar serta didokumentasikan. 

8 Feb 2018

Waktu Perkhidmatan Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh terbaharu 2018


Bermula bulan Februari 2018 ini terdapat perubahan waktu perkhidamatan Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Diharap semua warga IPG Kampus Ipoh mengambil maklum perkara ini.

5 Feb 2018

Perhimpunan Bulan Febuari 2018 : Selamat Bertugas di Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh


Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh, mengalu-alukan Pn. Nazariah bt Mohd Mizar dan Pn. Rafidah bt Mohd Aris yang mula bertugas di Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh berkuat kuasa pada 1 Februari 2018. Semoga pertukaran dalaman ini menambahbaik lagi pengurusan dan perkhidmatan di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin juga merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan tugas-tugas yang telah digalas oleh Pn. Asrofah bt Anuas dan En. Manogran a/l Suppiyah selama berkhidmat di Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh sebelum ini.  

Perhimpunan Bulanan 2018: Penyerahan Jurnal Pendidikan Bahasa 2017 dan Penyampaian Cendera Kenangan Persaraan Dr. Taslima


2 Februari 2018 : Penyerahan Jurnal kepada pihak Perpustakaan untuk rujukan dan serahan kepada Perpustakaan Negara Malaysia di  Majlis Pelancaran Jurnal Pendidikan Bahasa 2017 semasa Perhimpunan Bulan Februari 2018 . Selain itu, Pn. Sabariah juga mewakili Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh menyerahkan cendera kenangan buat Dr. Taslima sempena hari persaraan beliau.