Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

12 Mar 2018

Pameran Inovasi : "Menyelesaikan Masalah Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah Melalui Kit Permainan JOMME"

Mulai 12/3/2018 hingga 5/4/2018, Kumpulan Wadah (Jabatan Pengajian Melayu) yang dianggotai oleh Pn. Hjh Norehan bt Muhamad, En. Ruslan bin Abdullah, En. Ahmad Fazil bin Zainal Abidin dan Pn. Rozita bt Omar mempamerkan bahan inovasi yang bertajuk "Menyelesaikan  Masalah Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah Melalui Kit Permainan JOMME" di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Oleh itu, Dr/Tuan/Puan yang berkelapangan masa adalah dijemput...

8 Mar 2018

Program Pinjaman Antara Perpustakaan

Pada 8 Mac 2018, En. David a/l Rayappan mewakili Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah ke Perpustakaan Za'ba IPG Kampus Tuanku Bainun  atas Program Pinjaman Antara Perpustakaan. Program ini sangat penting bagi memenuhi keperluan pengguna Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh terutamanya dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Terima kasih diucapkan kepada pihak Perpustakaan Za'ba IPG Tuanku Bainun atas kerjasama ini. Syabas buat En.David a/l Rayappan...

Sumbangan Buletin GEMA Edisi 2/2017. Vol.7

Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Karyawan Perak kerana sudi menyumbangkan 7 naskhah buletin GEMA  Edisi 2/2017. Vol.7 terbitan Persatuan Karyawan Perak. Di antara maklumat yang terdapat di dalam buletin tersebut: 1. Program Bicara Karya; Zabidin Hj Ismail yang diadakan di IPG Kampus Ipoh pada 29 Julai 2017 anjuran Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. 2. Pelancaran buku "Monolog Jiwa" karya...

6 Mar 2018

Proses Kerja : Keratan Akhbar

Setiap hari En. David a/l Rayappan akan meneliti dan memastikan keratan akhbar yang akan dikongsikan dengan pengunjung Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Selepas itu, Pn. Rafidah bt Mohd Aris akan menggunting dan mengasingkan keratan akhbar yang telah dipilih oleh En. David. Langkah terakhir, Pn, Nazariah bt Mat Mizar akan memaparkan di papan kenyataan sebelum dijilid untuk dijadikan bahan rujukan di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Sehubungan itu,...

Program Memartabatkan Kesenian Tempatan

Pada 4 Mac 2018, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh), Hj Hamdan bin Yaakub, Hjh Nor Hashimah bt Mohamed Said telah dijemput untuk menjadi hakim pertandingan deklamasi sajak kategori remaja sempena "Program Memartabatkan Kesenian Tempatan" anjuran Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Hulu Kinta. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:   Johan: Siti Nur Farah Atirah bt Abdul Fatah  ...

Bengkel Literasi Media dan Maklumat 2018

Pada 5 Mac 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan Bengkel Literasi Media dan Maklumat. Bengkel tersebut di adakan di Makmal Simulasi Bestari, IPG Kampus Ipoh. Terdapat dua sesi dalam bengkel tersebut iaitu sesi pagi dikendalikan oleh Cik Noorzaimah Binti Razali manakala sesi petang dikendalikan oleh Cik Nur Aishah Binti Che Raimi. Seramai 22 orang pegawai dan kakitangan...

5 Mar 2018

Sejambak Budi : Sempena Pertukaran Pn. Asrofah bt Anuas dan En. Manogran

Pada 2 Mac 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan jamuan Sejambak Budi sempena pertukaran Pn. Asrofah bin Anuas dan En. Manogran a/l Suppiyah. Turut mengalu-alukan kehadiran Pn. Rafidah binti Mat Aris dan Pn. Nazariah binti Mat Nizar di dalam Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Asrofah dan En. Manogran atas kerjasama...

1 Mar 2018

Aktiviti Pameran Bahan Bacaan Koleksi Peribadi Pensyarah : Pn. Hanizah Abdul Bahar

Pada bulan Mac 2018 ini, Pn. Hanizah Abdul Bahar mempamerkan buku-buku bacaan peribadi beliau di ruang pameran Pusat Sumber Ipgki . Buku-buku beliau pamerkan berunsurkan muzik, keagamaan dan motivasi. Semoga semua pengunjung Pusat Sumber dapat memanafaatkan aktiviti pameran ini.  Terima kasih Pn. Hanizah Abdul Bahar atas kerjasama yang Puan berika...

Pesta Buku Bos Gaurus 2018

Pada 1 Mac 2018, Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan Pn. Nasimah Bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan) telah mengunjugi Pesta Buku Bos Gaurus 2018 di Pasaraya Mydin Meru. Pihak Pusat Sumber berkesempatan mengikuti Ceramah Pengenalan "The Perak's Young Writers" dari Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengunjungi booth jualan buku. Gambar lain klik Pesta Buku Bos Gaurus 2...