Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

31 Jul 2018

Buletin UPS Edisi 1/2018

Alhamdulillah....Unit Pusat Sumber telah berjaya menerbitkan Buletin Unit Pusat Sumber Bil. 1/2018. Di dalamnya memaparkan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Pusat Sumber sepanjang semester 1 yang lalu. Terima kasih kepada semua yang terlibat sehingga berjaya melaksanakan penerbitan ini. Oleh itu, sesiapa ingin membaca buletin ini, silalah berkunjung ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.&nb...

Mesyuarat Unit Pusat Sumber Bil. 3/2018

Pada 30 Julai 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Pusat Sumber Bil. 3/2018. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh  Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber). Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah  Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), En. David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan S22), Pn. Nasimah Bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan S22 KUP), Pn. Nazariah bt Mat Mizar ( Pembantu Operasi)...

30 Jul 2018

Perbincangan Melaksanakan Aktiviti Bersama Guru Pelatih DPLI Beijing

Pada 27 Julai 2018, 3 orang pelajar / guru pelatih DPLI Beijing telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) untuk mengadakan program / aktiviti. Di antara program yang akan dikelolakan oleh pelajar DPLI Beijing ini termasulkah Wacana Karya: Dr. Nazri dan Hj Hamdan, Puisi Kemerdekaan, Malam Puisi Tiang Lampu dan Kelas Bahasa Cina. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya....

Sumbangan Ikhlas Meringankan Beban En. Mohd Taha bin Alang Othman

Pada 27 Jun 2018 yang lalu, pihak Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah menjalankan kutipan sumbangan ikhlas bagi membantu En. Mohd Taha bin Alang Othman yang sedang mendapat rawatan penyakit kanser tahap 4. Beliau juga terpaksa membayar semula wang kepada kerajaan Malaysia kerana telah mengambil cuti sakit melebihi had yang ditetapkan. Pada 25 Julai 2018  Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah...

26 Jul 2018

Bengkel Pemantapan Sistem Ilmu Di Bawah Program Transformasi Perpustakaan Maya Bagi Tujuan Penyelidikan dan PdP

Pada 23 dan 24 Julai 2018, Institut Pendidikan Guru Malaysia telah menganjurkan  Bengkel  Pemantapan Sistem Ilmu Di Bawah Program Transformasi Perpustakaan Maya Bagi Tujuan Penyelidikan dan PdP bertempat di IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Bengkel ini dihadiri oleh Pustakawan dan Pembantu Pustakawan IPG di seluruh negara. Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah diwakili oleh Pn. Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu...

Ceramah Sirah Sempena Karnival Titas 2018

Pada 25 Julai 2018 pukul 9.00 malam bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh telah berlangsung Ceramah sirah Sempena Karnival Titas 2018 yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Liew. Ramai pensyarah, guru pelatih dan masyarakat sekitar Hulu Kinta telah hadir untuk mendapatkan ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Liew. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Abd. Aziz Bari, EXCO Pendidikan,, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan. Gambar...

Mesyuarat Agung Majlis Kebudayaan Negeri Perak Kali ke-17

Pada 21 Julai 2018, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) telah menghadiri Mesyuarat Agung Majlis Kebudayaan Negeri Perak Kali ke-17 bertempat di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak, Ipoh. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Tan Kar Heng (EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian) negeri Perak. Pelbagai maklumat yang diperoleh semasa menghadiri mesyuarat tersebut. Semoga perancangan yang dibuat dapat...

20 Jul 2018

Persidangan IFLA WLIC 2018 Kali Ke-84

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah Persidangan IFLA WLIC 2018 bagi kali ke-84. Persidangan ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Negara Malaysia dan Persatuan Pustakawan Malaysia yang akan bermula pada 24 sehingga 30 Ogos 2018.  Persidangan ini akan dihadiri oleh seramai 3,500 orang peserta yang terdiri daripada para pustakawan, golongan profesional dan pembekal perkhidmatan perpustakaan dari...

Promosi Perkhidmatan Perpustakaan

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak IPGM menawarkan perkhidmatan pangkalan data atas talian secara percuma kepada semua warga kampus. Namun pangkalan data ini masih lagi dalam tempoh percubaan. Terdapat 3 buah pangkalan data yang disediakan iaitu UDL EDGE, EBCHO dan EMERALD.  Sehubungan dengan itu, Ybrs. Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari dimohon untuk mencuba dan menggunakan trial pack jurnal atas talian ini melalui pautan berikut: http://elib.ipg.edu.my/ Untuk...

18 Jul 2018

Kunjungan Pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Jalan Tasek ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh

Pada 13 dan 17 Julai 2018, Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh menerima kunjungan para pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Jalan Tasek, Ipoh. Bilangan mereka adalah seramai 15 orang.Tujuan kunjungan ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh adalah untuk mencari bahan rujukan bagi kerja kursus yang dipinta oleh guru mereka. Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada para pelajar tersebut kerana memilih Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh untuk menambahkan...

10 Jul 2018

Taklimat Perkhidmatan Pusat Sumber IPGKI : pelajar PPISMP & DPLI (Beijing)

Pada 10 Julai 2018 (Mini Teater, IPG Kampus Ipoh ) - Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin  (Ketua Unit Pusat Sumber Pusat Sumber Ipgki ) memberi taklimat tentang perkhidmatan Pusat Sumber IPGKI kepada pelajar PPISMP dan DPLI (Beijing) . Beliau juga mengingatkan tentang etika dan peraturan di Pusat Sumber yang wajib dipatuhi. Manakala Pn. Sabariah Khairuddin (Pustakawan) menerangkan tentang U-Pustaka dan berkongsi bagaimana...

9 Jul 2018

Bicara Karya: Chai Loon Guan, Onn Abdullah dan Rosimah Buyong

Pada 7 Julai 2018 (Sabtu), Program Bicara Karya: Chai Loon Guan, Onn Abdullah dan Rosimah Buyong telah diadakan di Mini Teater, IPG Kampus Ipoh. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak. Selain itu, program ini dirasmikan oleh Dr. Zabidin Hj Ismail (Presiden Karyawan Pk). Pihak AJK program berasa bangga dengan kehadiran Chai Loon Guan dan Onn Abdullah, malah masing-masing berkongsi...

5 Jul 2018

Kursus Pemantapan Perkhidmatan di Institut Tadbiran Awam Negara Utara (INTURA)

Pada 2 dan 3 Julai 2018, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) IPG Kampus Ipoh telah menghadiri Kursus Pemantapan Perkhidmatan di Institut Tadbiran Awam Negara Utara (INTURA) di Sg. Petani, Kedah. Pelbagai maklumat dan informasi telah disampaikan oleh Pn. Normah khasnya berkaitan dengan pekeliling, Perintah Am, urusan perkhidmatan, pencen dan cuti. Kursus ini juga dihadiri semua ketua...

4 Jul 2018

MESYUARAT DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM AMERICAN CORNER ENGLISH CAMP 2018

Pada 4 Julai 2018 telah berlangsung mesyuarat Program Language Camp di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat ini dihadiri oleh 12 orang pelajar Amerika Syarikat, JPN Perak, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan IPG Kampus Ipoh iaitu Unit Pusat Sumber, Jabatan Bahasa dan Unit Kokurikulum. Mesyuarat ini diadakan untuk menetapkan aktiviti yang akan dijalankan serta pembahagian tugas dalam kalangan pelajar Amerika Syarikat dan guru pelatih...

2 Jul 2018

Mesyuarat Program English Language Camp Bersama Pelajar Amerika Syarikat

Pada 26 Jun 2018,  Dr. Mohd Nazri dan En. Suhaimi telah menghadiri mesyuarat Program English Language Camp yang diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Perak. Mesyuarat tersebut dihadiri juga wakil JPN Perak,  dua orang pelajar Amerika Syarikat dan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perak. Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan...