Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

23 Feb 2023

Program Kesedaran Masyarakat “Jom Kenali Kanser”

21 Febuari 2023 - Program Kesedaran Masyarakat “Jom Kenali Kanser” telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mempelawa warga IPG kampus Ipoh untuk menyertai dan seramai 20 orang warga IPG kampus Ipoh telah terlibat dalam program yang dijalankan. 

Antara pengisian program adalah ceramah “Jom Kenali Kanser” yang disampaikan oleh Dr. Najihah Binti Abu Bakar, Ketua Unit Onkologi Dan Pakar Klinik Onkologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Pameran Kanser dan Kuiz berkaitan kanser.

Tahniah kepada wakil IPG Kampus Ipoh yang memenangi hadiah utama di dalam program Kesedaran Masyarakat “Jom Kenali Kanser”.

Info dan foto sepanjang program berlangsung boleh lawati FB Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak 

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

#perpustakaanipgkampusipoh 

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#PerpustakaanPPANPk









22 Feb 2023

Tamat Latihan Industri: Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya

 



Syabas dan tahniah kepada 3 orang pelajar latihan industri UITM cawangan Merbuk, Sg. Petani kedah iaitu Putri Norzehan Nasbi binti Elias, Nur Nadzirah binti Shaharuddin dan Nur Fatin Khalilah binti Saharudin telah berjaya menamatkan Latihan Industri di sini.


Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan terima kasih atas sumbangan tenaga yang diberikan sepanjang menjalani latihan industri, semoga segala ilmu yang diberikan sepanjang disini dapat dimanfaat sebaik mungkin untuk diri sendiri dan juga untuk menempuh alam pekerjaan kelak  


Terima kasih dan selamat maju jaya.


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki 

#pelajarlatihanindustri

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

21 Feb 2023

Sumbangan Buku : Terima Kasih Pn. Hadzrawiah Binti Abu Kasim

 

21 Febuari 2023 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku daripada Pn. Hjh. Hadzrawiah binti Abu Kasim, Pensyarah Akademik Unit Pengajian Inggeris, Jabatan Bahasa sebagai bahan bacaan di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.


Beliau juga menyampaikan sumbangan buku daripada Dr. Balasandran A. Ramiah DBA, Pensyarah Institut Aminudin Baki Kampus Cawangan Utara kepada Unit Perpustakaan IPG kampus Ipoh sebagai koleksi tambahan di sini.


Terima kasih atas sumbangan buku ini. Semoga buku sumbangan Ini dapat membantu meningkatkan literasi dan membantu Warga IPG Kampus Ipoh memperoleh pengetahuan yang berguna.


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa '


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#sumbanganbuku2023 

#2023libipgki

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

#membacavaksinminda

PERKHIDMATAN CARIAN BUKU ONLINE PUBLIC ACCESS CATALOG (OPAC) PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH



Assalamualaikum, Salam Malaysia MADANI.


Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah membangunkan sebuah OPAC APPS bagi memudahkan pencarian buku. 


Dengan adanya OPAC APPS ini, warga IPG Kampus Ipoh boleh membuat carian koleksi bahan yang terdapat di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan membuat semakan peminjaman buku walau dimana jua berada di URL http://bit.ly/3S9CHDx atau imbas QR Code yg disediakan.


Sebarang pertanyaan dan penambahbaikan perkhidmatan Perpustakaan, sila berhubung dengan pegawai bertugas di kaunter sirkulasi.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#OpacApss

#mohpinjambuku

17 Feb 2023

Pembentangan Laporan dan Majlis Perasmian Penutupan Audit Dalaman MS ISO 21001 : 2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Bil 1/2023 IPG Kampus Ipoh : Tahniah Perpustakaan

 


16 Febuari 2023 -  Pembentangan Laporan dan Majlis Perasmian Penutupan Audit Dalaman MS ISO 21001 : 2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Bil 1/2023 IPG Kampus Ipoh telah diadakan di Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh.


Dalam pembentangan laporan tersebut, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah memperoleh kekuatan dalam Pengurusan Sumber.


Keberhasilan ini menunjukkan komitmen Perpustakaan dalam membina sistem sirkulasi bagi kemudahan pengguna.


Semoga Perpustakaan IPG Kampus Ipoh terus cemerlang dan memberikan manfaat yang besar bagi pengguna Perpustakaan.

 

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh 

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#AuditDalamanMSISO21001

#EOMSBil12023

14 Feb 2023

AUDIT DALAMAN MS ISO 21001 : 2018 SISTEM PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN (EOMS) BIL 1/2023


14 Febuari 2023 : Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah melalui Audit Dalaman MS ISO 21001 : 2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Bil 1/2023 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.


Juru audit kali ini ialah En. Shaddin bin Sabri dan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak. Tahniah En. Hasri bin Abu, Ketua Pusat Sumber dan semua kakitangan Perpustakaan dapat mempersembahkan dokumentasi dengan baik. 


Moga selepas ini Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan menjadi lebih baik.


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#AuditDalamanMSISO21001

#EOMSBil12023

8 Feb 2023

Hebahan: Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh 2023

 


Kepada semua Ketua Jabatan, Ketua Unit, Pensyarah, Mentor dan Siswa Guru.


Jemputan Penyertaan PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH 2023 Anjuran Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi dengan kerjasama Unit Perpustakaan.

Scan QR Code pada poster untuk muat turun borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan.


Borang penyertaan dan sinopsis inovasi perlu dimuat naik dalam pautan berikut http://bit.ly/3HqcNGQ 


Tarikh-tarikh penting:

Tarikh penghantaran borang penyertaan dan sinopsis inovasi:  1 – 10 Mac 2023

Tarikh penghantaran laporan inovasi: 22 Mei – 30 Mei 2023

Tarikh pertandingan inovasi:   14 Jun 2023


'MEMBACA SENTIASA, INTELEKTUAL DIPERKASA'


#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

#inovasipendidikan2023

#IPGKampusIpoh

#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023


7 Feb 2023

Top Borrower Bagi Bulan Januari 2023

Tahniah diucapkan kepada semua ‘Top Borrower Of The Month’.


๐ŸŽHadiah misteri bagi pemenang yang diumumkan boleh dituntut di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh๐ŸŽ


๐Ÿ“šJOM PINJAM BUKU @ PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH.๐Ÿ“š


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#Topborrower2023

#mohpinjambuku






1 Feb 2023

Tahniah Kepada 3 Orang Kaitangan Perpustakaan Yang Telah Mewakili IPG Kampus Ipoh Dalam Karnival KAPAS 2023



TAHNIAH KEPADA 3 ORANG KAKITANGAN PERPUSTAKAAN YANG TELAH MEWAKILI IPG KAMPUS IPOH DALAM KARNIVAL KAPAS 2023.


27 hingga 30 Januari 2023, 3 orang kakitangan Perpustakaan  telah berjaya mewakili IPG Kampus Ipoh dalam Karnival Permainan Antara Staf IPG (KAPAS) yang diadakan di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. 


Keputusan keseluruhan, IPG Kampus Ipoh telah memenangi Johan Keseluruhan daripada 27 IPG Kampus yang bertanding dalam KAPAS 2023.


Tahniah.


Semoga semua peserta mendapat pengalaman yang berharga.


 "Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh 

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#KAPAS2023