Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

28 Aug 2024

Taklimat Perkhidmatan Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh


 28 Ogos 2024 (Rabu) -   Tahniah kepada Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh kerana telah menjayakan Taklimat Perkhidmatan Pusat Sumber kepada Pelajar Baharu PISMP Ambilan Ogos 2024. Seramai 330 orang pelajar baharu menghadiri taklimat tersebut.


Taklimat ini juga telah disampaikan oleh Ketua Unit Pusat Sumber En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar dan En. Muhammad Hisyamuddin bin Mohammed Noor, selaku Pustakawan.


Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa' 


#pusatsumberipgmki

#IPGMKampusIpoh






Lawatan SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan ke IPGM Kampus Ipoh.




28 Ogos 2024 (Rabu) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh berasa gembira kerana menjadi salah satu tempat yang dikunjungi sempena Lawatan SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan ke IPGM Kampus Ipoh.

Diharapkan lawatan ini menjadi pemangkin semangat kepada peserta untuk mencapai cita-cita di masa akan datang.

Buat semua peserta lawatan SMK Raja Muda Musa... Good luck πŸ₯³ Semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

'Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa' 

#pusatsumberipgmki
#ipgmkampusipoh















 

26 Aug 2024

Hebahan : Explorace Kemerdekaan dan Kesejahteraan Hidup

 


Anjuran: Kursus GHSS3013(1) & Unit Kokurikulum
Dengan Kerjasama: Unit Pusat Sumber

Kami menjemput semua warga kampus untuk menyertai Explorace Kemerdekaan Kesejahteraan Hidup sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

πŸ“… Tarikh: 28 Ogos 2024
πŸ•’ Masa: 2.00 - 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Foyer Seri Budiman

πŸŽ–️ Sijil Penyertaan Disediakan

Imbas QR Code untuk Pendaftaran:



Jom sertai dan raikan kemerdekaan bersama-sama!

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa' 

#pusatsumberipgmki
#unitkokurikulum
#ipgmkampusipoh
#merdeka

22 Aug 2024

Anugerah Khidmat Terpuji: Tahniah Pn. Nazariah bt Mat Mizar

21 Ogos 2024 (Rabu) - IPGM Kampus Ipoh telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023, bertempat di Dewan Seri Tanjung.


Unit Pusat Sumber berasa gembira dan bangga atas pencapaian Pn. Nazariah bt Mat Mizar sebagai penerima Anugerah Khidmat Terpuji.

Semoga moment indah ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat kepada semua pegawai dan kakitangan khususnya di Unit Pusat Sumber.


Tahniah Naja Nazariah Mizar πŸ₯³πŸŽ‰πŸŽŠ

We proud of you girl πŸ₯³πŸŽ‰..


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'"


#majlisanugerahperkhidmatancemerlang

#ipgmkampusipoh

#apc2023





 

11 Aug 2024

Bengkel Penghasilan Karya Kreatif Anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perak Cawangan Kuala Kangsar

 

Gambar : 10 orang pelajar yang dapat menghasilkan karya yang baik 

10 Ogos 2024 (Sabtu) - Unit Pusat Sumber berasa gembira dan bangga dengan penglibatan Pn. Ros Anita Kartini binti Mohamed (Pensyarah Akademik) dalam Bengkel Penghasilan Karya Kreatif anjuran Perpustakaan Negeri Perak Cawangan Kuala Kangsar. Beliau sebagai fasilitator dalan bengkel tersebut telah memberi bimbingan menulis karya anekdot kepada seramai 30 orang pelajar dari SMK Raja Perempuan Kalsom dan SM Agama Sultan Idrisiah. Karya yang cemerlang akan dibukukan oleh Perpustakaan Awam Negeri Perak Cawangan Kuala Kangsar.


Tahniah Pn. Ros Anita Kartini πŸŽ‰πŸŽŠπŸ₯³


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa''


#pusatsumberipgmki

#ipgmkampusipoh

#perpustakaanawamnegeriperakcawangankualakangsar








3 Aug 2024

Bazar Buku Perak

02 Ogos 2024 (Jumaat ) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah mengunjungi Bazar Buku Perak di Ipoh Convention Center (ICC). Kunjungan ini sebagai sokongan padu kepada penganjuran Bazar Buku Perak. Terdapat pelbagai aktiviti menarik  yang kita boleh sertai. Peserta juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku bacaan dengan kadar harga yang berpatutan. Selain itu, peserta juga dapat merapatkan ukhwah yang baik .


Kepada warga Ipoh dan sekitarnya...moh kiter gi Bazar Buku Perak πŸ₯³πŸŽŠπŸŽ‰


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgmki

#bazarbukuperak







1 Aug 2024

Hebahan : Penerbitan Jurnal Berimpak Tinggi

 

TAHNIAH ATAS PENERBITAN JURNAL BERIMPAK TINGGI!


Penerbitan jurnal berimpak tinggi dalam kategori Scopus Q1 dan Q2 oleh pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Ipoh adalah seperti berikut:


Dr Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi:

1. "Prosedur ATLAS.ti Bersistematik; Pembinaan Kata Kunci Utama" - Q2 

2. "Model of Teaching Malay Language to Non-Native and Foreign Speaker" - Q1


Mohd Sufian bin Ismail:

1. "Prosedur ATLAS.ti Bersistematik; Pembinaan Kata Kunci Utama" - Q2


Untuk maklumat lanjut mengenai penerbitan ini, sila berhubung dengan Pegawai PusatSumber Ipgm Kampus Ipoh IPGM Kampus Ipoh.


Tahniah atas pencapaian ini!