Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

18 Apr 2016

Bicara Buku Bersama Rakan Kelab Perpustakaan

Program Bicara Buku merupakan sebuah program yang memberi peluang kepada pembaca untuk mengulas semula buku-buku yang telah dibaca dan mempersembahkan hasil ulasan mereka kepada para pembaca yang lain. Pada minggu yang lalu bersamaan dengan tanggal 13 April 2016, pihak perpustakaan IPGK Ipoh telah menjemput dua orang Rakan Perpustakaan untuk memberi ulasan tentang buku yang telah mereka kaji sendiri. Sesi pertama bicara...

13 Apr 2016

Bicara Buku Bersama Pensyarah Jabatan Pengajian Bahasa Melayu

Pada tanggal 6 April yang lalu, Unit Perpustakaan telah mengadakan program Bicara Buku bersama pensyarah dari Jabatan Pengajian Bahasa Melayu iaitu Puan Hajah Norehan Muhamad dan juga Puan Normah Kamarodzan. Program Bicara Buku ini diadakan untuk memberi peluang kepada para pensyarah dan juga pelajar membicarakan sedikit sebanyak mengenai buku-buku yang pernah dibaca selama 45 minit bermula 2.30 petang sehingga 3.15petang. Program tersebut telah...

7 Apr 2016

Jom Ngeteh Borak Buku Bersama Meor Farid Asyradi; Penulis Travelog MR. Traveller

Unit Perpustakaan IPGK Ipoh telah dijemput hadir ke aktiviti Jom Ngeteh Borak Buku bersama Meor Farid Asyradi; penulis novel “Travelog MR. Traveller” yang mendapat sambutan meriah terutama sekali di kalangan golongan belia seluruh Malaysia. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Puteri UMNO dengan kerjasama ADUN Manjoi dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Mohamed Ziad. Program santai Jom Ngeteh ini diadakan di Restoran Tihani’s, Meru Raya dan dihadiri para...

1 Apr 2016

Selamat Bersara Puan Rodiah bt Yusoff

Harum Semerbak si bunga melur, Jadi hiasan taman larangan, Sejambak Pantun Mesra Dihulur, Setulus Ingatan Mengimbau Kenangan. Selamat bersara dan selamat beristirehat diucapkan kepada Puan Rodiah bt Yusoff diatas Persaraan beliau yang telah bertugas selama 35 tahun (31 tahun di IPGKI). Terima kasih atas segala sumbangan dan jasa baik Puan Rodiah sepanjang menjalankan tugas. semoga Puan Rodiah sihat walafiat disamping keluarga yang tersayang...