Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

13 Apr 2016

Bicara Buku Bersama Pensyarah Jabatan Pengajian Bahasa Melayu


Pada tanggal 6 April yang lalu, Unit Perpustakaan telah mengadakan program Bicara Buku bersama pensyarah dari Jabatan Pengajian Bahasa Melayu iaitu Puan Hajah Norehan Muhamad dan juga Puan Normah Kamarodzan. Program Bicara Buku ini diadakan untuk memberi peluang kepada para pensyarah dan juga pelajar membicarakan sedikit sebanyak mengenai buku-buku yang pernah dibaca selama 45 minit bermula 2.30 petang sehingga 3.15petang. Program tersebut telah dihadiri oleh 20 orang guru pelatih Pengajian Tamil, para staf sokongan dan juga beberapa orang pelajar praktikal daripada UPSI.







Bicara buku tersebut terbahagi kepada dua sesi yang dimulakan oleh Puan Norehan Muhamad dan diteruskan dengan sesi kedua bersama Puan Normah Kamarodzan.


Istimewanya disini, Puan Norehan memilih untuk membicarakan buku hasil tangannya sendiri yang berjudul “Biarkan Ia Terbang”. Beliau telah menerbitkan buku tersebut pada tahun 2007. Buku beliau mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang bernama Nohan yang hidup di zaman Melayu lama dimana gadis-gadis pada zaman itu hanya dibenarkan untuk berada di dapur sahaja. Selain itu, buku ini juga mengisahkan pengorbanan yang Nohan lakukan demi kejayaan adik-adiknya sehingga berjaya. Sekiranya pembaca ingin mengetahui lebih mengenai buku ini, buku ini boleh didapati di Perpustakaan IPGK Ipoh ini sendiri di rak 800-900.



        




Sesi kedua diteruskan lagi dengan bicara buku oleh Puan Normah dengan buku yang telah beliau kaji  berjudul “Panas Salju” oleh Talib Samat. Buku ini pula mengisahkan tentang kisah hidup Nadhirah yang menghidapi penyakit leukimia. Ibunya, Busrah sanggup mempetaruhkan nyawanya dengan memindahkan hatinya kepada Nadhirah. Buku ini juga merupakan salah satu novel komsas yang digunakan di peringkat sekolah menengah iaitu tingkatan 3. Buku ini boleh didapati di perpustakaan IPGK Ipoh juga di rak 800-900. 





Sebagai penutup, Dr. Mohd Nazri selaku Ketua Unit Perpustakaan telah menyampaikan sijil kepada pensyarah yang telibat pada hari tersebut.






0 comments:

Post a Comment