Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

12 Jan 2021

Kunjungan Ke Bahagian Gerakan Literasi Maklumat, Perpustakaaan Negara Malaysia



12.1.2021 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menghantar penerbitan institusi ini ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Dikesempatan itu, Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan Pn. Nasimah bt Abdul Jal berkunjung ke Bahagian Gerakan Literasi dan Maklumat untuk mendapatkan bahan-bahan Kempen Membaca akan datang. Disamping itu, Pn. Sabariah dan Pn. Nasimah bergambar kenangan bersama Pn. Fatimah Abdul Hai , yang juga menjadi rakan maya di media sosial. Terima kasih kepada pihak PNM dan Pn. Fatimah kerana sentiasa memberi sokongan dalam apajua aktiviti yang dimuatnaik dalam media sosial Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.


En. Mohd Nurul Azmi bin Ahmad Nor (Ketua Pusat Sumber) merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Nazariah bt Mat Mizar, En. Mustafa Isram dan En. Roslan Lem kerana sentiasa bersedia memberi bantuan dan komitmen yang baik. 

0 comments:

Post a Comment