Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

23 Jan 2025

Lawatan Penanda Aras IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

 23 Januari 2025 - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh berbesar hati menerima kunjungan daripada Unit Perpustakaan IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang sempena Lawatan Penanda Aras. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Hamizul bin Mahmud selaku Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Tuanku Bainun. Turut hadir Dr. Hj Mohd Taufik bin Hj Ahmed, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh mengalu-alukan kedatangan delegasi Lawatan Penanda Aras IPG Kampus Tuanku Bainun,...

14 Jan 2025

Penerbitan Buku: Tahniah Pn Rozita dan Pn. Ros Anita Kartini

14 Januari 2025 (Selasa) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada Pn. Rozita bt Haji Omar  (Majlis Profesional Pengurusan dan Pentadbiran IPGM Kampus Ipoh) dan Pn. Ros Anita Kartini bt Mohamed (mantan Pensyarah IPGMKI) kerana telah menghasilkan buku dibawah penerbitan IPGM Kampus Ipoh. Masing-masing yang  berjudul  "Penulisan Refleksi Sandwich in Coaching : Bukan Amalan Yang Baik" ( ISBN 978-967-2863-73-1)...