23 Januari 2025 - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh berbesar hati menerima kunjungan daripada Unit Perpustakaan IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang sempena Lawatan Penanda Aras. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Hamizul bin Mahmud selaku Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Tuanku Bainun. Turut hadir Dr. Hj Mohd Taufik bin Hj Ahmed, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh mengalu-alukan kedatangan delegasi Lawatan Penanda Aras IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.
En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar , Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan penghargaan ucapan terima kasih kepada Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin, Ketua Unit Praktikum di atas kesudian berkongsi ilmu bagi membantu Unit Pusat Sumber menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Haji Nakhaie, En. Zack dan En. Megat serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kerjasama yang diberikan.
Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan pusat sumber dan sistem sirkulasi bahan bacaan.
"IPGMKI The Inspiration Of Positive and Objective Hearts"
"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"
0 comments:
Post a Comment