Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

3 Aug 2026

 

WACANA ILMU: PROMOSI BUKU TERBITAN BAHARU 2026 IPG KAMPUS IPOH.
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,
31 Julai 2026 - Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan bangganya membawakan Buku Terbitan Baharu Tahun 2026 khusus untuk makluman serta kegunaan seluruh warga kampus.
Naskhah ini merupakan cetusan idea dan hasil penyelidikan terkini bagi memantapkan lagi kualiti ilmu kependidik serta amalan pengajaran.
🔍 DAPATKAN SEBAGAI BAHAN RUJUKAN DI PUSAT SUMBER :
Buku terbitan baharu ini boleh didapati terus di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh untuk tujuan rujukan dan pinjaman warga kampus.
Mari bersama-sama membudayakan amalan membaca dan menyokong penulisan ilmiah terbitan IPGK Ipoh!
Jangan lepaskan peluang ini — bersama kita perkasa budaya membaca!
📖 “Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa”

ANUGERAH PEMINJAM TERBANYAK BULANAN PUSAT SUMBER IPGK IPOH "TOP BORROWER" 2026

 

🏆📚 TAHNIAH! ANUGERAH PEMINJAM TERBANYAK BULANAN PUSAT SUMBER IPGK IPOH! 📚🏆
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,
31 Julai 2026 - Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan bangganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 'Top Borrower' bagi bulan Januari hingga Jun 2026.
Kagum betul dengan semangat dan minat membaca yang ditunjukkan! Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga IPGK Ipoh untuk terus mendalami ilmu dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan di Pusat Sumber kita.
🎁 Sila hadir ke Pusat Sumber untuk mengambil hadiah
Yang lain bila lagi? Jom kerapkan langkah ke Pusat Sumber, pinjam buku rujukan atau bahan bacaan kegemaran korang, dan mana tahu bulan depan nama dan gambar anda pula yang terpampang di sini! 😉👇
Siapakah ulat buku tegar kampus kita bagi bulan Julai ni 🤔✨
📖 “Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa”