Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

24 Apr 2015

Tahukah Anda??? Perpustakaan Pertama di Dunia Yang Mempunyai Pawagam 6D.

Tahukah Anda???

Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor merupakan perpustakaan pertama di dunia yang dilengkapi dengan sistem pawagam 6D. Perkara ini telah pun dicatatkan di dalam  "The Malaysia Book of Records", Edisi Kesembilan 2014.

Sebuah bilik khas dibina khusus untuk pawagam 6D dimana anda boleh merasai pelbagai deria 6D ketika menggunakan bilik ini. Anda juga akan dapat menikmati suasana pengalaman pembelajaran yang amat menyeronokkan dan ianya dapat memberi kelainan serta merangsang kepekaan terhadap deria anda. Pawagam ini juga dilengkapi dengan sistem pembesar suara khas yang dapat memberikan deria rasa yang lebih realistik. Kesan 3D dan pergerakan turut digunakan bagi membolehkan anda menikmati pengalaman seperti haba, sejuk dan angin bertiup ke wajah anda selama 5 minit.

Perpustakaan ini diuruskan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin pada 10 September 2012.

(Sumber asal daripada: The Malaysia Book of Records.(9th ed.).(2014).Kuala Lumpur, Malaysia: Malaysia Book of Records Sdn Bhd.)



(Gambar sumber daripada Portal Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor: Teater XD/6D. (2014). Retrived 2015, April 24 from: http://www.ppas.gov.my/index.php/perkhidmatan/6d)

 

22 Apr 2015

Promo!!! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Promo!!!
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 kini kembali menemui anda bertempat di PWTC bermula pada 24 April 2015 sehingga 3 Mei 2015. Jualan pesta buku akan bermula dari pukul 10.00pagi sehingga 7.00malam (setiap hari Isnin dan Khamis sahaja) manakala pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, jualan akan bermula pada 10.00pagi sehingga 9.00malam.
Pembelian menggunakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) diterima di sini.
Anda semua dijemput datang beramai-ramai ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015.
Pas masuk adalah PERCUMA!!!


21 Apr 2015

Jom Baca Bersama 10 Minit (Let's Read Together for 10 Minutes)

Bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, program Jom Baca Bersama 10 Minit (Let's Read Together for 10 Minutes) akan diadakan serentak di seluruh Malaysia.
Program ini merupakan inisiatif yang diadakan setiap tahun bagi memupuk masyarakat Malaysia dalam minat membaca. 

Untuk program kali ini, Perpustakaan Negara Malaysia dan kesemua Perpustakaan Awam Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan program ini secara serentak pada hari, tarikh, dan waktu yang sama iaitu pada 23 April 2015 (Khamis), jam 10.00 pagi sehingga 10.10 pagi.

Konsep dan pilihan program ini diilhamkan daripada sambutan Earth Hour dimana semua peserta di kehendaki bersama-sama berhenti sebentar (tanpa mengira apa jua aktiviti atau pekerjaan yang sedang dilakukan) dan membaca apa jua bahan bacaan selama 10 minit secara serentak.

Oleh itu, kami pihak perpustakaan IPG Kampus Ipoh berminat untuk turut serta menyahut seruan program ini dengan menggalakkan warga IPG Kampus Ipoh menyertai dan beramai-ramai membaca selama 10 minit di Perpustakaan IPGKI dan dalam sekitar kampus IPG Ipoh.

Diharapkan dengan perlaksanaan program ini dapat memupuk minat membaca di kalangan warga IPG Kampus Ipoh dan juga seluruh masyarakat di Malaysia.

Berikut adalah butiran program tersebut:


Tarikh: 23 April 2015
Hari: Khamis
Masa: 10.00 pagi - 10.10 pagi
Tempat: Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan dalam sekitar IPG Kampus Ipoh




Kedatangan anda ke Perpustakaan IPGKI adalah amat kami nanti-nantikan. Marilah sama - sama kita menjayakan program ini.

Program Karnival Galakan Membaca (27 - 28 Mac 2015)

Kira - kira hampir sebulan yang lalu, pihak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah berjaya menganjurkan program "Karnival Galakan Membaca" selama dua hari iaitu pada 27 Mac 2015 (Jumaat) sehingga 28 Mac 2015 (Sabtu) dengan kerjasama dari Unit ICT IPG Kampus Ipoh bertempat di Dewan Seri Budiman.
5 buah syarikat pembekal buku yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut adalah:
  • PGN Media Services Sdn Bhd.
  • Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Pustaka M.Didik
  • Cahaya Yassin
  • Koperasi USM
Turut disediakan adalah Kaunter PNM Digital dimana para pelajar boleh MENDAFTAR SECARA PERCUMA keahlian sebagai pengguna portal PNM. Para pelajar adalah amat digalakkan menggunakan Portal Sumber Elektronik PNM yang menyediakan pelbagai sumber maklumat terutamanya dapat membantu para pelajar dalam menyelesaikan tugasan kuliah.

Sambutan terhadap program ini amat menggalakkan dengan kehadiran daripada para pensyarah, pelajar - pelajar dan seluruh warga IPG Kampus Ipoh.

Ribuan terima kasih diucapkan dari pihak kami, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh atas kerjasama yang diberikan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Hari Pertama Karnival Galakan Membaca

Booth Dewan Bahasa dan Pustaka
Bersiap sedia menunggu ketibaan warga kampus IPG Ipoh
Booth PGN Media Services
Apa lah yang dilihatnya tu??
 Meriah booth ni.. ada ape yang menarik ye pada booth ni.. jeng.. jeng... jeng..
Ooo.. Baru tahu kenapa booth ni ramai orang.. rupa-rupanya ada demonstrasi pop-up book.. Menarik.

Di sekitar Booth Cahaya Yassin
Khusyuknya baca...
Agaknya apa la yang En.Zainal ni cakap ye.. Ceria sungguh.

Suasana di Sekitar Karnival pada hari pertama
Mari.. Mari... Warga Kampus IPGKI sudah datang...
Banyak sungguh buku.. tak tahu mana satu nak pilih.

Kaunter PNM Digital
Fokus sungguh abang-abang ni mendaftar keahlian PNM secara online.

Hari Kedua Karnival Galakan Membaca

Masuk hari kedua program karnival ini berlangsung, semakin ramai warga IPG Kampus yang hadir memeriahkan lagi suasana di tapak karnival.
Kaunter Baucer Buku BB1M turut disediakan bagi memudahkan para pelajar mengambil baucer buku mereka.

Suasana di Sekitar Karnival pada hari kedua




Kaunter Baucer Buku BB1M




17 Apr 2015

Sambutan Hari Lahir Pn. Rodiah & Ain - Bulan April

Tanggal 13 April yang lalu, satu majlis jamuan makan telah diadakan bagi meraikan seorang staf perpustakaan dan juga seorang pelajar praktikal yang menyambut ulangtahun hari lahir pada bulan ini.
Selamat Hari Lahir diucapkan dari kami Pihak Perpustakaan IPGKI kepada:
  • Pn. Rodiah Binti Yusoff, Pembantu Operasi
  • 'Ainnur Zuhairah Binti Jamal Hurri, Pelajar Praktikal

Acah je tu.. Berlakon potong kek.
Terpaksa potong kek seorang diri.. Pn. Rodiah tak mahu join. Katanya suruh Ain yang potong.
Kek Carrot Cheese. Sedap...
Mesti pelik kenapa ada kek "Terima Kasih" kan??? Kek "Terima Kasih" tu pemberian dari Pn. Rodiah sebagai tanda terima kasih kepada pihak perpustakaan kerana membuat jamuan sambutan hari lahir untuk beliau dan juga Ain.


13 Apr 2015

Berita - Perak Rancang Rombak Sistem Perpustakaan



Perak merancang untuk merombak sistem perpustakaan di negeri ini bagi memastikan ia menjadi hub penyaluran ilmu yang lebih berkesan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perancangan itu dibuat bagi memastikan misi menjadikan Perak sebagai negeri berteraskan ilmu pengetahuan (K-State) dapat dicapai.
Menurut beliau, di negara-negara maju, perpustakaan dianggap sebagai nadi yang mengukur kemajuan sesebuah masyarakat.
"Kita mempunyai 108 perpustakaan dan dengan jumlah ini, kita mengharapkan setiap satu dapat dilengkapkan dengan sistem penyampaian selaras dengan perkembangan ilmu dan masa," katanya ketika satu sidang media selepas membuat lawatan kerja ke Sudut Koleksi Dr Zambry di Perpustakaan Negeri di Ipoh pada Isnin.
Menurut beliau, antara peracangan yang akan dibuat ialah dengan mewujudkan satu kawasan interaktif untuk semua golongan, termasuk para penyelidik.
Selain itu, beliau juga mencadangkan beberapa sudut koleksi buku tokoh-tokoh yang berasal daripada negeri ini dapat diwujudkan.
"Mereka yang ternama dari negeri ini juga boleh memberi sumbangan kepada perpustakaan dengan buku-buku pilihan, sebagai contoh mewujudkan sudut Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
"Perpustakaan perlu memainkan peranan dalam sistem penyampaian ilmu yang lebih berkesan termasuk perkhidmatan terbaik bagi mencapai misi kita," ujarnya lagi.

Sumber asal daripadaPortal Perak News

31 Mar 2015

Dialog Pelajar PPG - BPG

Satu sesi Dialog Bersama Pelajar PPG - BPG telah dijalankan pada 28/3/2015 (Sabtu) dan bertempat di Bilik Diskusi Perpustakaan, IPG Kampus Ipoh.







16 Mar 2015

Gotong Royong dan Sambutan Hari Lahir Staf Perpustakaan

Unit Perpustakaan telah mengadakan satu aktiviti gotong - royong pada 16 Mac 2015 bertempat di Perpustakaan. Kehadiran staf adalah diwajibkan.
Semua staf perpustakaan berserta seorang pelajar praktikal perpustakaan telah pun hadir melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong selama 2 jam di perpustakaan yang dijalankan pada seawal 8 pagi sehingga 10 pagi. Masing - masing telah memberi kerjasama yang baik dan bertungkus - lumus melakukan kerja - kerja pembersihan di sekitar perpustakaan.

Selepas penat bergotong-royong, satu majlis jamuan makan telah diadakan bagi menyambut ulangtahun kelahiran 4 orang staf perpustakaan.

Kami, seluruh warga Perpustakaan IPGKI mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada:
  • En. Azhar Bin Osman, Ketua Unit Perpustakaan IPGKI
  • En David a/l Rayappan, Pembantu Perpustakaan Kanan.
  • Cik Noor Azliana Binti Mohd Jaapar, Pembantu Perpustakaan
  • Pn. Salbiah Binti Mohd Nor, Pembantu Operasi
Semoga panjang umur dan sukses selalu dalam kehidupan.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh, Dr. Mohd Nasrudin bin Basar dan En. Shaddin Bin Sabri, Ketua Unit Khidmat Pengurusan serta kakitangan/staf IPG Kampus Ipoh kerana menghadiri majlis ini.


Kek yang sedap lagi menyelerakan... Jemput tengok.
Encik Azhar memberi sepatah dua kata sebelum memulakan majlis
Bacaan Doa
Acara Memotong Kek diketuai oleh En. Azhar sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengarah.

 Makan Time!!!!
Jutaan Terima Kasih diucapkan pada yang hadir.

Biar gambar berbicara... Jemput tengok kami makan.. Hehehe~~ (Jangan Marah na..)

15 Feb 2015

Berita - Perpustakaan Medium Keharmonian Negara

Perpustakaan merupakan satu medium efektif bagi mengumpulkan komuniti daripada berbilang bangsa selain mengisi dan meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ramai yang tidak menyedari bahawa pembentukan negara yang maju inteleknya adalah melalui komunikasi bernas di antara berbilang kaum dan pertukaran pendapat yang berlaku secara tidak langsung melalui kewujudan bangunan ilmu seperti perpustakaan.
Menurut beliau, kerajaan menubuhkan perpustakaan untuk merealisasi hasrat memperhebat dan memperkasa budaya membaca rakyat Malaysia, khususnya di Perak di samping, berpeluang bergaul dan berinteraksi bersama rakan berbilang bangsa, dan dari pelbagai latar belakang.
"Keharmonian dan kesepakatan inilah yang sebenarnya akan memajukan Malaysia, kerana selain menimba ilmu dari halaman buku mereka juga dapat mentafsir dan melontarkan pandangan kritikal satu masa kelak," katanya kepada PerakNews.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perpustakaan 1Malaysia Dato' Seri Husni di Chemor, pada pagi Ahad.
Jelasnya, kerajaan akan sentiasa melaksanakan pelbagai program dan aktiviti dalam memastikan amalan atau budaya membaca tersemai dalam setiap ahli komuniti bagi memastikan konsep pembelajaran sepanjang hayat tercapai.
"Di sekolah atau institusi pengajian tinggi, penuntut ilmu dibekalkan dengan pembelajaran rasmi, namun dengan wujudnya gedung ilmu seperti perpustakaan ini, seluruh masyarakat di dalam dan luar bandar dapat memperoleh manfaat pembelajaran tidak rasmi sepanjang hayat mereka," katanya lagi.
Jumlah kos keseluruhan bagi perpustakaan yang dinamakan sempena ahli Parlimen Tambun tersebut adalah sebanyak RM684,000, termasuk kos pembinaan serta kos pengisian bahan bacaan dan kemudahan am yang lain.
Ahmad Husni berkata, setakat ini terdapat 84 perpustakaan desa, sebuah perpustakaan negeri, 13 perpustakaan cawangan, sebuah perpustakaan pekan dan empat perpustakaan bergerak yang telah dibina di seluruh negeri Perak.

Sumber asal daripada: Portal Perak News

2 Feb 2015

Selamat Datang Pelajar Praktikal UiTM Ke Perpustakaan IPGKI

Kami telah mengalu-alukan dan menerima kehadiran seorang pelatih praktikal perpustakaan dari UiTM Sungai Petani, Kedah.

Ribuan terima kasih diucapkan kerana telah memilih Perpustakaan IPGKI sebagai tempat untuk menjalani latihan praktikal selama 5 bulan bermula dari 2 Februari 2015 sehingga 30 Jun 2015 nanti.

Diharapkan dapat memberi kerjasama dan sumbangan yang memuaskan. Gunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sepanjang menjalani latihan praktikum disini.