Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

18 May 2015

Pangkalan Data National Geographic - Pamplet


Menyediakan maklumat ringkas mengenai Pangkalan Data National Geographic yang telah dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Maklumat ini boleh didapati dengan memuat turun di pautan berikut: Pangkalan Data National Geographic.pdf

Pangkalan Data The World Almanac For Kids - Pamplet



The World Almanac for Kids menyediakan sumber-sumber rujukan yang berguna untuk kanak-kanak, khususnya bagi para pelajar di sekolah rendah.

Bahan ini mengandungi panduan pengguna mengenai The World Almanac For Kids dan ianya boleh di muat turun di pautan berikut: The World Almanac For Kids.pdf

Pangkalan Data Encyclopedia Britannica Online (EBO) - Pamplet



Pamplet ini memberi penerangan ringkas dan panduan buat pengguna mengenai pangkalan data Encyclopedia Britannica Online (EBO).
Encyclopædia Britannica Online (Library Edition) menyediakan perkhidmatan bagi mengakses kandungan keseluruhan Ensaiklopedia Britannica secara dalam talian, kaya dengan pelbagai sumber ilmu terkini, relevan serta sahih yang boleh anda gunakan untuk menyokong pendidikan dan pembelajaran.
Akses kepada pangkalan data ini hanya boleh dicapai menerusi portal sumber elektronik PNM: http://www.pnmdigital.gov.my/ .

Bahan ini boleh dimuat turun di pautan berikut: Pangkalan Data Encyclopedia Britannica Online (EBO). pdf

Perkhidmatan PNM ELib - Pamplet

Perkhidmatan PNM ELib merupakan Perkhidmatan Peminjaman e-Buku, khas untuk anda oleh Perpustakaan Negara Malaysia, dengan kerjasama Samsung Malaysia dan e-Sentral. Menerusi portal PNM ELib ini, anda boleh meminjam dan membaca e-Buku yang disediakan, secara dalam talian untuk tempoh selama 7 hari. Perkhidmatan ini boleh diakses melalui laman sesawang : http://pnm.elib.com.my/.





 Pamplet ini mengandungi maklumat yang ringkas mengenai Penggunaan Perkhidmatan PNM ELib. Antaranya ialah:
  • Panduan Pendaftaran Keahlian PNM ELib
  • Panduan Pinjaman E-Buku PNM ELib
  • Panduan Membaca E-Buku di PNM ELib
Pamplet ini boleh dimuat turun di pautan Google Drive berikut: Perkhidmatan PNM ELib.pdf

Perkhidmatan Portal Sumber Elektronik PNM - Pamplet



Pamplet ini memaparkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Portal Sumber Elektronik PNM (PNM Digital) kepada pengguna - penguna yang berjaya mendaftar sebagai ahli.
Antara sumber - sumber digital yang disediakan adalah:
  • Koleksi Buku Nadir
  • Manuskrip Melayu
  • e - suratkhabar
  • e - majalah
  • e - terbitan kerajaan
  • e - jurnal
  • Artikel surat khabar
  • Artikel jurnal
  • Kertas persidangan
  • Terbitan PNM
  • Koleksi peribadi
  • Portal/ Laman web
Pamplet ini boleh dimuat turun di pautan berikut: Perkhidmatan Portal Sumber Elektronik PNM.pdf


Literasi Maklumat & Media PNM - Pamplet




Memaparkan maklumat dan penerangan ringkas mengenai PNM Digital. Antaranya ialah:
  • Pengenalan Portal Sumber Elektronik PNM
  • Panduan Pendaftaran Keahlian PNM Digital.
Pamplet tersebut boleh dimuat turun pada pautan berikut: Literasi Maklumat & Media PNM Digital.pdf


28 Apr 2015

Kibarkan bendera negeri Perak sempena Hari Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar hati turut serta mengibarkan bendera negeri Perak di sekitar kawasan koridor perpustakaan bagi menyambut seruan kerajaan negeri Perak sempena dengan Hari Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah sebagai Sultan Perak XXXV pada 6 Mei 2015 nanti.
Arahan kibarkan bendera negeri Perak ini bermula pada 25 April 2015 sehingga 31 Mei 2015.




 


 Informasi Tambahan:

Maksud disebalik warna dan jalur bendera negeri Perak


Bendera Negeri Perak mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam yang kelebarannya adalah sama.
Berikut adalah makna dan simbolik warna-warna dan jalur bendera negeri Perak:
  • Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
  • Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
  • Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan


27 Apr 2015

Sambutan Program "Jom Baca Bersama Selama 10 Minit" (Let's Read Together for 10 Minutes)

Pada 23 April yang lalu, satu Program "Jom Baca Bersama Selama 10 Minit" (Let's Read Together for 10 Minutes) telah dijalankan di Perpustakaan IPGKI serta dikawasan sekitar IPGKI dimana ianya dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia.
Sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh warga IPGKI untuk menjayakan program ini sungguh memuaskan. Pelbagai aksi dan gaya membaca dapat dirakamkan sepanjang program ini berlangsung di IPG Kampus Ipoh ini. Terima Kasih diucapkan kerana menyertai program ini.


Suasana di dalam dan di sekitar Perpustakaan IPGKI

Sambutan yang amat menggalakkan dari para pelajar IPGKI
Ketua Unit Perpustakaan, En. Azhar turut sama menyertai program ini bersama-sama dengan para pelajar.
Tengah buat assignment dan discussion pun boleh berhenti sebentar dan turut serta menyertai program.
Di bilik IT, baca suratkhabar atas talian.
Di celahan rak buku pun boleh.

Para pensyarah membaca suratkhabar di sudut akhbar
Di meja karel pun boleh juga, yang penting baca.
Di bilik Redspot.
Staf bertugas di kaunter sirkulasi turut sama menyertai
Auntie pun mau baca suratkhabar juga.. katanya.
Staf Koperasi yang bertugas di bahagian fotostat di dalam perpustakaan turut sama baca surat khabar.

Di Luar Perpustakaan

Di sudut bacaan di hadapan luar perpustakaan
Santai... Bawah pokok pun boleh baca..

Pejabat HEP IPGKI

Pihak HEP pun turut sama menyahut seruan membaca selama 10 minit.

Kaunter Khidmat Pelanggan

Seronok nye baca tu.. sebab tu sampai tersenyum tu.

Perkhidmatan Akhbar Atas Talian (Online Newspaper)

Bermula 1 April yang lalu, pihak perpustakaan telah mengambil satu inisiatif dengan mewujudkan dan memperkenalkan Sudut Bacaan Akhbar Atas Talian yang terletak di dalam Bilik IT sebagai langkah untuk menggalakkan budaya membaca dengan menggunakan pelbagai sumber seperti membaca akhbar atas talian (Online Newspaper).
Dua buah komputer telah disediakan khas untuk Akhbar Atas Talian Bahasa Melayu (BHOnline, Harian Metro, Utusan Online, Kosmo! Online) dan juga Akhbar Atas Talian Bahasa Inggeris (News Strait Times Online dan The Star).

Beberapa orang pelajar menggunakan sudut bacaan suratkhabar atas talian


Naiktaraf Perisian Terbaru dan Monitor Baru di Bilik IT.

23 Mac 2015 yang lalu, pihak perpustakaan telah menukarkan kesemua skrin monitor dan operasi sistem yang lama di dalam bilik IT kepada yang baru. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai perisian terbaru yang digunakan untuk perkhidmatan bilik IT di Perpustakaan IPG Ipoh:

Monitor: ASUS VS197
Skrin Resolusi: 1366x786
Sistem Operasi: Window 8.1 Pro 
(copyright 2013 Microsoft Corporation)
Processor: Intel(R) Pentium(R) CPU G2030 @ 3.00GHz
RAM: 4Gb
Maklumat mengenai perisian komputer yang baru
Sistem Operasi Window 8.1 terpapar pada permukaan skrin komputer ASUS VS197

Walaubagaimana pun, buat masa ini hanya 3 buah komputer sahaja yang boleh digunakan iaitu komputer ICT 1, ICT 2, dan ICT 3.
ICT4, ICT5 dan ICT6 masih belum boleh digunakan lagi dan dalam proses untuk dinaiktarafkan sistem dari sistem yang lama kepada Window 8.1.

Diharap para pengguna dapat memberi kerjasama kepada perpustakaan atas kesulitan kerana kerja - kerja menaiktaraf komputer di bilik IT.