Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

29 Jun 2015

Lawatan Penanda Aras Ke Perpustakaan IPG Batu Lintang dan Centre of Academic Information Services (CAIS), UNIMAS (Bahagian III)

Sebelumnya... Sila baca:
Bahagian 1
Bahagian 2

Hari ke - 2 di Sarawak

5 Jun 2015 (Jumaat)

2.00 petang - 5 petang

Pada sebelah pagi, kami telah pun melawat Perpustakaan IPG Batu Lintang dan pada petangnya, kami pergi pula melawat ke CAIS, UNIMAS.



Ketua lawatan, Encik Azhar menandatangani buku pelawat di CAIS, UNIMAS

Di bilik mesyuarat untuk Sesi Taklimat dan Soal Jawab





Pertukaran cenderamata penghargaan antara IPG Kampus Ipoh dan CAIS, UNIMAS 




Di persekitaran CAIS, UNIMAS










Akhir sekali sebelum balik, kita bergambar dulu tanda kenangan..






-TAMAT-

Lawatan Penanda Aras Ke Perpustakaan IPG Batu Lintang dan Centre of Academic Information Services (CAIS), UNIMAS (Bahagian 2)

sambungan terdahulu - BAHAGIAN 1

HARI KE-2 DI SARAWAK

5 Jun 2015 (JUMAAT)

8.00 pagi - 12.30 tengahari

Lawatan rasmi ke Perpustakaan IPG Batu Lintang

Bangunan Perpustakaan IPG Batu Lintang

Pintu masuk perpustakaan


Ketibaan kami di Perpustakaan IPG Batu Lintang telah disambut mesra oleh staf-staf perpustakaan di sana. Sesi taklimat akan dimulakan dan dikendalikan oleh Ketua Unit Pusat Sumber IPG Batu Lintang, Encik Jamu Anak Galeh. 

Untuk sesi taklimat ini, Encik Jamu bertanggungjawab memberi penerangan dan maklumat mengenai perpustakaan IPG Batu Lintang kepada para ahli lawatan IPG Kampus Ipoh. 

Sesi soal - jawab juga turut diadakan bagi memberi peluang kepada kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Perpustakaan IPG Batu Lintang.

Kemudian, kami dibawa meronda dan melawat di sekitar Perpustakaan IPG Batu Lintang untuk melihat sendiri struktur bangunan, ruang, perkhidmatan yang ditawarkan, pemilihan dan susun atur perabot, reka bentuk serta hiasan dalaman yang diperlukan untuk sesebuah perpustakaan.   

Ketibaan kami disambut dengan senyuman mesra staf yang bertugas

 Penyampaian taklimat oleh En. Jamu dan juga sesi soal jawab







Pertukaran cenderahati antara pihak IPG BatuLintang dan IPG Kampus Ipoh




Sesi Lawatan


Ruang bacaan yang luas di Aras Bawah Perpustakaan


Kebetulan ketika kehadiran kami di sini, WEB OPAC tidak dapat digunakan kerana masalah sistem

Ruang Istirehat

Sudut Komputer

Ruangan Kanak - Kanak

Permandangan ruangan kanak - kanak dari tingkat atas 
Aikk.. ada staf baru kat Perpustakaan IPG Batu Lintang ni... tapi macam kenal je... 

Waktu perkhidmatan kaunter Sirkulasi Perpustakaan



Cik Norlelawati, pembantu perpustakaan memberi  penerangan mengenai sistem RFID yang digunakan oleh Perpustakaan Batu Lintang
Cubaan mengguna sistem Book Drop
Self-check machine dan self- service photostat machine turut disediakan



Walau di mana pun, budaya membaca takkan di lupakan.. Sempat lagi baca surat khabar..


Sesi Bergambar sebagai kenangan sebelum pulang ke asrama






Gaya bebas..

BERSAMBUNG...
BAHAGIAN 3

Lawatan Penanda Aras Ke Perpustakaan IPG Batu Lintang dan Centre of Academic Information Services (CAIS), UNIMAS (Bahagian I)

Pada 5 Jun 2015 yang lalu, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Perpustakaan IPG Batu Lintang, Sarawak dan juga ke Perpustakaan UNIMAS yang dikenali sebagai Centre of Academic Information Services (CAIS).


3 JUN 2015 (RABU)

Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada Staff Perpustakaan, Staff Sokongan, para pensyarah IPGKI serta seorang pelajar praktikal termasuk 3 orang kanak - kanak telah menyertai lawatan ini.

Perjalanan ke Sarawak ini sebenarnya bermula pada 3 haribulan Jun iaitu pada hari Rabu. Ahli rombongan lawatan diminta berkumpul di perkarangan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh pada 10.30 malam sebelum bertolak ke KLIA2 dengan mengunakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh IPG Kampus Ipoh.


4 JUN 2015 (KHAMIS

Rombongan tiba di KLIA2 kira - kira pukul 3. 15 pagi dan masing-masing merehatkan diri di sana sementara menunggu waktu penerbangan ke Sarawak pada pukul 9. 45 pagi.

Excited nak naik kapal terbang ni..

Penerbangan kami selamat tiba di Lapangan Terbang Kuching kira-kira pada pukul 11 pagi dan setibanya kami di sana, Bas IPG Batu Lintang telah pun menunggu ketibaan kami di sana.

Safely landed..

Pesawat Air Asia yang kami naiki.

Ketua rombongan mengira jumlah ahli di dalam bas sebelum bertolak ke IPG Batu Lintang

Permandangan Lapangan Terbang Kuching dari dalam bas

Setibanya kami di IPG Batu Lintang......
Pihak IPG Batu Lintang telah menyediakan asrama buat kami untuk menginap sepanjang kami berada di sini.

Check in asrama

Asrama yang disediakan oleh IPG Batu Lintang untuk kami menginap
Selepas check-in asrama, kami terus berehat di bilik masing -masing untuk melepaskan lelah setelah semalam perjalanan bertolak dari Ipoh ke Sarawak.

Ucapan terima kasih tak terhingga daripada kami  kepada pihak IPG Batu Lintang kerana menyediakan kemudahan penginapan asrama yang amat selesa kepada kami.

BERSAMBUNG....