Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

5 Feb 2016

Pelancaran Buletin Perpustakaan

Pelancaran Buletin Perpustakaan telah berlangsung di Dewan Seri Tanjung, IPGKI dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Februari 2016 tepat jam 8.00 pagi pada 05Februari2016 (Jumaat). Buletin ini diterbitkan dua bulan sekali bagi tujuan penyampaian maklumat mengenai hal-hal berkaitan perkhidmatan dan juga program yang telah dilaksanakan oleh unit perpustakaan kepada para pengguna. Semoga  dengan penerbitan buletin ini akan lebih memberi manfaat kepada pengguna khususnya warga IPGKI . Sebarang pendapat dan cadangan dialu-alukan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan Perpustakaan IPGKI.




4 Feb 2016

TAHNIAH! staff Perpustakaan IPGKI selamat melahirkan bayi perempuan.

Alhamdulillah dan TAHNIAH diucapkan kepada staff Perpustakaan IPGKI, Pn. Salbiah Binti Mohd Noor dan suami atas kelahiran bayi perempuan mereka. Berita gembira ini telah dimaklumkan pada 2/2/2016 lalu. Pastinya Pn. Salbiah Binti Mohd Noor dan suami sedang berada dalam fasa teruja dengan kehadiran bayi Februari yang comel ini. Semoga si comel membesar dengan sihat.  Tahniah sekali lagi..... (:



1 Feb 2016

Buku terkini Februari 2016

McMurry, J. E. & Fay, R. C. (2012). Chemistry (6th Ed.)

Call no. 540 MCM

Chemistry has made our lives longer, safer and far more comfortable than they would be otherwise. the medicines, fertilizers, insecticides, adhesive, textile, dyes, building materials, and polymers that we take for granted are all product of the chemical industries.

Today’s students use textbooks differently than their predecessors. Chemistry, Sixth Edition is designed to map to the way students seek and process information. McMurry/Fay's text helps students and professors get to the heart of chemistry more effectively, and helps students see the connections to chemistry more clearly. 

    
(2015).Item contoh pentaksiran kemahiran berfikir aras tinggi sekolah rendah (1st ed.)


Call no. 371.209ITE

Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubungkait pelbagai pengetahuan dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting seperti pemikiran kreatif dan inovatif, pemikiran kritis dan penaakulan dan keupayaan belajar. Buku ini bertujuan untuk merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) untuk meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi. Buku ini diterbitkan dalam tiga bahasa dalam satu buku

Selamat Datang Pelajar Praktikal sesi Feb16-June16

Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

telah menerima dan mengalu-alukan kehadiran pelajar praktikal Sains Perpustakaan dari UiTM Kedah, Nur Farah Wahida Tarmizi. Terima Kasih diucapkan untuk memilih Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) sebagai tempat untuk menjalani latihan industri bermula pada 01 Februari 2016 sehingga 30 June 2016. Diharapkan pelajar tersebut dapat menimba pelbagai pengalaman sewaktu latihan indrusti dijalankan serta membantu dan memberi kerjasama yang memuaskan kepada staff dan juga unit Perpustakaan IPGKI.




  


14 Jan 2016

Buletin Unit Perpustakaan Bil. 1/2016

Unit Perpustakaan telah bergerak maju setapak lagi dengan menerbitkan Buletin Unit Perpustakaan Bil. 1/2016. Buletin ini diterbitkan dalam usaha untuk menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan kepada semua pengguna. Ianya telahpun diedarkan di setiap jabatan dan unit di IPGKI.

Adalah diharapkan agar penerbitan buletin ini dapat mendekatkan lagi pengguna perpustakaan dengan perkhidmatan dan aktiviti yang telah disediakan.

11 Jan 2016

Lawatan ziarah ke rumah En. Mohd Taha Bin Alang Othman

Pada 08 Januari 2016, Ketua Unit dan staf sokongan Unit Perpustakaan telah menziarah En. Mohd Taha Bin Alang Othman di rumahnya di Taman Perpaduan Koperasi, Ulu Kinta, Ipoh. 

En. Taha merupakan Pembantu Operasi N11 di Unit Perpustakaan. Pada 03 Ogos 2015, beliau telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh akibat komplikasi buah pinggang serta didiagnos mempunyai penyakit kanser dan telahpun menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Selangor.


Di atas keprihatian pihak Unit Perpustakaan, pemberian sumbangan berupa barangan keperluan harian telah diberikan semasa lawatan tersebut. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh beliau.


Doa kami moga En. Taha cepat sembuh dan dapat meneruskan kecemerlangannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.


8 Jan 2016

myTag Perpustakaan


Pada 07 Januari 2016, Unit ICT dengan kerjasama Unit Grafik telah menempatkan sistem keluar masuk pengguna perpustakaan terbaharu iaitu myTag Perpustakaan. Sistem ini menggantikan sistem manual yang sedia ada. 

Terima kasih diucapkan kepada Pn Siti Mazura Bt Che Doi dan En Badrul Hisham B. Ahmad Sukar di atas usaha pembangunan sistem ini. Diharapkan sistem ini dapat memudahkan lagi urusan keluar masuk pengguna perpustakaan sekaligus dapat menaik taraf perkhidmatan perpustakaan IPGKI.

Sistem myTag Perpustakaan

Pelajar sedang mengimbas kad matrik sebelum memasuki perpustakaan.

Selamat Tahun Baharu 2016


Hari ini adalah hadiah atas usaha kita kelmarin. 
Semoga di tahun baru ini usaha kita akan semakin tinggi sehingga makin banyak kebaikan yang akan kita terima.

Selamat Tahun Baru 2016.

Ikhlas dari kami :
Unit Perpustakaan IPGKI



29 Jun 2015

Lawatan Pensyarah Pemantau Pelajar Praktikal dari UiTM Shah Alam

12 Jun yang lalu, 2 org pensyarah dari UiTM Shah Alam, Puan A'dillah Mustafa dan juga Dr. Norasiah telah datang untuk memantau seorang pelajar praktikal UiTM yang sedang menjalani latihan praktikal yang bermula dari 2 Februari 2015 dan akan tamat pada 30 Jun 2015 nanti.

Kami pihak perpustakaan IPG Kampus Ipoh amat berbesar hati atas kesudian Puan A'dillah dan Dr. Norasiah untuk datang melawat ke Perpustakaan IPGKI ini.

Sesi perbincangan dengan pensyarah.. 
Penghargaan Terima Kasih dari pihak Perpustakaan IPGKI kepada Puan A'dillah yang disampaikan oleh Ketua Unit Perpustakaan, Encik Azhar. 

Terima Kasih juga diucapkan kepada Dr. Norasiah

Dari kanan: Puan Norhafiza, Puan A'dillah, En, Azhar, Dr. Norasiah dan pelajar praktikal, Cik Ain

Bergambar kenangan sebelum pensyarah pulang ke Kampus Shah Alam

Lawatan Penanda Aras Ke Perpustakaan IPG Batu Lintang dan Centre of Academic Information Services (CAIS), UNIMAS (Bahagian III)

Sebelumnya... Sila baca:
Bahagian 1
Bahagian 2

Hari ke - 2 di Sarawak

5 Jun 2015 (Jumaat)

2.00 petang - 5 petang

Pada sebelah pagi, kami telah pun melawat Perpustakaan IPG Batu Lintang dan pada petangnya, kami pergi pula melawat ke CAIS, UNIMAS.



Ketua lawatan, Encik Azhar menandatangani buku pelawat di CAIS, UNIMAS

Di bilik mesyuarat untuk Sesi Taklimat dan Soal Jawab





Pertukaran cenderamata penghargaan antara IPG Kampus Ipoh dan CAIS, UNIMAS 




Di persekitaran CAIS, UNIMAS










Akhir sekali sebelum balik, kita bergambar dulu tanda kenangan..






-TAMAT-