Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

24 Jan 2018

Program Penyelidikan Khazanah Bersejarah Tukang Besi

Pada 7 Januari 2018, Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh), Hj Hamdan Bin Hj Yaakub (Pensyarah Pengajian Melayu), Dr. Zabidin Hj Ismail (Presiden Persatuan Karyawan Perak) dan 3 orang guru pelatih telah pergi ke Kg. Paloh, Layang-layang Kiri, Parit, Perak untuk membuat penyelidikan khazanah bersejarah tukang besi. Sampai sahaja di sana, pihak keluarga tukang besi telah menyambut mesra dan menyediakan jamuan makan pagi dan tengahari sempena kedatangan pasukan penyelidik ini. Tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mendokumentasikan peralatan yang dibuat oleh tukang besi tersebut seperti keris, pedang, kerambit, parang, pisau dan sebagainya. Teknik membuat peralatan tersebut juga telah ditunjukkan kepada pasukan penyelidik ini. Semoga usaha ini memberi impak yang besar kepada khazanah bersejarah ini yang ada berusia 200 dan 300 tahun. 

11 Jan 2018

Mesyuarat Staf Unit Pusat Sumber Bil. 1/2018

Pada 10 Januari 2018 (Rabu) jam 10.30 pagi telah diadakan Mesyuarat Staf Unit Pusat Sumber Bil.1/2018 bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber. Malahan, mesyuarat itu juga telah dihadiri oleh Pustakawan yang baharu melapor diri iaitu Pn. Sabariah bt Khairuddin serta Penolong Ketua Unit Pusat Sumber iaitu En. S. Ahmad  Suhaimi bin Mohd Said. Pelbagai perkara dibincangkan agar Pusat Sumber ini bertambah mantap seiring dengan perkembangan semasa.





Selamat Datang Ke Organisasi Unit Perpustakaan IPGKI : Pn. Sabariah Bt Khairuddin

Pada 5 Januari 2018, Pn. Sabariah bt Khairuddin telah melapor diri bertugas sebagai Pustakawan di Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Kedatangan beliau telah disambut oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Sebelum ini, beliau telah bertugas di IPG Kent, Sabah. Warga IPG Kampus Ipoh, Unit Pusat Sumber khususnya sangat teruja dengan kehadiran beliau setelah hampir 3 tahun kekosongan Pustakawan. Kehadiran beliau akan memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. 

Selamat Datang dan Selamat Bertugas diucapkan kepada Pn. Sabariah Bt Khairuddin.


Aktiviti Pameran Koleksi Peribadi Pensyarah : Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin

Pada 2-12 Januari 2018 , Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin berkongsi pengetahuan melalui Aktiviti Pameran Koleksi Bacaan Peribadi yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Beliau mempamerkan koleksi bacaan beliau yang berunsurkan Kesusasteraan Melayu dan keagamaan. Selain itu, beliau juga mempamerkan buku hasil karya beliau sendiri 'Monolog Jiwa'. Diharap semua pengunjung Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dapat memanafaatkan aktiviti ini.

5 Jan 2018

Perbincangan Program Bicara Karya Dr. Malim Ghozali Pk.


Pada 4 Januari 2018 (Khamis) - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah menerima kunjungan daripada Dr. Malim Ghozali Pk. Beliau merupakan Sasterawan Perak Ke-3 dan penerima SEA Write Award 2013. Kunjungan beliau telah disambut oleh Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh). Turut hadir termasuklah Hj. Hamdan bin Yaakub dan En. Hairi bin Yahya. Tujuan kedatangan beliau ke sini adalah untuk perbincangan tentang program yang akan diadakan seperti berikut :

Program
:
Bicara Karya Dr. Malim Ghozali Pk.

Tarikh
:
07 April 2018
Hari
:
Sabtu
Masa
:
8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat
:
Kampung Karyawan Malim, Gopeng, Perak.

11 Dec 2017

Bertemu Tamar Jalis (Penulis Buku Siri Bercakap Dengan Jin)



Pada 2/12/2017 Dr. Mohd Nazri dan Hj Hamdan telah bertemu dengan Tamar Jalis iaitu seorang penulis tersohor di Malaysia. Beliau telah menghasilkan sebanyak 284 siri Bercakap Dengan Jin yang diterbitkan dalam majalah Variasari. Beliau telah berkongsi pengalaman menulis dan kisah bersama datuknya. Insya Allah,  Tamar Jalis akan ke IPG Ipoh untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

5 Dec 2017

Taklimat Pusat Sumber kepada Pelajar DPLI (DINI)


5/12/2017 -  Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh memberi taklimat berkenaan operasi di Pusat Sumber dan peraturan-peraturan Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.Beliau di bantu oleh En. David a/l Rayappan, Pembantu Pustakawan. Seramai 50 orang pelajar DPLI (DINI) yang menghadiri taklimat tersebut..

Gambar lain : Taklimat Pusat Sumber kepada Pelajar DINI

29 Nov 2017

Program Memasyarakatkan Desa dan Bicara Karya


Pada 29 Oktober 2017, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan telah mengadakan Program Memasyarakatkan Desa dan Bicara Karya. Program tersebut di adakan di Kg. Repoh, Batu Kurau Perak. Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Muhammad Amin bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak merangkap ADUN Batu Kurau.

Pembicara Karya terdiri daripada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin yang mewakili IPG Kampus Ipoh, En. Hamdan bin Hj. Yaakub, En. Hairi bin Yahya, Pn. Hajah Norehan bt Muhamad yang mewakili Persatuan Karyawan Perak. Manakala Dr. Norhasimah bt Ismail mewakili Universiti Utara Malaysia dan Dr. Nordiana bt Abdul Jabar mewakili Universiti Malaysia Kelantan.


Seramai 100 orang guru pelatih dari IPG Kampus Ipoh yang turut menghadiri program tersebut. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang.


16 Nov 2017

Lawatan dari SMK Keladi, Kulim, Kedah


Hari ini 16 November 2017, Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh menerima lawatan daripada pelajar-pelajar SMK Keladi, Kulim, Kedah. Pihak Pusat Sumber Ipgki mengalu-alukan kedatangan semua pelajar seramai 80 orang dan di ringi oleh 4 orang guru. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4. Semoga perkongsian maklumat perpustakaan memberi manafaat kepada pelajar-pelajar. 

13 Nov 2017

Pelancaran Buku Kumpulan Sajak “Monolog Jiwa"

😍😍Pelancaran Buku Kumpulan Sajak “Monolog Jiwa”😍😍
Tahniah buat Dr. Mohd Nazri Zainuddin dan En. Hamdan Hj Yaakub👏👏👏👏👏
Pada 2 November 2017, buku kumpulan sajak “Monolog Jiwa” karya Dr.Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit PusatSumber / Pensyarah Kesusasteraan Melayu / AJK Persatuan Karyawan Perak) dan Hamdan Hj Yaakub (Pensyarah Pengajian Melayu / AJK Persatuan Karyawan Perak) telah dilancarkan oleh pemangku Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (Dr. Shaharuddin Bin Shaari) bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Pelancaran ini turut disaksikan oleh para pensyarah dan siswa didik IPG Kampus Ipoh. Mereka berasa bangga dengan kehadiran buku penulis yang dijanjikan. Karya-karya ini adalah asli dan ciptaan dua orang pengkarya ini. Semoga mereka berdua terus sukses dan “selagi menulis, terus menulis”.