Bermula bulan Februari 2018 ini terdapat perubahan waktu perkhidamatan Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Diharap semua warga IPG Kampus Ipoh mengambil maklum perkara ini.
Pada 7 Januari 2018, Dr. Mohd Nazri Bin
Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh), Hj Hamdan Bin Hj Yaakub
(Pensyarah Pengajian Melayu), Dr. Zabidin Hj Ismail (Presiden Persatuan
Karyawan Perak) dan 3 orang guru pelatih telah pergi ke Kg. Paloh,
Layang-layang Kiri, Parit, Perak untuk membuat penyelidikan khazanah bersejarah
tukang besi. Sampai sahaja di sana, pihak keluarga tukang besi telah menyambut
mesra dan menyediakan jamuan makan pagi dan tengahari sempena kedatangan
pasukan penyelidik ini. Tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk
mendokumentasikan peralatan yang dibuat oleh tukang besi tersebut seperti
keris, pedang, kerambit, parang, pisau dan sebagainya. Teknik membuat peralatan
tersebut juga telah ditunjukkan kepada pasukan penyelidik ini. Semoga usaha ini
memberi impak yang besar kepada khazanah bersejarah ini yang ada berusia 200
dan 300 tahun.
Pada 10 Januari 2018 (Rabu) jam 10.30 pagi
telah diadakan Mesyuarat Staf Unit Pusat Sumber Bil.1/2018 bertempat di Pusat Sumber IPG
Kampus Ipoh. Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Dr. Mohd Nazri bin
Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber. Malahan, mesyuarat itu juga telah
dihadiri oleh Pustakawan yang baharu melapor diri iaitu Pn. Sabariah bt Khairuddin serta Penolong
Ketua Unit Pusat Sumber iaitu En. S. Ahmad
Suhaimi bin Mohd Said. Pelbagai perkara dibincangkan agar Pusat Sumber
ini bertambah mantap seiring dengan perkembangan semasa.
Pada 2-12 Januari 2018 , Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin berkongsi pengetahuan melalui Aktiviti Pameran Koleksi Bacaan Peribadi yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Beliau mempamerkan koleksi bacaan beliau yang berunsurkan Kesusasteraan Melayu dan keagamaan. Selain itu, beliau juga mempamerkan buku hasil karya beliau sendiri 'Monolog Jiwa'. Diharap semua pengunjung Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dapat memanafaatkan aktiviti ini.
Program
|
:
|
Bicara Karya Dr. Malim Ghozali Pk.
|
Tarikh
|
:
|
07 April 2018
|
Hari
|
:
|
Sabtu
|
Masa
|
:
|
8.00 pagi - 1.00 petang
|
Tempat
|
:
|
Kampung Karyawan Malim, Gopeng, Perak.
|