18 Apr 2018
12 Apr 2018
Program Penulis Muda
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Alhamdulillah. Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah berjaya melaksanakan Program Penulis Muda dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara pada 11 April 2014 bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh pada pukul 2.30 ptg - 4.30 ptg. Penceramahnya ialah Pn. Khairul Anum bt Mohd Ali. Program ini mendapat sambutan yang luar biasa. Seramai 124 orang yang menghadiri program ini (termasuklah guru pelatih dan pensyarah). Intipati program ini ialah berkaitan dengan kaedah untuk menerbitkan karya yang telah dihasilkan oleh guru pelatih dan pensyarah. Dengan kata lain, guru pelatih dan pensyarah boleh menghantar karya-karya mereka ke pihak DBP untuk diterbitkan dalam majalah-majalah keluaran DBP seperti Dewan Siswa, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat dan sebagainya sekiranya karya-karya itu bermutu. Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi impak yang positif kepada guru pelatih dan pensyarah yang hadir.
Gambar : Program Penulis Muda
10 Apr 2018
Sumbangan "Proceeding The 2015 International Seminar on Education"
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Unit Pusat Sumber merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd Razak bin Mohd Nordin kerana menyumbangkan buku prosiding yang bertajuk "Proceeding The 2015 International Seminar on Education" yang diadakan di Grage Horizon Hotel, Bengkulu, Indonesia pada 16-18 Januari 2015. Terima kasih Dr. Mohd Razak.6 Apr 2018
Taman Berkarya Siri 2/2018
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh2 Apr 2018
Program Syarahan Perdana: Sastera Perak Warisan Raja Chulan dan Raja Haji Yahya oleh Prof. Dr.Jelani Harun (USM)
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Pada 1 April 2018,
Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber /
Pensyarah Kesusasteraan Melayu) telah mengikuti Program Syarahan Perdana: Sastera
Perak Warisan Raja Chulandan Raja Haji Yahya yang disampaikan oleh Prof.
Dr. Jelani Harun dari Universiti Sains Malaysia (USM). Program ini diadakan di Hotel
Casuarina @ Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak anjuran Persatuan Karyawan Pk. Beliau juga sempat merakamkan gambar kenangan bersama Profesor Emeritus Dr. Bukhari Lubis yang turut serta dalam program tersebut.Penglibatan Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dalam Program Majlis Makan Malam Sempena 25 Tahun Karyawan Pk
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Unit Pusat Sumber berasa bangga dan bertuah
kerana dapat memberi kerjasama dalam Program Majlis Makan Malam Sempena 25 Tahun Karyawan Pk
yang diadakan pada 31 Mac 2018 di Hotel Casuarina @ Meru, Bandar Meru Raya,
Ipoh, Perak. Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan IPG Kampus Ipoh) dan 14
orang Rakan Pusat Sumber telah ditugaskan sebagai urusetia program termasuklah dalam urusan pendaftaran peserta,
penjualan buku hasil terbitan Karyawan Pk dan pemberian cenderamata kepada perasmi.
Syabas dan tahniah atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.
Hasil Penulisan dan Penerbitan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin 2018
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Unit Pusat Sumber IPG
Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Dr. Mohd Nazri bin
Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber / Pensyarah Kesusasteraan Melayu) kerana berjaya
menghasilkan dan menerbitkan 3 buah buku pada tahun 2018 ini. Buku-buku tersebut
ialah Kepimpinan dalam Karya Kesusasteraan
Melayu, Puisi Tiang Lampu dan Bicara Karya Zabidin Hj Ismail.Pelantikan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin Sebagai AJK Persatuan Karyawan Pk Sesi 2018 - 2020
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Monday, April 02, 2018
Aktiviti Kelab, Diari Perpustakaan, Rakan Perpustakaan: Pengumuman
No comments
Unit
Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Mohd Nazri
bin Zainuddin (Ketua Unit PusatSumber / Pensyarah Kesusasteraan Melayu) kerana dipilih
menjadi AJK Persatuan Karyawan Pk bagi Sesi 2018-2020. Pemilihan AJK
inidijalankan semasa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan yang diadakan di Hotel
Casuarina @Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak. Unit Pusat Sumber berasa bangga
di atas pelantikan ini dan secara tidak langsung menaikkan nama IPG Kampus
Ipoh.
Dekorasi Rak Buku di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Monday, April 02, 2018
No comments
Kelas Literasi Maklumat dan Media Siri 1 /2018
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Pada 29 Mac 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Kelas Literasi Maklumat dan Media Siri 1. Kelas ini telah dihadiri oleh guru-guru pelatih Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Subscribe to:
Posts (Atom)














