Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

20 Jul 2018

Persidangan IFLA WLIC 2018 Kali Ke-84

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah Persidangan IFLA WLIC 2018 bagi kali ke-84. Persidangan ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Negara Malaysia dan Persatuan Pustakawan Malaysia yang akan bermula pada 24 sehingga 30 Ogos 2018. 

Persidangan ini akan dihadiri oleh seramai 3,500 orang peserta yang terdiri daripada para pustakawan, golongan profesional dan pembekal perkhidmatan perpustakaan dari serata dunia. 

Bertemakan "Transform Libraries, Transform Societies", IFLA WLIC 2018 dijangka akan menjadi platform untuk berkumpul dan berkongsi pengalaman dan idea-idea baharu bagi memajukan industri kepustakawanan setanding dengan industri kerjaya profesional yang lain.​



Promosi Perkhidmatan Perpustakaan

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak IPGM menawarkan perkhidmatan pangkalan data atas talian secara percuma kepada semua warga kampus. Namun pangkalan data ini masih lagi dalam tempoh percubaan. Terdapat 3 buah pangkalan data yang disediakan iaitu UDL EDGE, EBCHO dan EMERALD.
 Sehubungan dengan itu, Ybrs. Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari dimohon untuk mencuba dan menggunakan trial pack jurnal atas talian ini melalui pautan berikut:

Untuk mengakses, Ybrs. Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari, sila log in seperti berikut :
Pensyarah :
Username : ipgki1
Password : ipgki@1
Pelajar :
Username : ipgki2
Password : ipgki@2

Manakala bagi pengguna UDL daftar masuk adalah seperti dibawah:

Pensyarah :
Password : ipgkiperak$2018

Pelajar :
Password :ipgkiperak$2018$



Pihak IPGM juga memohon jasabaik Ybrs. Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk memberi maklumbalas penggunaan dalam portal berkenaan

18 Jul 2018

Kunjungan Pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Jalan Tasek ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh

Pada 13 dan 17 Julai 2018, Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh menerima kunjungan para pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Jalan Tasek, Ipoh. Bilangan mereka adalah seramai 15 orang.Tujuan kunjungan ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh adalah untuk mencari bahan rujukan bagi kerja kursus yang dipinta oleh guru mereka. Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada para pelajar tersebut kerana memilih Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka. Semoga kunjungan ini dapat memberi impak positif kepada mereka.


10 Jul 2018

Taklimat Perkhidmatan Pusat Sumber IPGKI : pelajar PPISMP & DPLI (Beijing)



Pada 10 Julai 2018 (Mini Teater, IPG Kampus Ipoh ) - Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin  (Ketua Unit Pusat Sumber Pusat Sumber Ipgki ) memberi taklimat tentang perkhidmatan Pusat Sumber IPGKI kepada pelajar PPISMP dan DPLI (Beijing) . Beliau juga mengingatkan tentang etika dan peraturan di Pusat Sumber yang wajib dipatuhi. Manakala Pn. Sabariah Khairuddin (Pustakawan) menerangkan tentang U-Pustaka dan berkongsi bagaimana mendapatkan maklumat ilmiah dengan mudah. Dalam sesi tersebut, Dr. Mohd Nazri memperkenalkan staff Unit Pusat Sumber bagi memudahkan pengguna baru menggunakan perkhidmatan rujukan di Pusat Sumber .Unit Pusat Sumber IPGKI juga mengedarkan borang keahlian dan tawaran menjadi Rakan Pusat Sumber (RUPS) terhad kepada 20 orang sahaja.
En. David , Pn. Nasimah  , Pn. Nazariah Mizar , terima kasih atas komitmen yang diberikan.

9 Jul 2018

Bicara Karya: Chai Loon Guan, Onn Abdullah dan Rosimah Buyong


Pada 7 Julai 2018 (Sabtu), Program Bicara Karya: Chai Loon Guan, Onn Abdullah dan Rosimah Buyong telah diadakan di Mini Teater, IPG Kampus Ipoh. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak. Selain itu, program ini dirasmikan oleh Dr. Zabidin Hj Ismail (Presiden Karyawan Pk). Pihak AJK program berasa bangga dengan kehadiran Chai Loon Guan dan Onn Abdullah, malah masing-masing berkongsi pengalaman bersama audiens tentang pengalaman berkarya. Di antara para pembentang termasuklah Prof. Madya Dato' Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin (UPSI), Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (IPGK Ipoh / Karyawan Pk), Hj Hamdan bin Yaakub (IPGK Ipoh / Karyawan Pk), Pn. Norehan bt Muhamad (IPGK Ipoh / Karyawan Pk), Pn. Kanakambal a/p Velusamy (IPGK Ipoh) dan Pn. Hayati bt Mat Desa (IPGK Ipoh). Audiens terdiri daripada para pensyarah IPG Kampus Ipoh, guru-guru pelatih, peminat sastera dan ahli Karyawan Pk. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. 

Gambar lain: Bicara Karya Chai Loon

5 Jul 2018

Kursus Pemantapan Perkhidmatan di Institut Tadbiran Awam Negara Utara (INTURA)

Pada 2 dan 3 Julai 2018, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) IPG Kampus Ipoh telah menghadiri Kursus Pemantapan Perkhidmatan di Institut Tadbiran Awam Negara Utara (INTURA) di Sg. Petani, Kedah. Pelbagai maklumat dan informasi telah disampaikan oleh Pn. Normah khasnya berkaitan dengan pekeliling, Perintah Am, urusan perkhidmatan, pencen dan cuti. Kursus ini juga dihadiri semua ketua jabatan dan ketua unit IPG Kampus Ipoh.

4 Jul 2018

MESYUARAT DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM AMERICAN CORNER ENGLISH CAMP 2018

Pada 4 Julai 2018 telah berlangsung mesyuarat Program Language Camp di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat ini dihadiri oleh 12 orang pelajar Amerika Syarikat, JPN Perak, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan IPG Kampus Ipoh iaitu Unit Pusat Sumber, Jabatan Bahasa dan Unit Kokurikulum. Mesyuarat ini diadakan untuk menetapkan aktiviti yang akan dijalankan serta pembahagian tugas dalam kalangan pelajar Amerika Syarikat dan guru pelatih IPG Kampus Ipoh. Ahli mesyuarat telah dibawa melawat Pusat Kokurikulum IPG Kampus Ipoh bagi memberi gambaran sebenar kemudahan yang disediakan oleh IPG Kampus Ipoh. Dijangkakan program ini akan diadakan pada 1 Ogos 2018. Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan. 




2 Jul 2018

Mesyuarat Program English Language Camp Bersama Pelajar Amerika Syarikat


Pada 26 Jun 2018,  Dr. Mohd Nazri dan En. Suhaimi telah menghadiri mesyuarat Program English Language Camp yang diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Perak. Mesyuarat tersebut dihadiri juga wakil JPN Perak,  dua orang pelajar Amerika Syarikat dan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perak. Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan dan penetapan tarikh program tersebut. Semoga program tersebut dipermudahkan dan berjaya.

28 Jun 2018

Prasekolah Sri Mawar IPG Kampus Ipoh : Jom Baca di Pusat Sumber


Jom Baca di Pusat Sumber : Pada 25 Jun 2018 (Isnin), seramai 25 orang pelajar Prasekolah Sri Mawar IPG Kampus Ipoh telah mengunjungi Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh untuk membaca bahan bacaan yang disediakan. Malahan, mereka juga berinteraksi dan berkomunikasi dengan tenaga pengajar mereka di Sudut Jom Membaca (Sudut Kanak-kanak). Unit Pusat Sumber merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada tenaga pengajar Prasekolah Sri Mawar kerana membawa para pelajarnya ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh bagi memupuk sikap suka membaca.

27 Jun 2018

Taklimat Ringkas Perkhidmatan Pusat Sumber IPGKI


Pada 27 Jun 2018, Dr. Mohd Nazri Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah memberi penerangan tentang perkhidmatan Pusat Sumber. Seramai 170 orang guru pelatih yang menghadiri taklimat ini.

Beliau juga menyeru kepada semua guru pelatih agar dapat memanafaatkan perkhidmatan Pusat Sumber sebagai gedung ilmu yang pertama. Beliau juga amat menggalakkan penggunaan bahan-bahan di Pusat Sumber bagi menghasilkan karya/ kertas kerja berpandukan rujukan yang sahih. Selain itu, beliau juga mengumumkan pengambilan Rakan Pusat Sumber (RPS) pada tahun ini seramai 50 orang sahaja. Terdapat keistimewaan bagi RPS ini termasuklah keutamaan dalam penglibatan aktiviti yang akan dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber dan tempoh peminjaman serta bilangan buku istimewa buat RPS.

Gambar lain : Taklimat Ringkas Perkhidmatan Pusat Sumber IPGKI