Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

20 Sept 2018

Program Meja Bulat 2/2018

Pada 20 September 2018, jam 8.30 pagi - 10.00 pagi ~ Program Meja Bulat 2/2018 telah diadakan di Bilik Dahlia, IPG Kampus Ipoh. Seramai 18 orang pensyarah dan kakitangan IPG Kampus Ipoh menghadiri program ini. Program ini dipengerusikan oleh Dr. Mubin dan Pn. Hayati Mat Desa sebagai moderator. Program ini adakan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan peranan warga IPG Kampus Ipoh dalam usaha memartabatkan Pusat Sumber sebagai Baitul Hikmah. Pn. Hayati Mat Desa Maleficent Hayati , En. David a/l Rayappan Dave Ray dan Pn. Nasimah bt Abdul Jal Nes Nasimah mewakili Unit Pusat Sumber Ipgki . Terima kasih kepada semua Pensyarah yang hadir. Semoga perbincangan ini mencapai matlamat yang ditetapkan.

13 Sept 2018

Malam Puisi Tiang Lampu 2018


Semua warga IPG Kampus Ipoh dijemput hadir bagi turut memeriahkan program. 

12 Sept 2018

Program Brown Bag Anjuran Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan


Pada 5 September 2018, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber), Pn. Hayati bt Mat Desa (Pen. Ketua Unit 2 Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) telah menyertai Program Brown Bag yang dianjurkan oleh Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan. Program tersebut diadakan di ruang legar IPG Kampus Ipoh. En. Hairi bin Yahya telah menyampaikan kajiannya bertajuk "Misteri Getah Ipoh". Pelbagai maklumat diperoleh daripada program ini iaitu sejarah nama Ipoh, penggunaan getah ipoh dalam pemburuan hasil hutan oleh Orang Asli dan proses membuat racun daripada getah ipoh. Syabas En. Hairi atas perkongsian yang menarik ini

Pertandingan Nyanyian Lagu Kebangsaan (Merdeka) 2018


Pada 5 September 2018, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) dan Pn. Hayati bt Mat Desa (Pen. Ketua Unit II Pusat Sumber) telah dijemput untuk menjadi juri pertandingan nyanyian lagu kebangsaan (merdeka) di Dewan Seri Melati dari pukul 8,30 mlm -10,00 mlm. Unit Pusat Sumber berasa bangga di atas kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan program tersebut.

Jamuan Persaraan Pn. Rafidah Mohd Aris



Pada 5 September 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Jamuan Persaraan Pn. Rafidah Mohd Aris. Terima kasih atas kehadiran rakan-rakan sejawat beliau, serta para pegawai dan pensyarah yang turut serta memeriahkan jamuan tersebut.

Gambar lain : Jamuan Persaraan Pn. Rafidah Mohd Aris

Majlis Persaraan Pn. Rafidah Mohd Aris anjuran Anjung Wasilah

Majlis Rasmi Persaraan Pn. Rafidah Mohd Aris

Sesi 'Send-Off' Pn. Rafidah Mohd Aris

IFLA WLIC 2018 KUALA LUMPUR



Pada 24 hingga 30 Ogos 2018, IPGM telah menghantar peserta yang terdiri daripada Pustakawan IPG untuk menghadiri World Library and Information Congress (WLIC) anjuran International Federation Of Library Association (IFLA) yang diadakan di KLCC, Kuala Lumpur. Pn. Sabariah bt Khairuddin merupakan wakil daripada IPG Kampus Ipoh. Tahniah diucapkan kepada para perserta IFLA 2018, khususnya Pn. Sabariah bt Khairuddin.

Gambar lain: IFLA WLIC 2018 KUALA LUMPUR

16 Aug 2018

Lawatan Penanda Arasan ke Pusat Sumber Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta


Lawatan penanda arasan ke Pusat Sumber Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta telah diadakan pada 15 Ogos 2018. Seramai 7 orang rakan Pusat Sumber IPGKI yang terpilih telah menyertai lawatan ini dan diiringi oleh kakitangan Pusat Sumber IPGKI iaitu yang diketuai oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber), Sabariah Khairuddin (Pustakawan), En. David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan Kanan), Pn. Nasima binti Addul Jal (Pembantu Pustakawan) dan Pn. Nazariah binti Mat Nizar (Pembantu Operasi).
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Ahli Rakan Pusat Sumber IPGKI berkaitan Pengurusan Pusat Sumber Akademik disamping dapat mengeratkan silaturahim kedua buah pusat sumber.
Pusat Sumber IPGKI merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Abdul Halim (Penolong Pustakawan) dan seluruh kakitangan Pusat Sumber ILKKM kerana sudi menerima kehadiran kami dan berkongsi maklumat yang berinfomasi untuk dibawa pulang bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Pusat Sumber IPGKI.
Semoga lawatan ini memberi impak yang positif dan meningkatkan motivasi kakitangan Pusat Sumber IPGKI.


Gambar lain :Lawatan Penanda Aras 2018

Pertandingan Kuiz Mencabar Minda



Jawatankuasa PPPM 2013-2025 IPGKI bekerjasama dengan Pusat Sumber IPGKI telah menjalankan Pertandingan Kuiz Mencabar Minda pada 15 Ogos 2018.

Seramai lebih dari 30 orang pelajar IPGKI yang menyertai pertandingan yang diadakan di dalam Pusat Sumber IPGKI. Johan bagi pertandingan ini adalah Adik Atavan dari Unit S5, Naib Juara dimenangi oleh Adik Ainin Sofiya dari Unit T5 dan tempat ketiga dimenangi oleh adik  Lim Chiaw Chia Huai dari Unit S3. Tahniah kepada semua pemenang dan penerima saguhati seramai 5 orang. Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa PPPM, Dr. Wong Kiet Wah.


15 Aug 2018

Mesyuarat Program Puisi Tiang Lampu 2018


Pada 14 Ogos 2018 telah diadakan mesyuarat AJK Program Malam Puisi Tiang Lampu bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk menetapkan tarikh, masa dan lokasi yang sesuai untuk menjalankan program yang dirancang. Malahan, pembahagian tugas AJK juga disenaraikan agar dapat melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan. Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Gambar Lain : Mesyuarat Program Puisi Tiang Lampu 2018

Selamat Bertugas di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh : Pn. Hayati Mat Desa


Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh mengucapkan selamat datang kepada Pn. Hayati bt Mat Desa ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Beliau datang melaporkan diri pada 1 Ogos 2018 ke Unit Pusat Sumber bagi membantu Dr. Mohd Nazri (Ketua Unit Pusat Sumber) dalam bidang tugas aktiviti / program dan disiplin guru pelatih. Semoga kehadiran Pn. Hayati dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.