Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

9 Jul 2019

Selamat Datang ke Organisasi Unit Perpustakaan IPGKI : Pn. Siti Hajar Bt Ibrahim


Pada 9.7.2019- Pn.Siti Hajar Bt Ibrahim telah melapor diri di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh sebagai Pembantu Operasi. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) sangat mengalu-alukan kehadiran kakitangan di Unit Perpustakaan bagi memantapkan perkhidmatan Perpustakaan. Terdahulu, Pn.Siti Hajar Bt Ibrahim bertugas di Unit Pentadbiran ,IPG Kampus Ipoh sebelum beliau bercuti Tanpa Gaji selama 5 tahun . Diharapkan Pn.Siti Hajar dapat bertugas dengan gembira dan membantu mengukuhkan team Perpustakaan.

Selamat datang ke Perpustakaan dan selamat kembali bertugas Pn.Siti Hajar

Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan Kepada Guru Pelatih PDPP Beijing


Pada 9.7.2019 -  Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) telah menyampaikan Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kepada 25 orang guru pelatih PDPP Beijing. Beliau di bantu oleh Pn.Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) En.David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan Kanan) ,Pn.Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan) dan Pn.Nazariah bt Mat Mizar. Diharapkan sesi ini dapat membantu guru pelatih dalam mendapatkan bahan rujukan di Perpustakaan. 
Selamat datang ke IPG Kampus Ipoh ðŸŒ·ðŸŒ· 

4 Jul 2019

Penglibatan Tugas Di Luar IPGKI 2019





Pada 4 Julai 2019, Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan Ipgki) telah bertugas sebagai hakim Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat Kinta Utara yang di adakan di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Congrats Dr. Nazri Zainuddin ðŸŒ·ðŸŒ·

3 Jul 2019

Taklimat Ringkas Penggunaan WebOPAC Kepada Guru Pelatih Unit V12

Pada 3.7.2019 - atas permintaan pensyarah Unit Pengajian Bahasa Melayu iaitu Pn.Hayati bt Mat Desa, En. David a/l Rayappan memberi taklimat ringkas kepada 26 orang guru pelatih Unit V12 mengenai penggunaan WebOPAC di Perpustakaan. Selain daripada memudahkan pencarian buku di rak, web ini juga membantu pengguna menyemak rekod peminjaman.

2 Jul 2019

Taklimat Ringkas Literasi Maklumat Kepada Guru Pelatih Bimbingan & Kaunseling


Pada 2 Julai 2019, En.David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan Kanan) telah berkongsi pengetahuan literasi maklumat kepada 7 orang guru pelatih Bimbingan Kaunseling. Beliau memberi tunjuk ajar penggunaan WebOPAC di Perpustakaan bagi memudahkan pencarian buku di rak.  Beliau di bantu oleh Pn.Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan). Di harapkan perkongsian ini dapat dimanafaatkan oleh guru pelatih.

Sumbangan Buku 2019 : Terima kasih Pn. Flory Juliana Fernandez


Pada 2 Julai 2019, Pn.Flory Juliana Fernandez (bekas Pensyarah IPGKI) telah memberi sumbangan buku-buku beliau kepada Unit Perpustakaan. Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) berbesar hati menerima sumbangan buku ini. Thank you madam ðŸŒ·ðŸŒ·

1 Jul 2019

Peraduan 'iloveIPGKIlibrary" sempena Hari Raya Aidil Fitri 2019 & Majlis Sejambak Budi


Pada 23 Mei 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan peraduan 'iloveIPGKIlibrary' sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Bagi tujuan tersebut, Unit Perpustakaan telah membina photo booth yang bertemakan Aidil Fitri. Peraduan ini diadakan di media sosial Facebook dan terbuka kepada semua warga IPG Kampus Ipoh kecuali Pegawai dan kakitangan Perpustakaan. iloveIPGKIlibrary2019

Pada 26 Jun 2019, pemenang peraduan ini telah diumumkan semasa sambutan Aidil Fitri 2019 Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Majlis ini di rasmikan oleh En. Shaddin bin Sabri (KUKP IPGKI) . Pemenang bagi Peraduan Bergambar di Photobooth Aidil Fitri#IloveIPGKIlibrary bagi kategori Pensyarah ialah Dr.Saidah bt Haris, Dr.Mohd.Yusri bin Bakir, Pn. Selina Liew dan Dr. Baskaran a/l Kannan. Manakala pemenang bagi kategori kumpulan sokongan ialah Pn.Taslimah bt Sairi dan Pn. Hjh Salmah bt Yazid. Manakala bagi kategori guru pelatih pula ialah Cik Alice Wong.

Tahniah kepada semua pemenang. 




Disamping sambutan Aidil Fitri ini, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh juga telah mengadakan Majlis Sejambak Budi bagi menghargai jasa dan komitmen Pn. Hayati Bt Mat Desa (mantan Penolong Ketua Unit Perpustakaan I )  dan Pn. Nor'Azah Binti Abdul Aziz (mantan Penolong Ketua Unit Perpustakaan II) sepanjang bertugas di Unit Perpustakaan ini.


Gambar Aidil fitri dan Majlis Sejambak Budi Aidil Fitri 2019 & Majlis Sejambak Budi

27 Jun 2019

Forum Hari Pustakawan 2019 : Ranjau Hidup Seorang Pustakawan - Satu Catatan Pengalaman Peribadi


Pada 27.6.2019, Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), Pn. Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan) dan Pn. Nazariah bt Mat Mizar telah menghadiri Forum yang bertajuk Ranjau Hidup Seorang Pustakawan : Satu Catatan Pengalaman Peribadi sempena Hari Pustakawan 2019. Forum ini di anjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, Persatuan Pustakwan Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Forum ini juga diadakan di Perpustakaan Tun Razak ,Ipoh. Moderator forum ini ialah Tn.Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Panel forum ini terdiri daripada Tn. Haji Mohd.Pisol Ghazali, Dr. Ghazali Mohamed Fadzil dan Pn.Hjh.Norma bt Mohd.Darus. Dalam forum ini membicarakan tentang liku-liku kehidupan Pustakawan dalam membangunkan perpustakaan sebagai medium menyampai ilmu dan maklumat kepada pengguna sejajar dengan peredaran zaman.

24 Apr 2019

Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2019


Program “Jom Baca Bersama 10 Minit 2019” ini telah diadakan pada 23 April 2019 (Selasa) sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun. Di peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, program ini dijayakan dengan kerjasama Perpustakaan Desa Batu Lapan Ulu Kinta.
Antara aktiviti pengisian sebelum kemuncak Program Jom Baca Bersama 10 Minit ialah : 

🌷1. Pertandingan Kuiz Bina Kata
🌷2. Pertandingan Impromptu Speech (Pidato Spontan)
🌷3. Pertandingan Kolaj Untuk Prasekolah Seri Mawar IPGKI.
🌷4. Penyampaian hadiah kepada Pemenang Kuiz 
🌷5. Penyampaian Hadiah kepada Tokoh Membaca 2019 ( mengikut kategori iaitu pelajar, pensyarah/pengawai pengurusan dan staff). Tokoh Membaca 2019 ialah Chin Kian Rong, Nayyah Mat Din, Nursyafyqa Nortamizi, En Faizal Hakimi, En. Kunaseelan, Pn. Shuwaibah dan Pn. Azura bt Bahrain
🌷6. Selain itu turut diumumkan Pemenang Teka Bilangan Kacang sempena Karnival Pendidikan 2019 iaitu En.Zahrullail Bin Si Rajab.
🌷7. Penyerahan pinjaman pukal antara Perpustakaan Desa Batu 8 dan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
Alhamdulillah, terima kasih kepada warga IPG Kampus Ipoh dan Perpustakaan Desa Batu 8 di atas penglibatan serta kerjasama yang diberikan.

22 Apr 2019

Program Bicara Karya : Shapiai Muhammad Ramly



Pada hari ini 20 April 2019 (sabtu) jam 8.30pagi hingga 1 tengah hari - dengan kerjasama Persatuan Penulis Johor , Unit Perpustakaan Ipgki telah menganjurkan Program Bicara Karya : Shapiai Muhammad Ramly. Seramai 63 orang guru pelatih yang menghadiri program ini. Turut hadir Pn. Radiah (Pensyarah IPG Kampus Ipoh) dan En. Hairi Yahya (Pensyarah IPG Kampus Ipoh). Program ini dirasmikan oleh En. Amiruddin bin Md Ali Hanafiah, Ketua 1 Persatuan Penulis Johor. Melalui program ini , para pembentang berkongsi pembacaan dan analisis mengenai karya Shapiai Muhammad Ramly. Karya beliau menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Termasuklah aspek hubungan manusia dan Maha Pencipta. Seramai 6 orang Pembentang dalam program ini terdiri daripada Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh), En.Badrul Hisham bin Ghazali (Pensyarah IPG Kampus Raja Melewar), Dr. Hasrina Binti Baharum ( Pensyarah UPSI), Dr.Kanakambal a/p Velusamy (Pensyarah IPG Kampus Ipoh) dan Pn. Hayati binti Mat Desa (Pensyarah IPG Kampus Ipoh).

Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPGKI) merakamkan jutaan terima kasih kepada guru pelatih dan pensyarah yang hadir dalam program ini. Beliau juga melahirkan rasa gembira dengan kerjasama team Unit Perpustakaan IPGKI yang komited dalam memastikan program ini berjalan dengan baik sepertimana yang dirancang.

Gambar lain : Program Bicara Karya Shapiai Muhammad Ramly