Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

4 Feb 2020

Konsultasi Perkhidmatan dan Kolaborasi Aktiviti Tahun 2020 : Program Kembara Diskusi Ilmu - Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8


4 Februari 2020. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustskawan) telah berkunjung ke Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta untuk membincangkan Program Kembara Diskusi Ilmu. Perbincangan meliputi kos, ahli panel, audiens dan sijil. Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dan memberi impak positif kepada audiens dan pihak penganjur.

30 Jan 2020

Majlis Penutupan Audit Dalaman Pertama 2020 MS ISO 9001:2015 : Tahniah Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh



30 Januari 2020. Majlis Penutupan Audit Dalaman Pertama 2020 MS ISO 9001:2015 telah diadakan di Dewan Seri Melati IPG Kampus Ipoh. Turut hadir Dr. Yahya bin Osman (Pengarah IPG Kampus Ipoh) dan merasmikan majlis penutupan ini. Beliau berharap para pensyarah dan semua staf menjalankan tugas dengan penuh komited dan mengikut prosedur kerja yang ditetapkan. Tahniah kepada Unit Perpustakaan kerana membuat pembaharuan dalam aspek memohon ISBN, makluman buku baharu dan pencarian bahan rujukan. Kesemuanya menggunakan QR Code.

22 Jan 2020

Perbincangan Program Kembara Diskusi Ilmu


22 Januari 2020 - Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) dan Dr. Mohd Hafidz bin Osman (Ketua Unit Kokurikulum) telah bertemu En. Ramli (Guru Besar SK Pos Kuala Mu) untuk membincangkan Program Kembara Diskusi Ilmu. Perbincangan meliputi aspek tarikh, bilangan peserta, pengangkutan, aktiviti dan khidmat sosial. Hasil perbincangan program tersebut akan diadakan pada 12 Februari 2020. Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dan mampu memberi impak yang besar kepada kedua-dua pihak.

17 Jan 2020

Pertandingan Pembaca Buku Terbanyak Bulanan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh


Ayuh! Tanamkan azam tahun 2020 untuk terus membaca buku. Jom ke Perpustakaan IPGKI.

#readmeabook
#pnm

16 Jan 2020

Konsultasi Perkhidmatan dan Kolaborasi Aktiviti Tahun 2020 : Program Kembara Diskusi Ilmu di SK Pos Kuala Mu, Sg. Siput (U)



16 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang diwakili oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Ipoh. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan Program Kembara Diskusi Ilmu di SK Pos Kuala Mu, Sg. Siput (U) yang dijangkakan pada 13 Februari 2020. Kedatangan mereka disambut oleh Cik Laila (pegawai JAKOA) dan bersetuju untuk membantu bagi menjayakan program tersebut.

15 Jan 2020

Konsultasi Perkhidmatan dan Kolaborasi Aktiviti Tahun 2020 : Perpustakaan Desa Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi, Ipoh







15 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang diwakili oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin 
(Pustakawan) serta Pn. Nor Hasni bt Yeop Ghazali (Pensyarah P. Inggeris) telah berkunjung ke Perpustakaan Desa Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi, Ipoh untuk mengadakan konsultasi perkhidmatan dan kolaborasi aktiviti tahun 2020. Wakil perpustakaan tersebut iaitu Pn. Hasrifah dan Pn. Nurul menyambut mesra kehadiran mereka. Semoga konsultasi ini dapat memberi impak positif kepada kedua-dua pihak

Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih Aiman (guru pelatih Unit R1)




15 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Aiman (guru pelatih Unit R1) kerana sudi menyumbang bahan bacaan iaitu Perkembangan Kanak-kanak, Pengantar Penyelidikan Tindakan, Pendidikan Insklusif, Murid dan Pembelajaran serta Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku.
Terima kasih, Aiman 

14 Jan 2020

Menyerahkan Sumbangan Kepada Waris Arwah En. S. Ahmad Suhaimi


14 Januari 2020. Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan Pn. Nasimah bt Abd. Jal (Pembantu Pustakawan) telah mengunjungi balu arwah En. S. Ahmad Suhaimi bin S. Mohd Said (mantan pensyarah IPGK Ipoh) untuk bertanya khabar dan menyerahkan wang sumbangan daripada warga IPGK Ipoh. Didoakan semoga beliau sentiasa ceria dan tabah menghadapi cabaran kehidupan.

Buku Terbaru di Perpustakaan : Januari 2020



Moh!!! Rujuk dan pinjam buku di sini. Pastikan anda menjadi Tokoh Membaca Bulan Januari 2020 kami 

13 Jan 2020

Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih En. Kunaseelan Subramaniam



13 Januari 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Kunaseelan Subramaniam (pensyarah Peng. Tamil) kerana sudi menyumbangkan buku beliau (terbitan Januari 2020). Tajuk buku beliau ialah "Thondanin Payanam". Diharapkan para pengunjung perpustakaan dapat membaca dan meminjam buku tersebut.
Tahniah , En. Kunaseelan Subramaniam dapat menerbitkan buku ini.