Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

17 Mar 2021

Kursus Pengurusan Rekod

17 Mac 2021 : Ketua Unit Perpustakaan  dan Pustakawan telah menghadiri Kursus Pengurusan Rekod di Dewan Seri Melati. Kursus ini disampaikan oleh Tn. Hj. Ahmad Sukri bin Abdul Kadir, Ketua Seksyen (S52), Seksyen Konsultansi dan Latihan dari Arkib Negara Malaysia. Kursus ini turut dihadiri Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh.

Tahniah dah terima kasih kepada Unit Khidmat Pengurusan kerana menganjurkan kursus yang bermanfaat ini yang berlangsung selama 2 hari. 

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgikampusipoh
#perpustakaanipgki
#IPGKampusIpoh
#membacavaksinminda
#upustaka
#perpustakaannegaramalaysia
#1hari1katakatamotivasi

15 Mar 2021

Pelantikan Sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia : Tahniah

 



Tahniah diucapkan kepada YBrs. Puan Salasiah Hj. Abd Wahab atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia yang baharu mulai hari ini.


Ikhlas daripada:
Seluruh warga Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgikampusipoh
#perpustakaanipgki
#IPGKampusIpoh
#membacavaksinminda
#upustaka
#perpustakaannegaramalaysia 

11 Mar 2021

Sumbangan Buku 2021 : Terima Kasih Pn. Zalilah bt Sulaiman

 


11 Mac 2021 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menerima sumbangan buku sebanyak 5 buah daripada Pn. Zalilah bt Sulaiman, mantan Pensyarah IPG Kampus Ipoh. Judul buku tersebut ialah Nota Kasih. En. Mohamad Nurul Azmi bin Ahmad Nor (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Zalilah diatas sumbangan buku ini.

Program Bicara Ilmu 2021 : Covid-19 Adaptasinya Terhadap Manusia

 

11 Mac 2021 - Pn. Nasimah Abdul Jal, Pn. Asrofah Anuas dan Pn. Nazariah Mat Mizar, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menyertai Program Bicara Ilmu 2021 : Covid-19 Adaptasinya Terhadap Manusia. Program ini dianjurkan secara maya melalui medium Google meet dan Facebook oleh Jabatan Kecemerlangan Akademik IPG Kampus Tawau. Tahniah IPG Kampus Tawau dapat menganjurkan program yang bermanafaat ini.

Taklimat Pelaksanaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)



11 Mac 2021 - Ketua Unit Perpustakaan dan Pustakawan Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menghadiri Taklimat Pelaksanaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi Ketua-ketua Zon IPG Kampus Ipoh di Dewan Seri Melati.

Taklimat ini disampaikan oleh Fasilitator EKSA.
Aktiviti EKSA boleh dilayari di laman portal rasmi di sini EKSA

Salam Israk Mikraj

 

11 Mac 2021 - Salam Israk Mikraj kepada semua umat Islam. Semoga peristiwa Israk Mikraj menambah keimanan dan ketakwaan kita. Marilah kita basahkan bibir dan hati dengan zikrullah. 

10 Mar 2021

Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil. 1/2021

10 Mac 2021 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil. 1/2021 secara maya. En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor mempengerusikan mesyuarat tersebut.Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK yang telah dilantik dan semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgikampusipoh
#perpustakaanipgki
#IPGKampusIpoh
#membacavaksinminda
#upustaka
#perpustakaannegaramalaysia

8 Mar 2021

Surat Khabar Kini di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

 



8 Mac 2021 - Bermula hari ini Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh menyediakan surat khabar sebagai bahan bacaan yang terkini. Surat khabar  tersebut adalah Berita Harian, The New Straits Times, The Star, Sin Chiew dan Tamil Nanban. Diharapkan perkhidmatan ini dapat dimanafaatkan dalam kalangan warga IPG Kampus Ipoh. Buat warga IPG Kampus Ipoh ,  jemputlah datang ke Perpustakaan dengan mematuhi SOP.

5 Mar 2021

Sumbangan Jurnal Praktikum Jilid 1/2021 : Terima Kasih Jabatan Kecemerlangan Akademik

 


5 Mac 2021 - En. Mohamad Nurul Azmi bin Ahmad Nor @ Mat Nor ( Ketua Unit Perpustakaan) menerima sumbangan Jurnal Praktikum Jilid 1/2021 (ISSN 2773-5214) daripada En. Azhar bin Osman (Ketua Jabatan, Jabatan Kecemerlangan Akademik). Tahniah Jabatan Kecemerlangan Akademik di atas kejayaan menerbitkan jurnal ini.

#leadingfuturemodelteacher #ipgkithefirst #makeadifference #Perpustakaanipgikampusipoh #perpustakaanipgki #ipgkampusipoh #membacavaksinminda #perpustakaannegaramalaysia #1hari1pantun
#upustaka

Bengkel Ilustrasi dan Reka Letak Buku

 


4 Mac 2021 - Tahniah kepada Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan dan Latihan kerana telah menjayakan Bengkel Ilustrasi dan Reka Letak Buku.

Bengkel ini di sampaikan oleh En. Nik Mohd Iznan bin Tuan Yaakob (Pensyarah Politeknik Ungku Omar Ipoh) dan En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar (Pegawai Pengurusan IPG Kampus Ipoh).
Seramai 30 orang peserta terdiri dalam kalangan pensyarah, pegawai pengurusan dan staf menghadiri bengkel ini. Turut dihadiri En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Manakala lebih 2,000 tontonan secara langsung Bengkel Ilustrasi dan Reka Letak Buku 2021 telah ditonton sehingga kini. En. Mohamad Nurul Azmi bin Ahmad Nor @Mat Nor selaku Ketua Unit Perpustakaan merangkap moderator bengkel bengkel ini merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada semua yang menjayakan bengkel ini.