Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

11 Nov 2021

Tahniah Saudara Iman Khalis Khairan bin Badrul Nizam, Unit X9

11 November 2021 - Tahniah Saudara Iman Khalis Khairan bin Badrul Nizam, pelajar Unit X9 yang telah berjaya menjadi ahli u-Pustaka : u-Library di tempat pertama dalam Bengkel Literasi Maklumat dan Media bagi Unit X yang telah dilaksanakan pada 10 November yang lalu.

Terima kasih kepada Ketua Pusat Sumber, En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor kerana sudi menyampaikan hadiah sumbangan Perpustakaan Negara Malaysia.

Nantikan bengkel seterusnya untuk Unit X13, X14, X15 dan X16 pada 17 November 2021 nanti. Untuk dapatkan hadiah menarik ini. 

#membacavaksinminda
#upustaka

10 Nov 2021

Bengkel Literasi Maklumat 2021 : Unit X9, X10, X11

10 November 2021 - Tahniah kepada Guru Pelatih Unit X9, X10, X11 dan X12 seramai 83 orang kerana telah berjaya menyertai Bengkel Literasi Maklumat anjuran Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh secara dalam talian. 

Semoga perkongsian maklumat berkaitan pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan IPGM dapat membantu dalam menyediakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. 

Terima kasih kepada semua kakitangan Unit Perpustakaan yang sangat komited menjayakan bengkel ini. Tahniah semua! 

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
#pustaka2021

8 Nov 2021

Hebahan : Pameran Maya Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak

 


Nantikan Pameran Maya Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak 🥰


5 Nov 2021

Selamat Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak

DIRGAHAYU TUANKU

Selamat Menyambut Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Semoga dirahmati dan diberkati Allah SWT.
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah daripada warga kerja Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

Daulat Tuanku 🥰
#daulattuanku
#harikeputeraansultannegeriperak
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

3 Nov 2021

Selamat Hari Deepavali

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu khususnya warga IPG Kampus Ipoh walau di mana anda berada 🥰🥰🥰
#staysafeandhealthy everyone

Selamat bercuti 😍 

#HappyDeepavali 
#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst 
#makeadifference 
#librarylife

Menerima Cenderahati Daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

3 November 2021 - Terima kasih Puan Farahanum Syuhaili bt Ab Malek Zaki dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak kerana sudi menerima kunjungan kami untuk mengambil hadiah untuk peserta Bengkel Literasi Media dan Maklumat yang telah berlangsung pada 30 September 2021 yang lalu.

Cenderahati ini adalah sumbangan dari Perbadanan Perpustakaan Awam kepada peserta bengkel yang berjaya dalam kuiz yang telah dianjurkan.

Terima kasih sekali lagi.

#perpustakaanipgikampusipoh
#membacavaksinminda
#upustaka
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst

Persiapan Peperiksaan MUET di dalam perpustakaan.




Persiapan Peperiksaan MUET di dalam perpustakaan.

Untuk makluman pada 8 hingga 10 November 2021 Perpustakaan IPG Kampus Ipoh akan digunakan untuk pelajar yang akan mengambil Peperiksaan MUET. Pengguna perpustakaan diminta menggunakan ruang terhad di perpustakaan atau menggunakan perpustakaan maya sebagai platform lain untuk rujukan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.


#membacavaksinminda

#perpustakaanipgikampusipoh

#upustaka


2 Nov 2021

Kunjungan YBrs. Dr. Rosli bin Yacob, Timbalan Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)



2 November 2021 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar hati menerima kunjungan YBrs. Dr. Rosli bin Yacob, Timbalan Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta YBrs. Dr. Yahya bin Osman Pengarah IPG Kampus Ipoh, En. Mohd Khadri Fadzil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit ke Unit Perpustakaan bagi memantau SOP yang telah dilaksanakan sempena Pengokperasian Semula Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh pada 9 November 2021.


Tahniah dan terima kasih kepada semua kakitangan serta Pelajar Latihan Industri Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang bekerjasama memastikan pelaksanaan pemantauan ini berjalan dengan lancar. 


#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

1 Nov 2021

Sumbangan Bahan Bacaan dan Cenderahati Daripada PNM

 

1 November 2021- Terima kasih kepada Perpustakaan Negara Malaysia kerana sudi menyumbangkan bahan bacaan dan cenderahati untuk program galakan membaca yang telah dan akan dianjurkan oleh Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. 


Semoga bahan ini bermanfaat untuk semua. 


#membacavaksinminda

#leadingfuturemodelteacher

#perpustakaanipgikampusipoh

e-Buletin UPIPGKI Bil. 3/2021

 


1 November 2021 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berjaya menerbitkan e-Buletin UPIPGKI Bil. 3/2021 dengan jayanya. En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor merakamkan ucapan tahniah kepada kakitangan Perpustakaan yang komited menerbitkan e-buletin ini. 

e-Buletin UPIPGKI Bil. 3 /2021