Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

31 Mar 2022

Ucapan Selamat Hari Ulangtahun u-Pustaka yang Ke-11


31 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berasa bangga apabila terpilih untuk memberi ucapan sempena hari ulangtahun u-Pustaka yang ke-11. 
Unit Perpustakaan mendedikasikan ucapan tersebut dalam pautan ini 

Selamat Ulangtahun u-Pustaka yang ke-11. ❤️❤️


#upustaka
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#perpustakaannegaramalaysia

Pelaksanaan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IPG Kampus Ipoh di Unit Perpustakaan

31 Mac 2022 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan telah di audit berikutan pelaksanaan audit dalaman keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh  Jawatankuasa Kecil Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IPG Kampus Ipoh. Terima kasih Pn. Rafizah bt Mohamed Salleh diatas pandangan positif yang diberikan sebagai panduan penambahbaikan untuk akan datang.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

28 Mar 2022

Sumbangan Kurma Sempena Ramadan 1443H

 


28 Mac 2022 - Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan kurma daripada Unit Pengajian Cina yang diwakili oleh En. Ng Swee Huat dan Cik Lam Seiw Tai sempena meraikan kedatangan bulan Ramadan.

Terima kasih En. Ng dan Cik Lam 🥰

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#unitpengajiancinaipgki

25 Mar 2022

Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 2/2022

25 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil.2/2022 dan dipengerusikan oleh Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan). Mesyuarat tersebut diadakan di Bilik Diskusi, Unit Perpustakaan. Dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan. Semoga semua yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

'Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki

Sumbangan Tesis 2022: Terima Kasih Dr. Mohd Hafidz bin Osman

 


25 Mac 2022 - Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Mohd Hafidz Bin Osman diatas sumbangan tesis kepada Unit Perpustakaan untuk dijadikan bahan rujukan. Tesis beliau berjudul 'Kesan Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian Terhadap Tekanan, Kebimbngan dan Daya Tindak Kerohanian Dalam Kalangan Guru Pelatih'.


Terima kasih Dr. Hafidz.

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


24 Mar 2022

Sumbangan Buku/ Terbitan Bersiri 2022: Tahniah dan Terima Kasih Kepada Pelajar Unit V10 dan V11

 


24 Mac 2022 - Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar TESL Unit V10 dan V11 kerana berjaya menerbitkan sebuah buku yang berjudul 'A REENACTMENT OF PLAYS'  di bawah bimbingan Dr. Kanakambal a/p Velusamy dan Dr. Kee Li Li . Terima kasih diatas sumbangan buku tersebut kepada Unit Perpustakaan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki

23 Mar 2022

Bengkel Menulis dan Menerbit : Penghasilan Karya Peserta

 


23 Mac 2022 - Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan para peserta dalam Bengkel Menulis Dan Menerbit baru-baru ini.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada En. Shamsuddin bin Abu Bakar (penceramah) dan fasilitator terlibat yang telah berjaya menjentik minda peserta untuk mula menulis. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada semua peserta berjaya memecah kepompong bakat yang terpendam dengan membuat penghasilan karya untuk dinilai dan diterbitkan oleh Unit Perpustakaan.

Diharap program ini dapat terus mencapai matlamat dan berjaya memberikan pertambahan info dan input kepada semua.

Jom Menulis dan Menerbit bersama Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#bengkelmenulisdanmenerbit
#perpustakaanipgki

Bengkel Menulis dan Menerbit

 

21-22 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan telah menganjurkan Bengkel Menulis dan Menerbit dengan jayanya. Bengkel ini diadakan di Dewan Seri Melati dan Mini Teater. Alhamdulillah, bengkel ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh.
Melalui bengkel ini, En. Shamsuddin bin Abu Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu sebagai penceramah telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada semua pensyarah yang menghadiri bengkel. Beliau turut dibantu oleh Tn. Haji Abdul Rani bin Hassan dan Pn. Norhani Bebe bt Alta Miah.
Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan setinggi penghargaan kepada peserta kerana berjaya menghadiri bengkel ini sehingga dapat menghasilkan karya. Beliau juga turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menganjurkan bengkel ini.








18 Mar 2022

Hebahan : Bengkel Menulis & Menerbit

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPGKI akan mengadakan bengkel seperti ketetapan berikut :

🗓️ Tarikh : 21 & 22 Mac 2022
⏰ Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
🌏 Tempat : Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh

🎤 Penceramah :
1. En. Shamsudin bin Abu Bakar. 
Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu, IPGKI 

2. Tn. Hj. Abdul Rani bin Hassan
Pensyarah Cemerlang, Jabatan Pengajian Melayu, IPGKI 

3. Pn. Norhani bebe binti Alta Miah
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI. 

🎀 Perasmi :
En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman. 
Timbalan Pengarah, IPGKI. 

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa" 

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

14 Mar 2022

Bengkel Literasi Media & Maklumat : Bersama Unit W14 dan W15

14 Mac 2022 - Alhamdulillah dan tahniah kepada Pn. Sharmila bt Siron (Pembantu Pustakawan Kanan) kerana telah menyampaikan promosi penggunaan u-Pustaka dengan baik dalam Bengkel Literasi Media & Maklumat Bersama Unit W14 dan Unit W15 yang diadakan secara dalam talian. Beliau juga berkongsi penggunaan e-Perpustakaan. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh juga merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuan Haji Mohd Nizam bin Mohd Tejeri  selaku mentor. Diharapkan  semua perkongsian ini memberi manafaat kepada semua pelajar.

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki