Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

15 Feb 2024

Ujian Saringan Minda Sihat




Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) – Nilai Tahap Kesihatan Mental ๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“


Tahniah kepada kakitangan perpustakaan En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar, Pn. Nazariah binti Mat Mizar dan En. Mohammad Syafree bin Mohd Danial yang telah menjawab Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) yang dikendalikan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) IPGMKI. Syukur alhamdulillah, keputusan ujian menunjukkan nilai tahap kesihatan semua dalam keadaan baik.๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป


Terima kasih kepada En Mohd Nazri bin Saad dan Pn. Kastina binti Mat Kassim atas keperihatinan mereka dalam memastikan tahap kesihatan mental kakitangan Perpustakaan berada dalam keadaan baik.๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ


Semoga usaha ini dapat terus memberikan manfaat kepada semua kakitangan perpustakaan dan masyarakat IPGMKI secara keseluruhannya.❤️❤️


#perpustakaanipgmki 

#perpustakaanipgmki2024 

#membacavaksinminda

Sumbangan Buku : Terima Kasih Dr. Sriraj

 TERIMA KASIH : SUMBANGAN BUKU  

15 Febuari 2024 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan 2 buah buku Bahasa Tamil daripada individu yang telah disampaikan oleh Dr. Sriraj a/l Durailimgam, Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGMKI.


Sumbangan buku ini kini menjadi sebahagian daripada koleksi Bahasa Tamil di Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh. Terima kasih atas sumbangan yang berharga ini.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki2024

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#membacavaksinminda

#sumbanganbuku2024

6 Feb 2024

Sumbangan Limau Mandarin Sempena Tahun Baharu Cina



Terima kasih Unit Pengajian Cina dan pensyarah individu diatas sumbangan buah limau sebagai simbolik perayaan Tahun Baharu Cina adalah sangat kami hargai. Semoga Tahun Baru Cina pada tahun ini membawa kegembiraan, keberkatan, dan kejayaan kepada semua.


๐ŸฎGONG XI FA CAI๐Ÿฎ


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki 

#perpustakaanipgmki2024 

#membacavaksinminda 

#selamattahunbarucina

5 Feb 2024

Sumbangan Buku : En. Mohd Faizul

 TERIMA KASIH : SUMBANGAN BUKU๐Ÿ“š๐Ÿ“š



5 Februari 2024 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku daripada PPD Bagan Datuk yang telah disampaikan oleh En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, bertajuk "Jurnal Penyelidikan Tekad Bestari".


Sumbangan buku ini kini menjadi sebahagian daripada koleksi Jurnal di Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh. Terima kasih atas sumbangan yang berharga ini.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki2024

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#membacavaksinminda

#sumbanganbuku2024

3 Feb 2024

Hebahan : Jom Sertai Video Resensi Buku @Perpustakaan IPGMKI



JOM SERTAI VIDEO RESENSI BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGMKI !


KAMI MAHUKAN VIDEO RESENSI BUKU ANDA๐Ÿ˜Š


Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh dalam usaha menyokong pelaksanaan program resensi buku di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus (IPGMK) sebagai aktiviti tahunan bagi membudayakan amalan membaca sepanjang hayat.


๐Ÿ“Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua warga IPGM Kampus Ipoh.


๐Ÿ“Ayuh sertai kami di pautan : https://forms.gle/aYpED4tKJY8fYm2Y8 atau dengan mengimbas Kod QR pada poster.


Sila ikuti kami di laman FB dan Instagram Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh:

FB: Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh 

INSTAGRAM: @perpustakaanipgkampusipoh


๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด

4 langkah mudah untuk sertai pertandingan ini:

1. Rakam video ulasan buku anda tidak melebihi durasi 3 minit.

2. Pilihan buku adalah daripada koleksi perpustakaan IPGMKI dan boleh dari pelbagai genre.

3. Tidak mengutarakan isu-isu sensitif.

4. muat naik video resensi buku di pautan :: https://forms.gle/aYpED4tKJY8fYm2Y8 atau dengan mengimbas Kod QR pada poster.

๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด๐Ÿ”ด


Terus ikuti kami di laman FB dan Instagram perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk sebarang maklumat lanjut tentang pertandingan ini.


JOM PINJAM, BACA DAN RESENSI BERSAMA!


#ResensisIPGM #IPGMMembaca #MalaysiMembaca

#ResensiIPGMKI #IPGMKIMenbaca #PerpustakaanIPGMKI

2 Feb 2024

Program Kapsul Rohani dan Majlis Bacaan Yaasin Mingguan



2 Februari 2024 - Alhamdullilah.. semua muslimin dan muslimat IPGMK Ipoh berkumpul dalam satu program Kapsul Rohani Dan Majlis Bacaan Yasin Mingguan yang diadakan di Perpustakaan IPGMK Ipoh. Khalifah bacaan Yasin di ketuai oleh Dr. Yusoff bin Yaacob dan pengisian kapsul rohani disampaikan oleh Dr. Fhakhrurazi bin abdul Halim. 


Dalam doa penutup, harapan dipersembahkan agar perjalanan dan pekerjaan sepanjang tahun 2024 diberkati oleh Allah. Semoga segala usaha dan amalan yang dilakukan para warga IPGMK Ipoh membuahkan hasil yang baik, dan Allah swt meletakkan kita dalam posisi terbaik sepanjang tahun ini. Aminn…


#perpustakaanipgmki 

#perpustakaanipgmki2024 

#membacavaksinminda 

#bacaanyasin

23 Jan 2024

Sumbangan Buku 2024 : Terima Kasih En. Hasri

 



Januari 2024 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku daripada En. Hasri bin Abu, Penolong pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, bertajuk "Jendela Ke Ruang Semesta".


Buku ini merangkumi pengalaman guru-guru perpustakaan dan media dari seluruh Perak.


Sumbangan buku ini kini menjadi sebahagian daripada koleksi Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, menambahkan variasi bahan bacaan di perpustakaan. Terima kasih kepada En. Hasri bin Abu atas sumbangan yang berharga ini.


๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š๐Ÿ“š


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki2024

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#membacavaksinminda

#sumbanganbuku2024

15 Jan 2024

Tahniah & Selamat Datang : En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar



Tahniah dan Selamat Datang kepada En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar atas pelantikan sebagai Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh! Warga Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh turut berbesar hati menyambut kedatangan En. Badrul Hisham dalam peranan baru ini.


Kepakaran dan pengalaman En. Badrul Hisham diharapkan akan menjadi aset berharga dalam memimpin Unit Perpustakaan. Kami yakin dengan kepemimpinan yang cemerlang, Unit Perpustakaan akan terus mengukir kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti IPGM Kampus Ipoh.


Semoga perjalanan En. Badrul Hisham sebagai Ketua Pusat Sumber membawa kejayaan dan kemajuan kepada seluruh perkhidmatan perpustakaan. Warga Perpustakaan berharap agar kolaborasi yang erat antara beliau dan seluruh anggota perpustakaan dapat membawa Unit Perpustakaan ke aras yang lebih tinggi.


Tahniah sekali lagi kepada En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar. Semoga setiap langkah yang diambil membawa manfaat dan kecemerlangan kepada IPG Kampus Ipoh. Teruskan usaha dalam memajukan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan!


#perpustakaanipgmki 

#libraryipgmki2024 

#membacavaksinminda

10 Jan 2024

Tahniah & Selamat Maju Jaya : En. Hasri bin Abu



Kami, kakitangan Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh, ingin merakamkan ucapan terima kasih yang mendalam atas segala jasa dan bakti yang telah diberikan oleh En. Hasri sepanjang tahun 2023.


Kepakaran dan komitmen En. Hasri dalam memajukan Unit Perpustakaan sangat dihargai. Sumbangan yang tidak ternilai dalam mengembangkan dan meningkatkan perkhidmatan perpustakaan telah mencipta impak positif kepada komuniti IPGM Kampus Ipoh.


Tahniah kepada En. Hasri bin Abu atas pelantikan sebagai Penolong Pengarah, Sektor Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak! Semoga kejayaan sentiasa menyertai langkah-langkah anda yang cemerlang di tempat baru. 


Sekali lagi, terima kasih En.Hasri atas segala pengorbanan dan perkhidmatan yang telah diberikan!


#perpustakaanipgmki 

#libraryipgmki2024 

#membacavaksinminda

9 Jan 2024

Peminjam Buku Pertama Tahun 2024



Tahniah kepada ADRIANA MAHIRAH BT A. NIZAR dan NUR AMALIA HAZIRAH BINTI MOHD YUNUS – Pelajar Unit X8 sebagai 'Peminjam Buku Pertama 2024' di Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh! ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป


Sebagai tanda penghargaan, pihak perpustakaan berbesar hati memberikan hadiah kepada kedua-dua pelajar. Semoga pemberian ini menjadi pembakar semangat untuk terus memupuk minat membaca.


Jangan lupa untuk terus menyokong program perpustakaan dan jom meminjam buku di Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh. Terima kasih atas sokongan anda dalam menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga kampus.


๐Ÿ“’JOM PINJAM BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGM KAMPUS IPOH๐Ÿ“’


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki 

#libraryipgmki2024 

#membacavaksinminda