Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

8 Mar 2024

Majlis Bacaan Yasin Mingguan dan Soal Jawab Fiqh Ramadan

 MAJLIS BACAAN YASIN BULAN MINGGUAN 2024 DAN SOAL JAWAB FIQH RAMADAN IPGM KAMPUS IPOH.

8 Mac 2024 - Majlis Bacaan Yasin Mingguan telah diadakan di Perpustakaan IPGMK Ipoh dengan penuh keberkatan. Bacaan Yasin telah diketuai oleh AF Ustaz Khairil Izuan bin Ibrahim, pensyarah akademik Jabatan JAPIM.


Sehubungan dengan bulan Ramadan yang semakin hampir, dalam Kapsul Rohani ini peserta berpeluang menimba ilmu Fiqh Puasa Ramadhan melalui sesi soal jawab yang disampaikan oleh S.S Dato' Hj. Asad bin Awang, pakar di Majlis Fatwa Negeri Perak.


Semoga majlis ini memberi manfaat yang besar kepada semua peserta dan mempersiapkan rohani mereka untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia.


#perpustakaanipgmki 

#perpustakaanipgmki2024 

#membacavaksinminda 

#bacaanyasin

6 Mar 2024

Top Borrower Februari 2024 : Tahniah

 JOM PINJAM BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGM KAMPUS IPOH.πŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“š



'TOP BORROWER OF THE MONTH' BULAN FEBRUARI 2024! πŸ‘πŸ»πŸŽ‰πŸ‘πŸ»πŸŽ‰πŸ‘πŸ»πŸŽ‰πŸ‘πŸ»πŸŽ‰


Setinggi-tinggi tahniah kerana anda adalah peminjam buku terbanyak pada bulan Februari 2024.


Terima kasih atas keaktifan anda dalam menyertai kempen 'Jom Pinjam Buku' @Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh secara tidak langsung dapat memberikan sumbangan yang penting kepada promosi budaya membaca.


Teruskanlah kesungguhan anda dalam membudayakan literasi dan teruskanlah menyemarakkan semangat membaca di kalangan warga IPGMK Ipoh. Selamat membaca dan teruslah menjadi sumber inspirasi untuk orang lain! πŸ“šπŸŽ‰


🎁Hadiah misteri untuk nama 'Top Borrower Februari 2024' boleh dituntut di Perpustakaan IPGMKI🎁


πŸŽ‰TAHNIAHπŸŽ‰


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#perpustakaanipgmki2024

#Topborrower2024

#mohpinjambuku

#membacavaksinminda

Resensi Buku @Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh : Dr. Siti HayatiDr

 RESENSI BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGMKI


Resensi Buku Dr Siti Hayati

✒️Judul: Impressionist Masterpieces At The Jeu De Paume, Paris.

πŸ“½️Disampaikan oleh: Dr. Siti Hayati binti Mohd Yusoff, Jabatan Sains Sosial IPGMKI.

  

#ResensiIPGM #IPGMMembaca #MalaysiaMembaca

#ResensiIPGMKI #IPGMKIMembaca #PerpustakaanIPGMKI

Resensi Buku: Dr Munirah







RESENSI BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGMKI

✒️Judul: Leardership-Theory, Application, & Skill Development.
πŸ“½️Disampaikan oleh: Dr. Munirah binti Abd Hamid, Jabatan Perancangan Penyelidikan & Inovasi, IPGM KI.

#ResensiIPGM #IPGMMembaca #MalaysiaMembaca
#ResensiIPGMKI #IPGMKIMembaca #PerpustakaanIPGMKI #perpustakaanipgmki2024 #membacavaksinminda

4 Mar 2024

Top Borrower Januari 2024 : Tahniah

 πŸŽ‰Wajah-wajah Top Borrower Januari 2024! Tahniah! πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰



🎁 Jika anda merupakan top borrower yang telah diumumkan tetapi masih belum menebus hadiah anda, sila datang ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan segera untuk menerima hadiah anda 🎁 


πŸ“šJOM PINJAM BUKU @ PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH πŸ“š


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki

#libraryipgmki2024

#Topborrower2024

#mohpinjambuku

29 Feb 2024

Sumbangan Buku : Terima Kasih Pn. Hajah Normiza

 TERIMA KASIH : SUMBANGAN BUKU



Februari 2024 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku bertajuk “Cabaran Sebuah Harapan” daripada Pn. Hjh. Normiza binti Mohd, Pensyarah Jabatan Perancangan Penyelidikan & Inovasi, IPGMKI. Buku ini terkandung hasil penulisan Pn. Hjh. Normiza pada mukasurat 108 dengan tajuk ‘Perjalanan PhD-ku.


Sumbangan buku ini kini menjadi sebahagian daripada koleksi di Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan staf di IPGM Kampus Ipoh, serta menjadi sumber inspirasi dan ilmu yang berguna. Terima kasih atas sumbangan yang berharga ini.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki2024

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#membacavaksinminda

#sumbanganbuku2024

28 Feb 2024

Penerbit Buku : Tahniah Pn. Sumati Muniandy




Syabas dan tahniah kepada Pn Sumati Muniandy, pensyarah Jabatan Bahasa, Unit Bahasa Inggeris kerana telah Berjaya menulis dan menerbitkan buku yang bertajuk “Shakespeare Unveiled: The Playful Pen’s legacy” dan “A Symphony of Words - Poems for Every Mood”


Maklumat buku adalah seperti berikut:

πŸ“šTajuk : Shakespeare Unveiled: The Playful Pen’s legacy

πŸ“ISBN-13: 979-887197071-3

✏️Published by: CIRS PUBLICATIONS, INDIA

https://www.cirsp.com/store/shakespeare-unveiled-the-playful-pen-s-legacy


πŸ“šTajuk : A Symphony of Words - Poems for Every Mood

πŸ“ISBN: 9789393695949

✏️Publisher: Noel Lorenz House of Fiction

https://store.pothi.com/book/sumati-muniandy-symphony-words-poems-every-mood/ 


Semoga penulisan buku ini menjadi sumber inspirasi, pengetahuan, dan hiburan yang berharga bagi mereka yang membacanya serta dapat mencapai kejayaan yang besar dan memberikan manfaat kepada ramai pembaca. 


Syabas dan Tahniah.


🌹Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa🌹


#perpustakaanipgmki 

#perpustakaanipgmki2024 

#membacavaksinminda 

#penerbitanbukuluar

23 Feb 2024

Laporan Keseluruhan Audit Dalaman ISO21001:2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Tahun 2024

 LAPORAN KESELURUHAN AUDIT DALAMAN ISO21001:2018 SISTEM PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN (EOMS) TAHUN 2024 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH.



Tahniah kepada Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh atas pencapaian yang baik dalam Pembentangan Laporan Keseluruhan Audit Dalaman ISO21001:2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Tahun 2024. Empat kekuatan yang diperoleh menunjukkan kesungguhan dan usaha yang telah dilakukan oleh unit perpustakaan.


1. Urusan peminjaman buku telah menggunakan Sistem Sirkulasi App 

2. Urusan penggunaan pencarian buku melalui OPAC  

3. Urusan penyebaran maklumat dengan menggunakan QR Code dan media social (Facebook). Facebook Perpustakaan sangat aktif 

4. Urusan pendaftaran masuk pengguna perpustakaan


Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan pencapaian Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh dalam mematuhi piawaian ISO21001:2018, malah menunjukkan komitmen terhadap penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan perkhidmatan kepada pengguna. 


Semoga perpustakaan akan terus bersinar dan terus memberi manfaat yang besar kepada pengguna.


#eoms2024 

#perpustakaanipgmki 

#perpustakaanipgmki2024

19 Feb 2024

Audit Dalaman ISO21001 : 2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Tahun 2024

 AUDIT DALAMAN ISO21001:2018 SISTEM PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN (EOMS) TAHUN 2024 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH.

19 Febuari 2024 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah melalui Audit Dalaman ISO21001:2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) Tahun 2024 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh. Juruaudit adalah En. Shaddin bin Sabri, En. Azlan bin Lin, Dr. Hjh Nor Aziah binti Abdul Aziz dan Cik Nur Aziemah binti Md Yusop.  


Tahniah En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar, Ketua Pusat Sumber, Pn Nazariah binti Mat Mizar dan En. Mohammad Syafree bin Mohd Danial kerana dapat mempersembahkan dokumentasi dengan baik. 


Moga selepas ini Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan menjadi lebih baik.


#perpustakaanipgmki 

#perpustakaanipgmki2024 

#AuditDalamanISO21001

#EOMS2024





16 Feb 2024

Kapsul Rohani dan Majlis Bacaan Yasin Mingguan




16 Februari 2024 - Alhamdullilah.. semua muslimin dan muslimat IPGMK Ipoh bersatu dalam program Kapsul Rohani dan Majlis Bacaan Yasin Mingguan yang diadakan di Perpustakaan IPGMK Ipoh.

Semoga program ini menjadi sumber keberkatan dan kebahagiaan bagi seluruh peserta, serta memperkuat ukhuwah di antara kita.


#perpustakaanipgmki 

#perpustakaanipgmki2024 

#membacavaksinminda 

#bacaanyasin