Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

9 Sept 2025

Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Bulanan 2025

 


📚✨ANUGERAH PEMINJAM BUKU TERBANYAK BULANAN ✨📚
Berita baik untuk semua warga IPGMKI! 🎉
Nak dapat hadiah MISTERI setiap bulan? 🎁
Mudah saja ➡️ PINJAM buku di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh!
💡 Lagi banyak anda pinjam, lagi cerah peluang untuk jadi:
🏆 TOP BORROWER OF THE MONTH!🏆
📌 Syarat ringkas:
🔹 Pinjaman melalui kaunter sirkulasi sahaja
🔹 Pinjaman ulang (renew) tidak diambil kira
🔹 Tiada denda tertunggak
📌 Terbuka kepada:
👩‍🎓 Pelajar
👨‍🏫 Pensyarah / Pegawai Pengurusan
👩‍💼 Staf Sokongan
✨ Jangan lepaskan peluang ini!
🎉 *Hadiah misteri menanti anda setiap bulan!* 🎉

📖 Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa 📖


26 Aug 2025

Taklimat Perkhidmatan Unit Pusat Sumber 26 Ogos 2025

 





26 Ogos 2025 - Sempena Minggu Pengurusan Pendaftaran Ambilan 2, Pelajar Tahun 1 Semester 1 (Ogos 2025 – Julai 2029), pihak Pusat Sumber telah mengadakan sesi taklimat khas buat semua pelajar baharu.

🎤Taklimat disampaikan oleh:
En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar
(Ketua Unit Pusat Sumber, IPGM Kampus Ipoh)

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Semoga taklimat ini memberi pendedahan awal tentang kemudahan, perkhidmatan dan peraturan asas penggunaan Pusat Sumber bagi menyokong perjalanan akademik anda di sini.

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

26 Jun 2025

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447H


 Selamat Menyambut Maal Hijrah 1447H

27 Jun 2025

Semoga tahun baru hijrah ini membawa seribu keberkatan, membuka lembaran kehidupan yang lebih baik, memperkukuh keimanan serta mempererat ukhwah antara kita. Marilah kita berhijrah ke arah yang lebih positif dalam segala aspek kehidupan – dari segi akhlak, amal, dan ibadah.

“Hijrah bukan hanya perubahan tempat, tetapi perubahan sikap, niat dan amal menuju redha Allah.”


“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “


#maalhijrah

#pusatsumberipgmki

17 Jun 2025

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran : Pn Nasimah


 🎉 Happy Birthday, Pn. Nasimah! 🎉

Semoga hari lahir ini membawa sejuta kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup Pn. Nasimah.

Didoakan agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati, dan rezeki yang melimpah ruah.


16 Jun 2025

Meraikan Hari Ulang Tahun Kelahiran : En Syafree dan Pn. Nasimah


 16 Jun 2025 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah meraikan Hari Ulang Tahun Kelahiran buat En. Mohammad Syafree (14 Jun 2025) dan Pn. Nasimah (17 Jun 2025) 


Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran…semoga hari ulang tahun ini En. Syafree dan Puan Nasimah lalui dengan penuh bermakna dan mendapat keberkatan. Semoga hari istimewa ini membawa kegembiraan yang tidak terhingga, kesihatan yang berpanjangan, dan kejayaan dalam segala yang diusahakan.

Semoga En. Syafree dan Pn. Nasimah dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki, serta dipermudahkan segala urusan. Teruskan menjadi insan yang memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan agama.

Selamat Hari Ulang Tahun! 🎂


“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “


#pusatsumberipgmki

#birthday

14 Jun 2025

Selamat Hari Ulang Tahun : En. Muhammad Syafree


 Selamat Hari Ulang Tahun 🎂🥳🥳

Happy birthday to you Syafree 🎂🥳🥳! Semoga dipanjangkan umur,  selalu dilindungi Allah SWT, diberikan rezeki yang luas, dan dipenuhi dengan kebahagiaan. Semoga semua harapan dan impian menjadi kenyataan. aaminn….aaminn …aaminn …

https://pustaka-ipgki.blogspot.com/

“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “

#birthdayman

#pusatsumberipgmki

11 Jun 2025

Sumbangan Buku 2025 : Terima Kasih Cik Zety

 


11 Jun 2025 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Norzety binti Abdul Aziz kerana telah menyumbangkan 5 buah buku yang berjudul “Kisah Benar : Unseen Writer - Kreativiti Padu, Duit Menggebu"

Sumbangan buku ini bukan sekadar pemberian fizikal tetapi satu perlaburan ilmu yang amat besar nilainya. Semoga sumbangan buku ini dimanafaatkan sepenuhnya oleh para pengunjung.


Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa 


#sumbanganbuku

#pusatsumberipgmki

7 Jun 2025

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1446 H

 


07 Jun 2025 / 10 Zulhijjah 1446 H - Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi ia adalah simbol ketaatan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah. Ia mengingatkan kita akan nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kasih sayang yang mendalam dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya.

Semoga semangat berkorban ini dapat kita terjemahkan dalam kehidupan seharian, sama ada dalam bentuk masa, tenaga, harta, mahupun perasaan – demi kebaikan bersama dan kesejahteraan masyarakat.

Kepada yang menunaikan ibadah korban, semoga segala amalan diterima Allah SWT sebagai ibadah yang ikhlas. Kepada seluruh warga IPGM Kampus Ipoh, Unit Pusat Sumber mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga kita terus diberkati dan dirahmati oleh-Nya, serta diberikan kekuatan untuk terus berbakti dalam apa jua lapangan yang kita ceburi.

#pusatsumberipgmki

#harirayaaidiladha

6 Jun 2025

Selamat Hari Pustakawan Malaysia 2025


 06 Jun 2025 - Pustakawan dan Pembantu Pustakawan bukan sekadar penjaga buku, tetapi mereka ialah penjaga ilmu, pemudah cara pembelajaran, dan penggerak utama dalam membentuk masyarakat berpengetahuan. Di sebalik rak-rak buku dan sistem pengkatalogan, tersembunyi semangat dedikasi dan usaha gigih dalam memastikan maklumat yang betul sampai kepada pengguna pada masa yang tepat.

Dalam era digital ini, peranan pustakawan semakin berkembang — dari pengurusan sumber fizikal kepada maklumat elektronik, literasi maklumat, dan bimbingan pengguna dalam meneroka dunia ilmu yang luas.

Justeru, marilah kita sama-sama menghargai jasa dan peranan pustakawan dan pembantu pustakawan yang menjadi tulang belakang kepada perkembangan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.

Selamat Hari Pustakawan. Teruskan menyinari dunia dengan cahaya ilmu.

khususnya kepada en. Hisyamuddin  serta Pn. Sharmila & Pn. Nasimah 

Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa

#selamatharipustakawan

#pusatsumberipgmki

5 Jun 2025

Sumbangan Buku : Terima Kasih PPANPk



04 Jun 2025 - Unit Pusat Sumber Ipgm Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak atas sumbangan buku yang diberikan.

Sumbangan ini amat besar maknanya kepada Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh, khususnya dalam usaha memperkasa budaya membaca serta menyediakan sumber rujukan yang lebih meluas kepada pengguna Pusat Sumber.

“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa”

#sumbanganbuku

#PPANPk

#pusatsumberipgmki