Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

9 Sept 2025

Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh 2025












10 September - Unit Pusat Sumber bersama-sama dengan penganjur utama, Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi, telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh pada 26 & 27 Ogos 2025 bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPGMKI.

Dengan bertemakan “Inovasi Madani Pemangkin Pendidikan Global”, pertandingan ini telah menghimpunkan warga IPGMKI yang terdiri daripada:
✅ Pensyarah
✅ Pegawai Pengurusan
✅ Anggota Kumpulan Pelaksana
✅ Pelajar

Program ini menjadi wadah bagi mencungkil idea kreatif dan inovatif dalam usaha memperkasa bidang pendidikan ke arah kecemerlangan global.
🌟 Tahniah & syabas kepada semua peserta dan pemenang! Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin transformasi pendidikan yang bermakna.

📚Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa📚

Program Buku Pertamaku 2025

 

9 September - Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh menjemput semua pelajar untuk menyertai Program Buku Pertamaku!
📌 Syarat & Cara Penyertaan:
1️⃣ Membuat pinjaman buku pertama di Pusat Sumber (11 Ogos – 20 September 2025).
2️⃣ Ambil selfie bersama buku yang telah dipinjam.
3️⃣ Muat naik & kongsi di akaun Facebook/Instagram milik sendiri.
4️⃣ Sertakan caption menarik beserta tajuk buku pertama dalam hantaran.
5️⃣ Gunakan hashtag rasmi:
🎁 Hadiah Misteri menanti anda!
📌 Tarikh Tutup Penyertaan:
🗓 20 September 2025
⚠️ Pihak Pusat Sumber akan menyemak kesahihan tajuk buku pertama yang dipinjam dalam sistem serta menilai kreativiti caption. Segala keputusan adalah muktamad.
✨ Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa ✨

Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Bulanan 2025

 


📚✨ANUGERAH PEMINJAM BUKU TERBANYAK BULANAN ✨📚
Berita baik untuk semua warga IPGMKI! 🎉
Nak dapat hadiah MISTERI setiap bulan? 🎁
Mudah saja ➡️ PINJAM buku di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh!
💡 Lagi banyak anda pinjam, lagi cerah peluang untuk jadi:
🏆 TOP BORROWER OF THE MONTH!🏆
📌 Syarat ringkas:
🔹 Pinjaman melalui kaunter sirkulasi sahaja
🔹 Pinjaman ulang (renew) tidak diambil kira
🔹 Tiada denda tertunggak
📌 Terbuka kepada:
👩‍🎓 Pelajar
👨‍🏫 Pensyarah / Pegawai Pengurusan
👩‍💼 Staf Sokongan
✨ Jangan lepaskan peluang ini!
🎉 *Hadiah misteri menanti anda setiap bulan!* 🎉

📖 Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa 📖


26 Aug 2025

Taklimat Perkhidmatan Unit Pusat Sumber 26 Ogos 2025

 





26 Ogos 2025 - Sempena Minggu Pengurusan Pendaftaran Ambilan 2, Pelajar Tahun 1 Semester 1 (Ogos 2025 – Julai 2029), pihak Pusat Sumber telah mengadakan sesi taklimat khas buat semua pelajar baharu.

🎤Taklimat disampaikan oleh:
En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar
(Ketua Unit Pusat Sumber, IPGM Kampus Ipoh)

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Semoga taklimat ini memberi pendedahan awal tentang kemudahan, perkhidmatan dan peraturan asas penggunaan Pusat Sumber bagi menyokong perjalanan akademik anda di sini.

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'