Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan penuh rasa bangga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada dua orang warga IPG yang terpilih mewakili Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam pertandingan PSKPP tahun ini:
En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar (KUPS)
Mewakili pasukan TENIS
En. Mohammad Syafree bin Mohd Danial
Mewakili pasukan PETANQUE
Kedua-dua figura ini bukan sahaja komited dalam tugas, malah cemerlang di arena sukan — menjadi kebanggaan Unit Pusat Sumber dan seluruh warga IPG Kampus Ipoh.
Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama institusi kita!
Tahniah diucapkan kepada En. Mohammad Syafree bin Mohd Danial
Staf Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh bersama anggota Kumpulan Sokongan Red Spider yang terdiri daripada pelbagai jabatan/unit telah menyertai Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat IPG Kampus Ipoh pada 26 & 27 Ogos 2025.
Lebih membanggakan, kumpulan ini telah berjaya meraih JOHAN dengan inovasi bertajuk KITA (Kit Amaran Teknikal Asrama), satu usaha kreatif dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan dan keselamatan asrama.
Kejayaan ini diharap dapat menyemarakkan lagi budaya inovasi di IPG Kampus Ipoh serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus. π
10 September - Koleksi bacaan terkini kini berada di rak kami!
Menarik & pelbagai genre
Sesuai untuk rujukan & bacaan santai
Sedia untuk dipinjam oleh semua warga kampus
Jom jadi yang terawal mendapatkan pengalaman membaca daripada koleksi terbaharu ini
Kunjungi Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh hari ini!
Jangan lupa juga untuk menyertai Program “Buku Pertamaku” — peluang menarik untuk menjadikan buku pertama anda sebagai permulaan pengalaman membaca yang lebih bermakna!