Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

29 Nov 2017

Program Memasyarakatkan Desa dan Bicara Karya


Pada 29 Oktober 2017, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan telah mengadakan Program Memasyarakatkan Desa dan Bicara Karya. Program tersebut di adakan di Kg. Repoh, Batu Kurau Perak. Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Muhammad Amin bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak merangkap ADUN Batu Kurau.

Pembicara Karya terdiri daripada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin yang mewakili IPG Kampus Ipoh, En. Hamdan bin Hj. Yaakub, En. Hairi bin Yahya, Pn. Hajah Norehan bt Muhamad yang mewakili Persatuan Karyawan Perak. Manakala Dr. Norhasimah bt Ismail mewakili Universiti Utara Malaysia dan Dr. Nordiana bt Abdul Jabar mewakili Universiti Malaysia Kelantan.


Seramai 100 orang guru pelatih dari IPG Kampus Ipoh yang turut menghadiri program tersebut. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang.


16 Nov 2017

Lawatan dari SMK Keladi, Kulim, Kedah


Hari ini 16 November 2017, Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh menerima lawatan daripada pelajar-pelajar SMK Keladi, Kulim, Kedah. Pihak Pusat Sumber Ipgki mengalu-alukan kedatangan semua pelajar seramai 80 orang dan di ringi oleh 4 orang guru. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4. Semoga perkongsian maklumat perpustakaan memberi manafaat kepada pelajar-pelajar. 

13 Nov 2017

Pelancaran Buku Kumpulan Sajak “Monolog Jiwa"

😍😍Pelancaran Buku Kumpulan Sajak “Monolog Jiwa”😍😍
Tahniah buat Dr. Mohd Nazri Zainuddin dan En. Hamdan Hj Yaakub👏👏👏👏👏
Pada 2 November 2017, buku kumpulan sajak “Monolog Jiwa” karya Dr.Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit PusatSumber / Pensyarah Kesusasteraan Melayu / AJK Persatuan Karyawan Perak) dan Hamdan Hj Yaakub (Pensyarah Pengajian Melayu / AJK Persatuan Karyawan Perak) telah dilancarkan oleh pemangku Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (Dr. Shaharuddin Bin Shaari) bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Pelancaran ini turut disaksikan oleh para pensyarah dan siswa didik IPG Kampus Ipoh. Mereka berasa bangga dengan kehadiran buku penulis yang dijanjikan. Karya-karya ini adalah asli dan ciptaan dua orang pengkarya ini. Semoga mereka berdua terus sukses dan “selagi menulis, terus menulis”.


13 Oct 2017

Program Malam Puisi Tiang Lampu


Pada 10 Oktober 2017, Unit Pusat Sumber telah mengadakan Program Malam Puisi Tiang Lampu yang diadakan di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Program itu dijalankan pada 8.30 mlm hingga 10.30 malam. Di antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah deklamasi puisi, nyanyian lagu puisi, pantun, nyanyian dalam bahasa Tamil dan diserikan oleh kumpulan keroncong yang dipimpin oleh En.Samsidan Hj. Mior Zahidi. Tujuan program ini adalah untuk mengasah bakat guru pelatih untuk berpuisi dan menyanyikan lagu puisi. Malahan, untuk memberi keberanian dan keyakinan kepada guru pelatih semasa berhadapan dengan orang ramai. Terima kasih kepada Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) dan Hj. Hamdan Bin Hj. Yaakub (Pengajian Melayu) yang memberi nasihat dan bimbingan dalam menjayakan program tersebut. Begitu juga kepada En. S. Ahmad Suhaimi Bin S. Mohd Said, En. Rosli Bin Ngah dan Rakan Kelab Pusat Sumber khususnya guru pelatih Unit T12 yang bertungkus-lumus membantu persiapan program ini dengan jayanya.

4 Oct 2017

Mesyuarat Pembangunan Dokumen Utama Transformasi IPG dan Kertas Cadangan Infrastruktur

Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin telah mewakili Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh untuk menghadiri Mesyuarat Pembangunan Dokumen Utama Transformasi IPG dan Kertas Cadangan Infrastruktur di Kinrara Resort,  Puchong , Selangor. Mesyuarat tersebut di adakan selama 3 hari iaitu pada 26 – 28 September 2017. Semoga apa yang dibincangkan dapat memberi impak yang positif kepada IPG Kampus Ipoh.


Program Khidmat Sosial di Perpustakaan Desa Taman Klebang Jaya



Pada 23 September 2017 seramai 11 orang Rakan Kelab Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah menyertai program khidmat sosial di Perpustakaan Desa Taman Klebang Jaya, Chemor. Program tersebut bermula jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang. Terima kasih kepada Puan Hayati , Tuan Haji Hamdan dan semua Rakan Kelab Pusat Sumber Ipgki yang menjayakan program ini.

3 Oct 2017

Aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ En. Ng Swee Huat


Pada 2 - 13 Oktober 2017 ini, En. Ng Swee Huat mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau melalui Aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh . Buku-buku bacaan beliau kebanyakannya terbitan dalam bahasa Cina. Terdapat juga buku terbitan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Beliau mempamerkan buku pendidikan, pembelajaran, sosio-politik dan motivasi . Di harapkan pameran ini dapat memberi inspirasi kepada para pengunjung Unit Pusat Sumber Ipgki .

18 Sept 2017

Bengkel Literasi Media dan Maklumat Serta Penggunaan U-Pustaka (PNM Digital)



Pada 24 Ogos 2017, En.Rosli Bin Ngah (Pen.Ketua Unit PusatSumber), En. Baskaran Kannan (Jab. Ilmu Pendidikan), Pn. Selina Liew (Jab.Ilmu Pendidikan) dan Pn. Liew Phaik Hoon (Jab.Matematik) telah mewakili IPG Kampus Ipoh untuk mengikuti “Bengkel Literasi Media dan Maklumat serta Penggunaan U-Pustaka (PNM Digital) yang diadakan di IPG Kampus Pulau Pinang. Diharapkan jua, para peserta bengkel dapat berkongsi ilmu pengetahuan dengan guru pelatih di IPG Kampus Ipoh ini.bagi meningkatkan kecekapan dalam membuat carian maklumat lebih cepat dan tepat.

Perbincangan Program Malam Puisi Tiang Lampu



Satu perbincangan telah diadakan pada 12 September 2017 di antara Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin dengan guru pelatih Unit T12 iaitu Nor Aida Nadzirah Bt Md. Subri dan Siti Munirah Bt Munadzir mengenai program “Malam Puisi Tiang Lampu”. Hasil perbincangan tersebut, kata sepakat telah dicapai iaitu program itu akan di adakan pada 11 Oktober 2017 di hadapan Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Para peserta terdiri daripada guru pelatih yang minat berpuisi (moden / tradisional) dan pensyarah.

Temubual Bersama Presiden Karyawan Perak



Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber), Hj Hamdan Bin Yaakub (Jab. Pengajian Melayu) dan 2 orang guru pelatih dari Unit T12 (Mohammad Habib Sobhi Bin Hamlan dan Muhammad Haikal Bin Azaha) telah mengadakan temubual bersama Presiden Karyawan Perak iaitu Dr.Hj Zabidin bin Hj Ismail di Kg. Karyawan Malim, Lembah Gunung Tempurung, Gopeng, Perak. Temubual ini adalah untuk menyiapkan biografi beliau disamping mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan terperinci.