Pengguna Perpustakaan IPGKI yang tidak berkesempatan untuk memperbaharui tarikh pinjaman buku di kaunter perpustakaan adalah digalakkan untuk menghantar email kepada kami di alamat perpustakaanipgki@gmail.com. Kemudahan ini dapat mengelakkan pengguna daripada didenda kerana lewat pemulangan buku.
Email tersebut perlulah dihantar 2 hari sebelum tarikh pemulangan buku. Di dalam email tersebut perlulah dinyatakan:
- Nama
- No. kad pengenalan
- Judul buku
- No. perolehan buku
Adalah diharapkan agar kemudahan ini dapat dimanfaatkan kepada semua pengguna Perpustakaan IPGKI.
0 comments:
Post a Comment