Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

21 Jul 2016

Program Bicara Buku Sesi Ke-4


Perpustakaan IPGKI sekali lagi telah mengadakan program Bicara Buku sesi 4 bersama pensyarah Puan Hajah Fatimah Bt. Ibrahim (Jabatan Pengajian Melayu) dan dua orang pelajar dari Unit Q8 iaitu Cik Chui Jia Wei dan Cik Ngoi Zhi Hoay pada 20 Julai yang lalu.



Program ini diadakan pada setiap petang Rabu bermula 2.30 petang sehingga 3.15 petang. Program Bicara Buku ini diadakan untuk memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar IPGKI ini berkongsi ilmu tentang buku yang telah dibacakan. Program ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang pelajar dan pensyarah. 



Bicara buku pada kali ini terbahagi kepada tiga sesi. Sesi pertama dimulakan dengan ulasan buku oleh Puan Hajah Fatimah Bt Ibrahim dengan berjudul 'Kepelbagaian Pelajar dan Perbezaan Pembelajaran' oleh Prof. Dr. Zamri Mahamod, Dr. Ruslin Emir dan Prof. Dr. Mohamed Amin Embi. Buku ini mengupas dan mengemukakan tentang konsep kepelbagaian pelajar dan kepentingannya dalam konsep PdP di dalam bilik darjah. 



Sesi kedua bicara buku ini telah diteruskan dengan bicara buku oleh Cik Chui Jia We dengan novel kanak-kanak berbahasa cina yang berjudul 'Xing Fu Pai Lie Zu He' oleh Sang Xiao Na. Novel ini menceritakan kisah bagaimana sorang ayah tiri yang ingin merapatkan hubungan di antara anak tirinya.


Pada sesi ketiga pula diteruskan dengan Cik Ngoi Zhi Hoay dengan novel bahasa Inggeris yang diadaptasi dari filem yang berjudul 'Me Before You'. Novel ini mengisahkan William yang mengalami kecelakaan dan telah menyebabkannya lumpuh. Semenjak dirinya dijaga oleh Lou, mereka berdua saling berkomunikasi dengan baik dan dekat sehingga akhirnya hidup mereka berubah.




Akhir sekali bicara buku ini ditamatkan dengan pemberian sijil oleh Pembantu Perpustakaan Kanan iaitu Encik David A/L Rayappan kepada ketiga-tiga orang penyampai bicara buku tersebut.























0 comments:

Post a Comment