Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

4 Aug 2016

Program Bicara Buku Sesi Ke-5


Program Bicara Buku Sesi Ke-5 telah diadakan ada 03 Ogos 2016 bersama pensyarah Puan Kanakambal A/P Velusamy (Jabatan Bahasa) dan dua orang pelajar dari Unit R5 iaitu Cik Thaatchaayani A/P Muthumanikam dan Cik Uganeswary A/P Muthu.

Program ini diadakan pada hari Rabu bermula 2.30 petang sehingga 3.15 petang. Program Bicara Buku ini diadakan untuk memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar IPGKI berkongsi ilmu tentang buku yang telah dibacakan. Program ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang pelajar dan pensyarah.

Program bicara buku pada ini terbahagi kepada tiga sesi. Sesi pertama dimulakan dengan ulasan buku oleh Puan Kanakambal A/P Velusamy dengan sebuah novel berbahasa Inggeris berjudul 'To Sir With Love. Novel ini mengisahkan seorang guru bernama Sidney Poitier yang menyedari bahawa murid-muridnya perlu diajarkan pelajaran hidup yang lebih penting daripada kurikulum yang telah ada. Beliau melempar keluar semua rencana pembelajaran konvensional yang telah ia susun dan membuat pengaruh yang nyata dan luar biasa terhadap kehidupan peribadi para muridnya.

                


Sesi kedua bicara buku ini telah diteruskan dengan bicara buku oleh Cik Thaatchaayani A/P Muthumanikam dengan novel karya Haslisa Ramli yang berjudul Cerita Satu Impian. Novel ini mengisahkan semangat kegigihan Dr. Harlina yang sentiasa bergelumang dengan pancaroba dan akhirnya segala kesulitan hidupnya dapat di atasi.


Pada sesi ketiga pula diteruskan dengan  Cik Uganeswary A/P Muthu dengan novel berbahasa Tamil yang berjudul 'Aritaaram Poosamale'. Novel yang berlatarkan kisah benar ini mengisahkan kehidupan perjalanan seorang wanita yang diceritakan bermula dari kisah sewaktu kanak-kanak hingga ke dewasa. Setiap pengorbanan yang ditempuh oleh Rani telah menjadikan beliau seorang wanita yang tabah.


Akhir sekali bicara buku ini ditamatkan dengan pemberian sijil oleh Ketua Unit Perpustakaan, Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin kepada ketiga-tiga orang penyampai bicara buku tersebut. Tahniah diucapkan di atas sumbangan yang diberikan oleh ketiga-tiga pembicara buku pada sesi kali ini. 




0 comments:

Post a Comment