Pada 10 Ogos 2018, seramai 60 orang guru pelatih dari Unit U4, U5, U6 dan U7 telah hadir ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh untuk menyertai "Bengkel Literasi Maklumat" yang disampaikan oleh Pustakawan (Pn. Sabariah bt Khairuddin). Beliau dibantu oleh Pn. Nasimah Bt Abdul Jal dan Pn. Nazariah Bt Mizar. Bengkel ini memberi tunjuk ajar dalam melayari jurnal online secara percuma. Guru pelatih berasa seronok dan teruja kerana dapat mengikuti bengkel ini. Pelbagai maklumat dan info terkini diperoleh hasil daripada bengkel tersebut. Harapan Unit Pusat Sumber, semoga bengkel tersebut dapat memberi impak positif kepada para guru pelatih untuk membantu mereka menyiapkan tugasan dan tesis.
Gambar lain : Bengkel Literasi Maklumat: Unit U4,U5,U6,U7
0 comments:
Post a Comment