Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

27 Aug 2019

Pesta Buku IPG 2019 di IPG Kampus Pulau Pinang



Pada 27-29 Ogos 2019, IPG Kampus Pulau Pinang telah menganjurkan Pesta Buku IPG 2019. Terdapat beberapa pertandingan yang di adakan bagi memeriahkan Pesta Buku IPG 2019. Antaranya ialah Pertandingan Terbitan Tertinggi Antara IPG, Pertandingan Koleksi Terbitan IPG, Pertandingan Jualan Buku Tertinggi , Pertandingan Grafik Buku dan Pertandingan Program Membaca Berimpak Tinggi. Program ini di rasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia , YB Dr. Maszlee Malik manakala perasmian Majlis Penutupan oleh YB Tuan Wong Hon Wai , Ahli Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang.




Tahniah kepada IPG Kampus Ipoh terutamanya Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mendapat tempat Naib Juara bagi Pertandingan Program Galakan Membaca Berimpak Tinggi Antara Perpustakaan IPG, Naib Johan Pertandingan Grafik Kulit Terbaik (Kategori Pelajar), Tempat Ketiga Pertandingan Grafik Kulit Buku Terbaik (Kategori Pensyarah) ,Johan Pertandingan Jualan Buku Tertinggi (Kategori Pelajar).

Sempena Pesta Buku IPG 2019 ini, booth Perpustakaan IPG Kampus Ipoh menyelitkan aktiviti Cabutan Hadiah Misteri. Pengunjung yang berminat menyertai aktiviti ini dikehendaki mengambil sebiji kacang didalam bekas. Pengunjung yang berjaya mendapatkan bacang bertanda mendapat hadiah misteri. Tahniah yang berjaya mendapatkan kacang bertanda untuk hadiah misteri.

Selain itu, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh juga telah menerima sumbangan buku daripada IPG Kampus Dato Razali Ismail dan IPG Kampus Bahasa Melayu. Buku sumbangan IPG Kampus Dato Razali Ismail yang berjudul 'Menguak Jendela PhD' dan 'Kesukarelawan : Realiti, Cabaran dan Model Siswa Guru di Malaysia " di sampaikan oleh Dr. Yuslaini bt Yunus. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh) sangat gembira dan berbesar hati menerima buku-buku ini. Diharapkan buku-buku ini dapat di manafaatkan oleh pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Terima kasih Dr. Yus πŸŒ·πŸŒ·

Manakala sumbangan buku yang berjudul "Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2019 - 2025 " daripada IPG Kampus Bahasa Melayu. Sumbangan ini di sampaikan oleh Pn. Azlinawati. Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan IPG Kampus Ipoh) mengucapkan setinggi - tinggi terima kasih atas sumbangan buku ini yang sangat sesuai menjadi bahan rujukan di Perpustakaan. Gambar : Sumbangan Buku Daripada IPG Kampus Bahasa Melayu



Terima kasih Puan Azlinawati 
🌷🌷🌷



Gambar lain : Pesta Buku IPG 2019 


0 comments:

Post a Comment