Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

13 Jan 2021

Hebahan Penghantaran Karya Untuk Diterbitkan Dalam Taman Berkarya Siri 1/2021 Akan Datang


 

Panduan untuk menghantar artikel, cerpen, esei, puisi atau bahan karya kreatif untuk Taman Berkarya Siri 1/2021 :


📚 Semua karya yang dihantar adalah menjadi hak milik Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

📕Terbuka kepada semua warga IPG Kampus Ipoh dan semua yang berminat dalam bidang penulisan.

📗Karya yang dihantar untuk diterbitkan hendaklah karya asli dan belum pernah diterbitkan dalam apa jua penerbitan sama ada di dalam atau di luar negara.

📘 Karya yang dihasilkan hendaklah bebas daripada sentimen perkauman, tidak menghasut dan tidak menimbulkan prejudis terhadap mana-mana pihak dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.

📒Penghantaran karya hendaklah disertakan dengan alamat surat menyurat, e-mel, nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit.

📕Penulis hendaklah bertanggungjawab dalam memastikan maklumat dan fakta yang diberikan dalam artikel adalah tepat dan saintifik. 

0 comments:

Post a Comment