Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

18 Jul 2024

Majlis Peluncuran Buku : Antologi Anekdot Makanan Tradisional

 

*Majlis Peluncuran Buku : Antologi Anekdot Makanan Tradisional*


18 hb Julai 2024 - Pusat Sumber telah mengadakan Majlis Peluncuran Buku yang di adakan di Dewan Seri Melati, IPGM Kampus Ipoh. Acara ini telah dirasmikan oleh Dr. Yusminah binti Mohd Yusof, Pengarah IPGM Kampus Ipoh. Turut hadir Dr. Hj. Mohd Taufik bin Hj. Ahmed, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Ipoh, Puan Fimaris binti Mohammad Ariff Pengarah Perpustakaan Universiti Petronas dan 30 orang pelajar Tingkatan 6 Atas berserta 3 orang guru iringan dari SMK Dato Haji Mohd Taib Chemor.

Sebagai pengisian dalam majlis ini, Pn. Ros Anita Kartini bt Mohamed Pensyarah Akedemik IPGM Kampus Ipoh telah memberi ulasan dan promosi buku yang berjudul Antologi Anekdot Makanan Tradisional yang baharu sahaja diterbitkan. Manakala sesi Bicara Ilmiah "Masakan Sastera : Simbolisme dan Kepentingan Makanan Dalam Kesusasteraan" telah disampaikan oleh Dr. Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia.

Turut diadakan sesi demo memasak pengat pisang yang dikendalikan oleh Pn. Hajah Normiza dan Tn. Haji Zain.

Majlis berakhir dengan pameran makanan- makanan tradisional yang merangkumi dari perlbagai lapisan masyarakat. 

Semoga majlis seperti ini memberi impak yang berguna justeru menjadikan makanan tradisional ini tidak hilang diarus zaman kepada generasi muda serta warga IPGM Kampus Ipoh amnya.


Jumpa lagi pada program Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh yang akan datang ☺️☺️.


'Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa '

 

#PerpustakaanIPGKampusIpoh

#IPGM

#perpustakaannegaramalaysia 

#MalaysiaMembaca 

#PenjawatAwamMembaca 

#MalaysiaMadani 

#pbakl2024 

#pbakl 

#peluncuranbukuipgmkampusipoh











0 comments:

Post a Comment