Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

25 Mar 2025

Program World #QuranHour Peringkat IPGM Kampus Ipoh

 


25 Mac 2025 (Selasa) - Dengan kerjasama Jawatan kuasa Penghayatan Islam IPGMKI, Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah menganjurkan Program World #QuranHour Peringkat IPGM Kampus Ipoh dengan jayanya. Program tersebut juga di siarkan secara langsung menerusi YouTube rasmi IPGM Kampus  Ipoh. 

Sesi tadabbur Surah Al-Saff telah disampaikan oleh Dr.Rizalman bin Muhammad dan Dr. Nornajwa binti Ghazali manakala Tuan Haji Mohd Nizam bin Mohd Tejeri selaku moderator. 
Seramai 67 orang pensyarah dan pelajar yang hadir.

Moga program ini dapat memberi manfaat dunia dan akhirat kepada semua yang hadir serta yang mengikuti siaran langsung  menerusi YouTube. Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar dan kakitangan yang terlibat sepanjang program ini berlangsung.

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"

#quranhour2025
#jkpenghayatanislamipgmki
#pusatsumberipgmki

















0 comments:

Post a Comment