Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....
Showing posts with label Penerbitan Karya. Show all posts
Showing posts with label Penerbitan Karya. Show all posts

3 Aug 2026

 

WACANA ILMU: PROMOSI BUKU TERBITAN BAHARU 2026 IPG KAMPUS IPOH.
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,
31 Julai 2026 - Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan bangganya membawakan Buku Terbitan Baharu Tahun 2026 khusus untuk makluman serta kegunaan seluruh warga kampus.
Naskhah ini merupakan cetusan idea dan hasil penyelidikan terkini bagi memantapkan lagi kualiti ilmu kependidik serta amalan pengajaran.
🔍 DAPATKAN SEBAGAI BAHAN RUJUKAN DI PUSAT SUMBER :
Buku terbitan baharu ini boleh didapati terus di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh untuk tujuan rujukan dan pinjaman warga kampus.
Mari bersama-sama membudayakan amalan membaca dan menyokong penulisan ilmiah terbitan IPGK Ipoh!
Jangan lepaskan peluang ini — bersama kita perkasa budaya membaca!
📖 “Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa”

16 Feb 2026

MANUAL PENGGUNA APLIKASI SIRKULASI DAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER (Cik Nur Adilah binti Abdul Aziz / Pelajar Praktikum Pusat Sumber IPGKI)

                              



🌈Assalammualaikum dan Salam Mesra IPGKI🌈
📗Penerbitan Karya📗
Seluruh warga Pusat Sumber IPGKI ingin mengucapkan tahniah buat Cik Nur Adilah binti Abdul Aziz (Pelajar Praktikum UiTM Merbok) di atas kejayaan menerbitkan buku elektronik (ebook) beliau yang berjudul MANUAL PENGGUNA APLIKASI SIRKULASI DAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER pada 6 Februari 2026 yang lalu.
Kami mengharapkan agar kelahiran karya sulung ini menjadi nilai tambah buat Cik Nur Adilah supaya terus cemerlang dalam bidang sains perpustakaan yang diceburi ketika ini.
Kami turut berbangga kerana kemampuan Cik Nur Adilah dalam menerbitkan karya ini telah memudahkan perkhidmatan kami di Pusat Sumber.
🥳🥳🥳Terima kasih Cik Nur Adilah. Ada rezeki kita jumpa lagi yer!😁😁😁

Orked and The Mythical Pathway (Cik Jami'ah binti Ismail / Unit Praktikum)

 





🌈Assalammualaikum dan Salam Mesra IPGKI🌈
📕Penerbitan Karya📕
Jutaan tahniah diucapkan buat Cik Jamiah binti Ismail dari Unit Praktikum di atas kejayaan menerbitkan buku fizikal beliau yang berjudul Orked And The Mythical Pathway pada 19 Januari 2026 yang lalu.
Kami mengharapkan agar penerbitan karya sulung ini menjadi batu loncatan untuk Cik Jamiah supaya terus bergiat aktif dalam penyediaan bahan ilmiah kepada warga IPGKI.
Kami doakan semoga Cik Jamiah@Jamie Ismail sentiasa diiringi sukses di masa akan datang.
🥰🥰🥰Terima kasih Cik Jamiah. Ada rezeki kita terbit karya lagi yer!😁😁😁