Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

11 Feb 2026

KURSUS LITERASI MAKLUMAT SIRI 1/2026 (PISP AMBILAN OGOS 2025 - 2026)

                                        










📱💻KURSUS LITERASI MAKLUMAT📱💻

📋 0️⃣7️⃣0️⃣2️⃣2️⃣6️⃣

⏰ 9️⃣0️⃣0️⃣ HINGGA 1️⃣0️⃣3️⃣0️⃣

💐Assalammualaikum dan Salam Sejahtera💐

Kursus yang dianjurkan oleh Pusat Sumber IPGKI ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP) ambilan Ogos 2025 - Julai 2027.

Objektif kursus ini ialah untuk memperkenalkan pangkalan data percuma dari Perpustakaan Negara Malaysia iaitu U-Pustaka, di samping menggalakkan para pelajar yang terlibat untuk menggunakan perkhidmatan di Pusat Sumber.

Kursus diakhiri dengan pemberian cenderahati oleh Dr. Hamdiah, Ketua Jabatan Pengajian Siswazah (JPS) kepada Puan Sharmila, Pembantu Pustakawan Kanan dan Cik Nur Adilah, pelajar praktikum dari UiTM Merbok selaku penceramah pada hari tersebut.

Dr. Hamdiah turut menghadiahkan sekotak kek kepada Puan Sharmila sempena hari jadi beliau yang turut jatuh pada hari tersebut.

🎉🎂🥳Selamat Hari Jadi Puan Sharmila. Semoga Dipanjangkan Umur dan Dimurahkan Rezeki Selalu🎉🎂🥳

0 comments:

Post a Comment