Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

18 Apr 2016

Bicara Buku Bersama Rakan Kelab Perpustakaan

Program Bicara Buku merupakan sebuah program yang memberi peluang kepada pembaca untuk mengulas semula buku-buku yang telah dibaca dan mempersembahkan hasil ulasan mereka kepada para pembaca yang lain. Pada minggu yang lalu bersamaan dengan tanggal 13 April 2016, pihak perpustakaan IPGK Ipoh telah menjemput dua orang Rakan Perpustakaan untuk memberi ulasan tentang buku yang telah mereka kaji sendiri.







Sesi pertama bicara buku ini dimulakan dengan saudari Jayanthy a/p Arumugom dengan bukunya yang bertajuk "A Sketch Mape History of Malaya, Sabah, Sarawak and Singapore". Sepanjang saudari menceritakan tentang buku ini, saudari menceritakan bagaimana bermulanya penubuhan sebelum adanya Malaysia seperti sekarang. Saudari turut menceritakan bagaimana kisahnya Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura  digabungkan dan kemudiannya berpisah lalu menubuhkan sebuah negara bernama Malaysia.




Seterusnya sesi kedua disambung dengan bicara buku oleh saudari Soon Lay Ting dengan bukunya yang bertajuk "Airmata Guru". Dalam buku yang dibicarakan, terdapat beberapa kisah benar kehidupan masyarakat di Korea namun saudari hanya memetik dua cerpen sahaja daripada buku tersebut. Cerpen pertama yang bertajuk "Airmata Guru" mengisahkan seorang pelajar miskin yang sering dibuli oleh rakan sekelasnya yang kaya dan juga dendam pelajar ini terhadap gurunya yang tidak mahu menyebelahinya ketika di pengadilan. Cerpen kedua pula mengisahkan kasih sayang seorang kanak-kanak Autism terhadap kedua-dua orang tuanya. Cerpen ini memberi pengajaran bahawa jika kita tidak menunjukkan kasih sayang tersebut tidak bermaksud kita tidak menyayangi kedua orang tua kita.



Program ditamatkan dengan sepatah dua kata oleh Dr. Nazri selaku Ketua Unit Perpustakaan dan seterusnya penyampaian sijil kepada kedua-dua penyampai bicara buku pada petang itu.



13 Apr 2016

Bicara Buku Bersama Pensyarah Jabatan Pengajian Bahasa Melayu


Pada tanggal 6 April yang lalu, Unit Perpustakaan telah mengadakan program Bicara Buku bersama pensyarah dari Jabatan Pengajian Bahasa Melayu iaitu Puan Hajah Norehan Muhamad dan juga Puan Normah Kamarodzan. Program Bicara Buku ini diadakan untuk memberi peluang kepada para pensyarah dan juga pelajar membicarakan sedikit sebanyak mengenai buku-buku yang pernah dibaca selama 45 minit bermula 2.30 petang sehingga 3.15petang. Program tersebut telah dihadiri oleh 20 orang guru pelatih Pengajian Tamil, para staf sokongan dan juga beberapa orang pelajar praktikal daripada UPSI.







Bicara buku tersebut terbahagi kepada dua sesi yang dimulakan oleh Puan Norehan Muhamad dan diteruskan dengan sesi kedua bersama Puan Normah Kamarodzan.


Istimewanya disini, Puan Norehan memilih untuk membicarakan buku hasil tangannya sendiri yang berjudul “Biarkan Ia Terbang”. Beliau telah menerbitkan buku tersebut pada tahun 2007. Buku beliau mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang bernama Nohan yang hidup di zaman Melayu lama dimana gadis-gadis pada zaman itu hanya dibenarkan untuk berada di dapur sahaja. Selain itu, buku ini juga mengisahkan pengorbanan yang Nohan lakukan demi kejayaan adik-adiknya sehingga berjaya. Sekiranya pembaca ingin mengetahui lebih mengenai buku ini, buku ini boleh didapati di Perpustakaan IPGK Ipoh ini sendiri di rak 800-900.



        




Sesi kedua diteruskan lagi dengan bicara buku oleh Puan Normah dengan buku yang telah beliau kaji  berjudul “Panas Salju” oleh Talib Samat. Buku ini pula mengisahkan tentang kisah hidup Nadhirah yang menghidapi penyakit leukimia. Ibunya, Busrah sanggup mempetaruhkan nyawanya dengan memindahkan hatinya kepada Nadhirah. Buku ini juga merupakan salah satu novel komsas yang digunakan di peringkat sekolah menengah iaitu tingkatan 3. Buku ini boleh didapati di perpustakaan IPGK Ipoh juga di rak 800-900. 





Sebagai penutup, Dr. Mohd Nazri selaku Ketua Unit Perpustakaan telah menyampaikan sijil kepada pensyarah yang telibat pada hari tersebut.






7 Apr 2016

Jom Ngeteh Borak Buku Bersama Meor Farid Asyradi; Penulis Travelog MR. Traveller


Unit Perpustakaan IPGK Ipoh telah dijemput hadir ke aktiviti Jom Ngeteh Borak Buku bersama Meor Farid Asyradi; penulis novel “Travelog MR. Traveller” yang mendapat sambutan meriah terutama sekali di kalangan golongan belia seluruh Malaysia. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Puteri UMNO dengan kerjasama ADUN Manjoi dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Mohamed Ziad. Program santai Jom Ngeteh ini diadakan di Restoran Tihani’s, Meru Raya dan dihadiri para pemuda-pemudi UMNO. Program ini dijalankan secara santai pada petang Ahad (03/04/2016).






















Pada petang tersebut, saudara Meor telah berkongsi pengalaman beliau merantau ke 15 buah negara sepanjang 15 hari beliau merantau di Eropah dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. Saudara Meor telah banyak berkongsi pengalaman beliau terutama sekali cabaran beliau dalam mengawal perbelanjaan sepanjang perantauan beliau tersebut seperti hanya berbekalkan mee segera dan biskut. Namun perantauan beliau telah membuka mata pembaca bahawasanya ia tidaklah mustahil bagi seseorang pemuda itu untuk menjelajah Eropah dengan semangat nekad dan keyakinan yang tinggi.





Program Bicara Buku ini dijayakan lagi dengan pembentangan daripada Dr. Nazri sendiri yang mengulas mengenai sifat kepimpinan yang ada pada si perantau, Meor sepanjang perantauan beliau di Eropah. Selain itu, pensyarah IPGK Ipoh iaitu Haji Hamdan Bin Yaakub juga telah membentangkan hasil kajian beliau tentang buku novel Travelog Mr. Traveller tersebut mengenai kemahiran insaniah saudara Meor semasa merantau di Eropah.











 Program tersebut diakhiri dengan sedikit jamuan yang telah disediakan oleh Restoran Tihani’s kepada para tetamu yang hadir pada petang tersebut.








1 Apr 2016

Selamat Bersara Puan Rodiah bt Yusoff

Harum Semerbak si bunga melur,
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak Pantun Mesra Dihulur,
Setulus Ingatan Mengimbau Kenangan.

Selamat bersara dan selamat beristirehat diucapkan kepada Puan Rodiah bt Yusoff diatas Persaraan beliau yang telah bertugas selama 35 tahun (31 tahun di IPGKI). Terima kasih atas segala sumbangan dan jasa baik Puan Rodiah sepanjang menjalankan tugas. semoga Puan Rodiah sihat walafiat disamping keluarga yang tersayang dan suksess menjalani kehidupan baru


Dari Tambunan Bawa Delima,
Masak Sebiji di balik daun,
Jasamu Puan kami terima,
Jadi Kenangan Bertahun-tahun.

Majlis perpisahan persaraan telah diadakan pada 1 April 2016 jam 1030 pagi di kantin IPGKI. Semua staff IPGKI berkerjasama bagi menjayakan lagi majlis.













28 Mar 2016

Selamat Berpraktikal Wahai Pelajar UPSI

Pihak IPG Ipoh telah menerima kedatangan seramai 12 orang pelajar Diploma Sains (Matematik), Fakulti Sains Matematik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pihak pengurusan pentadbiran telah mengagihkan dua orang pelajar untuk berkhidmat di Perpustakaan IPG Ipoh.dan mengalu-alukan kedatangan mereka untuk menjalani latihan industri di sini. Pelajar tersebut ialah saudari Koh Kai Ling @ Norhalinda a/p Koh Tim Weon dan juga Monalisa Ivy Anak Edward . Tempoh pelajar tersebut menjalani latihan industri mereka adalah bermula daripada 28 Mac sehingga 28 Mei 2016.Diharapkan agar pelajar tersebut mampu memberi kerjasama dan menimba ilmu sepanjang menjalani latihan industri di Perpustakaan IPG Ipoh ini

17 Mar 2016

Latihan Menjilid dan membalut buku

Pada pagi ini telah diadakan latihan menjilid dan membalut buku dari jam 830 pagi sehingga 930 pagi..
dikonduk oleh puan Rafidah bt Mohd Aris. . . . Peralatan dan bahan disediakan oleh pihak unit perpustakaan IPGKI. .

gambar 1: peralatan yang digunakan

gambar 2: sesi menjilid buku

Gambar 2 : menebuk lubanng bagi proses penjiidan

Gambar 3: proses jahitan dalam penjilidan


Gambar 4: Buku yang telah dijilid

gambar 5: proses membalut buku

Pelbagai ilmu baru telah diterapkan dalam latihan menjilid dan membalut buku dengan cara dan teknik yang sebenar.


7 Mar 2016

Bengkel Meneroka Maklumat Medium Bercetak dan Maya

bengkel meneroka maklumat medium bercetak dan maya ini betujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai maklumat dan literas maklumat serta memberi pendedahan mengenai teknik teknik dan kemahran maklumat. seramai 60 orang peserta telah terpilih dan TAHNIAH kepada para peserta atas pemilihan tersebut.

Perjalanan bengkel (07/03/16) ini bermula dengan sesi pagi pada pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi dan sesi tengah hari pada pukul 11.00 hingga 12.00 serta sesi petang pada pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang. 


gambar 1: Dr. Shaharuddin B. Shaari memberi ucapan perasmian

Gambar 2: Para peserta kelihaan bersemangat mendengar taklimat 

 Gambar 3: Latihan Hands-on bermula

Gambar 4: Cik Hafizah (penceramah PNM)  memberi sedikit taklimat dan informasi kepada para peserta

Gambar 5: Puan Hamizah (Penceramah PNM) memberi hadiah kepada peserta yang menjawab soalan kuiz


Gambar 6 & 7 : Sesi soal jawab diadakan

2 Mar 2016

Buletin Unit Perpustakaan siri2/2016



Unit perpustakaan telah menerbitkan Buletin Perpustakaan Bil. 2/2016. Buletin ini diterbitkan dengan pelbagai informasi berkaitan aktiviti dan program yang dijalankan oleh pihak perpustakaan. Aktiviti yang dijalankan pada bulan januari 2016 dan Februari 2016 telah diterbitkan dalam buletin ini seperti penambahbaikan sudut santai unit perpustakaan, program jom mengimarahkan perpustakaan, menceriakan papan informasi, menerima kehadiran pelatih UiTM Merbuk Kedah, lawatan ke universiti Teknologi Petronas, Penerimaan staf Perpustakaan Baharu, menyimpan dan merekod data dan menyunting dan memilih artikel yang bermanfaat. Selain itu, sudut karya juga diterbitkan dalam buletin ini bagi mempamerkan hasil karya puisi yang dikumpulkan. Karya yang dipilih unutuk diterbitkan pada buletin kali ini adalah karya Jari-Jari Pemimpin (Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin) dan Bicara Garam dan Gula (Pn Kanakambal a/p Velusamy)