14 Aug 2018
Pengumuman : Pertandingan Mencipta Sajak Hari Kebangsaan Ke-61
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Tuesday, August 14, 2018
Diari Perpustakaan, Galeri Aktiviti, Rakan Perpustakaan: Pengumuman
No comments
Program Kelas Bahasa Cina
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Tuesday, August 14, 2018
Galeri Aktiviti, Rakan Perpustakaan, Rakan Perpustakaan: Pengumuman
No comments
Pada 13.08.2018 ~ Unit Pusat Sumber Ipgki dengan kerjasama guru pelatih DPLI Beijing telah menganjurkan Program Kelas Bahasa Cina. Program ini diadakan di Mini Teater, IPG Kampus Ipoh. Program ini turut dihadiri Dr. Yahya Osman (Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh). Terima kasih diucapkan kepada para pensyarah, pegawai dan guru pelatih yang turut serta program ini. Diharapkan, program ini dapat memberi manafaat kepada para peserta. Syabas kepada semua AJK Program Kelas Bahasa Cina yang komited dalam melaksanakan program ini dengan jayanya
Gambar lain : Program Kelas Bahasa Cina
Dekorasi Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Pihak Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang memberi sumbangan kewangan dalam Program Deko-Deko UPS. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Saba Khairuddin Pn. Nasimah Nes Nasimah , Pn. Nazariah Mizar atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.
Wacana Karya : Dr. Mohd Nazri Zainuddin dan En. Hamdan Hj Yaakub
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Tuesday, August 14, 2018
Diari Perpustakaan, Galeri Aktiviti, Rakan Perpustakaan: Pengumuman
No comments
Pada 11 Ogos 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Program Wacana Karya : Dr. Mohd Nazri Zainuddin dan En. Hamdan Hj Yaakub. Program tersebut diadakan di MIni Teater, IPG Kampus Ipoh. Program ini dirasmikan oleh Profesor Emeritus Dr. Muhammad Bukhari Lubis. Seramai 90 orang yang menghadiri program tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Pensyarah yang turut hadir . Alhamdulillah program tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Syabas kepada semua AJK Wacana Karya yang terdiri daripada Pegawai dan kakiktangan Pusat Sumber serta para pelajar DPLI Beijing
Gambar lain : Wacana Karya : Dr. Nazri & En. Hamdan
10 Aug 2018
Bengkel Literasi Maklumat : Unit U4, U5, U6 dan U7
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Pada 10 Ogos 2018, seramai 60 orang guru pelatih dari Unit U4, U5, U6 dan U7 telah hadir ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh untuk menyertai "Bengkel Literasi Maklumat" yang disampaikan oleh Pustakawan (Pn. Sabariah bt Khairuddin). Beliau dibantu oleh Pn. Nasimah Bt Abdul Jal dan Pn. Nazariah Bt Mizar. Bengkel ini memberi tunjuk ajar dalam melayari jurnal online secara percuma. Guru pelatih berasa seronok dan teruja kerana dapat mengikuti bengkel ini. Pelbagai maklumat dan info terkini diperoleh hasil daripada bengkel tersebut. Harapan Unit Pusat Sumber, semoga bengkel tersebut dapat memberi impak positif kepada para guru pelatih untuk membantu mereka menyiapkan tugasan dan tesis.
Gambar lain : Bengkel Literasi Maklumat: Unit U4,U5,U6,U7
Taklimat Ringkas Kepada AJK Wacana Karya: Dr. Nazri dan Hj Hamdan
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Friday, August 10, 2018
Diari Perpustakaan, Galeri Aktiviti, Rakan Perpustakaan: Pengumuman
No comments
Pada 9 Ogos 2018, telah diadakan taklimat ringkas kepada AJK Wacana Karya: Dr. Nazri dan Hj Hamdan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Taklimat tersebut diadakan untuk mengetahui perkembangan tugas yang telah dilaksanakan oleh setiap AJK. Masing-masing AJK memaklumkan perkembangan terkini dan persiapan yang dilakukan. Untuk makluman semua, Wacana Karya: Dr. Nazri dan Hj hamdan akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 11 Ogos 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30 pg -12.00 t/hari
Tempat : Mini Teater, IPG Kampus Ipoh
Perasmi : Prof. Emeritus Dr. Muhammad Bukhari Lubis
Panel pembentang : 1. En. Badrul Hisham bin Ghazali (IPGK Raja Melewar)
2. Dr. Roslan bin Chin (USM)
3. Dr. Nordiana bt Ab. Jabar (UMK)
4. Dr. Nor Hasimah bt Ismail (UUM)
Oleh itu, pihak AJK program menjemput semua untuk hadir sekiranya berkelapangan masa.
8 Aug 2018
Perbincangan Lanjutan Program Kelas Pengenalan Bahasa Cina
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Wednesday, August 08, 2018
Galeri Aktiviti, Pengumuman, Perkhidmatan Perpustakaan, Rakan Perpustakaan: Pengumuman
1 comment
Pada 8 Ogos 2018 bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah diadakan pertemuan dan perbincangan di antara Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber), En. Yu Chee Han (Pensyarah Bahasa Cina) bersama beberapa orang pelajar DPLI Beijing. Tujuan pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan tarikh, masa dan tempat yang sesuai untuk mengadakan kelas pengenalan bahasa Cina kepada guru pelatih major Bahasa Melayu. Dengan adanya kelas ini, akan menambahkan lagi kemahiran berbahasa dalam kalangan guru pelatih. Semoga kelas yang akan diadakan ini berjaya dilaksanakan.
Pemilihan Tokoh Nilam 2018 PKG Manjoi dan PPD Kinta Utara
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Wednesday, August 08, 2018
Diari Perpustakaan, Galeri Aktiviti, Rakan Perpustakaan: Pengumuman, Tahukah Anda
No comments

Pada 7 dan 8 Ogos 2018, pihak PKG Manjoi dan PPD Kinta Utara mengadakan "Pemilihan Tokoh Nilam 2018" .
Unit Pusat Sumber berasa bangga dan teruja kerana PKG Manjoi dan PPD Kinta Utara telah memilih Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh sebagai tempat program tersebut. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) mengalu-alukan dan menyokong penuh program tersebut berjalan dengan lancar. Selain itu, Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan IPG Kampus Ipoh) turut terlibat sama dalam sesi bengkel "Literasi Maklumat". Terima kasih dan tahniah Pn. Sabariah.
7 Aug 2018
Mengibarkan Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan Ke-61
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Unit Pusat Sumber merakamkan jutaan terima kasih kepada para pelajar DPLI Beijing. Pada 6 Ogos 2018, seramai 5 orang (Aliffa, Arina Safwah, Satriah dan Mohd Hazimin) kerana membantu menghiasi Pusat Sumber dengan Jalur Gemilang. Semoga usaha baik mereka menjadi contoh kepada generasi muda lain sebagai tanda mencintai tanahair.
Gambar lain : Mengibarkan Jalur Gemilang
Perbincangan Pelaksanaan Program Wacana Karya: Dr. Nazri dan Hj Hamdan
Posted by Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
Tuesday, August 07, 2018
No comments
Pada 2 Ogos 2018 bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus telah diadakan perbincangan di antara Penolong Ketua Unit Pusat Sumber 2 (Pn. Hayati bt Desa) dan Pustakawan (Pn. Sabariah bt Khairuddin) dengan 2 orang guru pelatih DPLI Beijing (Aliffa dan Alia) tentang pelaksanaan program Wacana Karya: Dr. Nazri dan Hj Hamdan. Perbincangan berkaitan dengan pembentukan AJK pelaksana dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum program dijalankan. Semoga perbincangan tersebut dapat melancarkan lagi program yang dirancang.
Subscribe to:
Posts (Atom)














